Followers

Tuesday, May 19, 2009

Sedihnya...

Suatu masa dulu, aku amat anti dengan warna pink, tak taulah kenapa.. warna kegemaran aku masa tu adalah coklat atau hijau... tapi ntah kenapa, masa aku gi shopping kat satu tempat tu, aku macam suka dengan warna pink ni.. tapi pihan yang ada amat terhad.. sebab nak jugak warna pink tu.. aku amik jugak...

sayang betul aku dengan pink ni.. tak nak pakai.. sebab nak jadikan sesuatu yang istimewa untuk hari yang istimewa.. setelah sekian lama aku nantikan saatnya.. barulah aku guna, itu pun boleh dikira dengan jari 1 tahun berapa kali je aku bersama warna pink ni... nak dapatkan kat sini, jangan mimpi, sebab harganya terlalu mahal untuk adik - beradik pink ni..

ada jugaklah dulu, aku mintak tolong bibik aku bersihkan si pink ni.. supaya ia kekal cantik... dan baru - baru ni.. aku teringat dengan pink ni, yang lama sangat aku biarkan... jadik aku tak nak dia merajuk, aku jadikan dia teman ke pejabat... masih bagus aku rasa...

tapi sesuatu berlaku.. si pink ni macam merajuk agaknya... tak tau nak cakap macam mana... aku rasa salah aku jugak sebab terlalu lama mengabaikannya... tak pandai nak jaga hati dan perasaan dia... tak tau macam mana nak beli dia.. akhirnya...


inilah rupa kasut aku yang dah makan 4 tahun dah... punyalah mengidam nak ada kasut brand ni.. ada rezeki aku beli kat US.. tapi yelah aku memang tak pandai jaga.. sampai sini jelah jasanya kepada aku.. aku sayang kasut ni.. tapi apakan daya.. memang tak dapat nak selamatkannya.. aku Redha atas apa yang berlaku....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...