Followers

Monday, November 2, 2009

Jamuan Raya Nursery Darin

Kalau sapa yang ada follow blog ni.. and ingat entry lepas.. kisah MyVi kena langgar.. ini adalah rentetan peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.. cheewwahh..

Aku dan husband cuti mengejut hari tu, sebab Darin x berapa sihat.. tapi menjelang siang dia dah ok sket.. actually aku pun MC jugak hari tersebut, kira husband aku sorang jelah MC..

dalam pukul 12 tengahari, cikgu Darin call, kenapa Darin x datang... aku cakaplah Darin x sihat, cikgu dia kata kalau Darin dah sihat, singgahlah nursery kejap, dia org buat jamuan hari raya, sampai malam...

aku ni pun hantar jugaklah Darin dalam pukul 2 lebih camtu, siap bagi sekali baju raya dia... masa tu Darin pun dah sihat, masa hantar dia tu, biasalah, confirm nangis, pelik kut apsal mak pak dia hantar dia jugak..

lepas hantar Darin, we all ke TM Shah Alam, nak settlekan pasal bil Streamyx, nak mintak rebet pasal ada a few months yang we all x pakai tuh... dah settle tu, baliklah ke rumah, ingat nak drop nursery Darin and nak amik dia balik, masa tu dalam kul 4 lebih, tapi nak menyinggah somewhere kejap.. masa nilah kejadian Myvi kena langgar tuh...

malas nak citer pasal tu, dalam pukul 6 lebih, we all pegi nursery, dah ramai mak pak yang ada kat situ, meriah jugaklah jamuannya... macam - macam makanan ada, ada laksa penang, roti jala, kuih muih, ada ketupat, kuah kacang, kuah lontong, kek and macam - macam lagik..


masa aku sampai tu, tgk Darin duduk je sorang - sorang kat tengah - tengah hall, mesti dia sedih kenapa mak pak org lain ada, tapi mak pak dia takde, cuma dia x nangis.. nampak je we all sampai, terus dia terkam mak pak dia.. nampak sangat dia happy...

we all jamah jugaklah makanan yang ada, walaupun sebelum tu dah makan dah kat umah, siap ada makanan lagik neighbour sebelah bagi, x taulah bila plak nak makan yang tu...


sambil we all makan, Darin pun makan jugak.. padahal cikgu dia cakap, dia dah makan banyak dah roti jala, cikgu Aishah suapkan kot...

overall, semua ok, tak taulah cemana cikgu - cikgu tu nak kemaskan nursery lepas tu, siang penat jaga budak, petang ke malam organize jamuan raya pulak... demi budak - budak... cemana susah pun harungi jugakkan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...