Followers

Sunday, July 6, 2008

Musim Sakit

Dugaan yang memang penuh cabaran.. 2nd week lepas bibik balik kampung, husband aku demam, sampai 4 hari, doktor cakap demam virus, sampai aku pun kena work from home 1 hari tu nak jaga dia.. nasib baiklah Darin aku hantar kat rumah org.. so bolehlah handle semua benda..

Masuk 3rd week, Darin pulak sakit, hari isnin 23/6 tuh, tetiba mata kanan dia penuh dengan tahi mata, macam org kena sakit mata, aku pulak demam selsema, terus mc and jaga dia.. since we all kena keje and tak molah hantar rumah org, my MIL kena naik from Johor untuk jaga Darin 2 hari, nasib baik Darin nak makan ubat semua termasuklah ubat titik.. masuk hari Khamis, my MIL dah balik kampung, then aku paksa jugak husband aku amik cuti 2 hari jaga Darin.. we all pegi specialist, doktor cakap virus tapi masa tu mata Darin dah merah sangat dah.. and macam x boleh bukak.. kesian dia..

masuk hari Sabtu, mata dia bengkak atas and bawah sebelah kanan... my mom datang dari kampung, berubat cara kampung, mandikan dia sabtu petang tu and terus tuam mata dia dengan air daun sirih and pinang.. adalah sebabnya kenapa kena buat camtu... harapnya oklah... malam tu dah surut sikit bengkak dia tp still x boleh bukak... hari ahad ,atas bawah macam dah surut sikit... ahad tu mandikan dia lagi dengan air ubat tuh...

hari isnin, aku tengok bengkak mata bawah dah surut sikit.. since hari Jumaat tuh memang air mata dalam tu meleleh je keluar.. kesian dia.. tu yang dia susah nak bukak mata.. start dari waktu Maghrib hari Ahad.. Darin asyik tido je... hari Isnin siang tu siap kejutkan dia bgn pagi suruh mandi, tapi nangis.. lepas mandi, makan sikit, tido.. susu skit tido.. aku pun senang sangat nak buat keje.. mak aku cakap, budak tengah berubat memang macam tu.. penyakit pegi dalam tido.. aku harap betul.. tapi aku tgk mata bawah dah surut, tinggal kelopak atas je..

Hari Isnin aku cuti... sampailah rabu nak jaga dia supaya sihat... petang Isnin tu aku siap kejutkan dia nak mandikan air ubat tu utk petang yang terakhir, nangis jugak, cuma nak mandikan air ubat je dia tak nangis, then tido lagik.. hari selasa aku tgk mata dia dah boleh bukak sendiri dah.. and dalam pun dah tak merah.. lega skit... mata atas pun dah mula surut... syukurlah...

Hari Rabu tu, we all bawak dia jumpa doctor lagik.. and doctor cakap dah ok dah.. baru senang aku nak pegi keje.. we all mintak tolong kakak sebelah rumah jaga Darin pulak....

tapi elok je darin sihat, husband aku pulak sakit mata sebelah kanan jugak hari Khamis, tp still pegi keje.. then now aku pun dah kena jugak.. huwwaa.. mc lagiklah aku.. apa nak buat...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...