Followers

Saturday, November 7, 2009

aku terima seadanya...

chewaahh.. tajuk tak boleh blah.. takdelah ni sambungan pasal akad nikah tu lagiklah..


selesai semua upacara tandatangan... tok imam pun datang mengadap pengantin lelaki... masa ni saksi confirmlah dah ada tepi.. antara saksinya adalah abang ipar aku, also known as my biras jugaklah... masa awal ni aku pun x sure sangat apa yang imam tu cakap/baca...


bila mic tu dah letak dekat dengan mulut, dah nak start lah tu, siap ada rehearsal tau, terkejut plak aku.. tapi masa rehearsal tu mic tak letak kat mulutlah, cuma org terdekat je dengar.. masa yang di real one tu, aku x amik gambar, amik video tapi sekerat je.. xpelah... janji semuanya dah selamat dengan sekali lafaz jer..


ok berikutnya adalah part yang paling panjang and sila jangan muntah ok..



lepas selesai je lafaz akad semua, pengantin perempuan di panggil mengadap pengantin lelaki.. dan waktu ni pengantin lelaki diberikan 1 watikah kot they all panggil, so pengantin lelaki kena baca depan pengantin perempuan.... siap ada perkataan "adinda" and "kekanda" lagik dalam tu...



selesai baca... pengantin lelaki sarungkan gelang, org cakap "batal air sembahyang" tapi x surelah istilah tu boleh digunapakai atau pun tak, coz kalau mak andam ko tu "lelaki" confirmlah air semayang dah batal...


pastu.. cam biasalah, salam, cium tangan, cium dahi... then part ni aku teringah Sarah and Raziq kawin dulu.. pengantin lelaki akan letakkan tapak tangan kat dahi pengantin perempuan sambil imam tu baca something, ke pengantin lelaki baca something.. pun aku x sure.. tak taulah sama ada ini cuma kat Johor atau negeri lain buat jugak... info please... ada sesapa tahu tak apa tujuan dia..


ok lepas tibalah saat pengantin perempuan pulak bacakan watikah kepada pengantin lelaki.. wa, masa ni dah tangkap sayu dah, biasalah perempuan yang baca kan.. so ramailah yang meleh - leleh air mata dalam masjid tu sekejap...



kemudia kedua - dua ibu bapa pengantin perempuan datang ke depan pulak... imam hulurkan 1 watiqah kepada bapa pengantin perempuan, dan bapa pengantin perempuan bacakan watiqah tu, khas untuk menantu lelaki dia.. yelah, nak melepaskan anak perempuankan, so dengan harapan, menantu lelaki ni akan menjaga anak perempuannya, sama atau lebih dari dia jaga anak dia selama ni..


selesai yang itu, pengantin lelaki kena sambut, so pengantin lelaki akan baca watiqah bagi menjawab permintaan bapa pengantin pompuan ni pulak... panjang watikah ni adalah sepanjang kertas A4 yang saiz font dia besar jugaklah..


lepas tu tibalah giliran ibu pengantin perempuan pulak baca watikah khusus untuk anak perempuan dia, citer pasal peranan isteri pada suami, citer jugak jangan lupa mak pak lepas kahwin, taat pada suami dan Allah.. and memacam.. masa ni pun sedih jugak, yelah, mak mana yang tak sayangkan anak..


last sekali, pengantin pompuan sekali lagik kena baca, bagi membalas watikah yang ibu dia baca tadik.. sekali lagik lebatlah hujan kat dalam masjid tu... itulah penghujung bagi majlis pada hari tersebut.. sangat panjang tapi tetap teratur...


Majlis pada petang itu diakhiri dengan bacaan doa.. Alhamdulillah, selesai semuanya...

amin darin seorang kakak dan......

anak sedara yang comel..ngeh..ngeh..ngeh...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...