Followers

Wednesday, November 4, 2009

H I L A N G ! ! !

D A R I N H I L A N G . . .

memang betul.. adalah kot dalam 1 minit lebih aku rasa.. cam nak pitam dah.. apatah lagik perasaan mak pak yang bila anak dia orang hilang tak jumpa langsung kan..

ok..ok.. aku story..

Khamis lepas aku ke KPJ Selangor.. berdua je dengan Darin... kira first time ni ke spital berdua..niat di hati nak jumpa doktor Zul, tapi dia cuti, so jumpa Doktor Yasmin je.. Darin dah 3 hari demam malam je... panas betul, paling tinggi 39.3, 3 malam jugak masuk ubat bontot je.. kesian dia, bila cakap, mulut tu ibarat tengah makan mulut yang penuh tapi nak bercakap jugak.. tido malam, berbunyi macam orang berkeruh, tapi dada dia takde bunyi, mulut je nganga...

doktor cakap tonsil dia bengkak dan sangat besar... siap ada putih - putih macam ulser and that's why malam tadik dia batuk, muntah ada sikit D A R A H... takut tau.. doktor suh bagi je antibiotik and ubat demam...

masa nak amik ubat, dia nampak cafe, so terus dia berlari masuk dalam, and berhajat nak amik nasi lemak sendiri, cemanalah aku nak dukung dia, dengan henbeg, botol air dia, buku free yang doktor Yasmin bagi and plastik jajan.. so aku cakap, "Darin tunggu dulu, mami nak buang sampah" x jauh mana pun, sekali aku pusing, dia dah takde kat situ..

maunya tak berderau darah aku.. aku tgk ke kiri, kebahagian amik darah takde nampak kelibat dia.. sebab situ jalan tu boleh keluar terus.. aku tengok kat bahagian farmasi pun takde..

aku masuk balik cafe, aku tgk balik, nampak jugaklah org tgk aku, maunya tak cuak, anak hilang seh... tetiba.. nampak budak baju kuning berlari sambil sengih.. "M U M M Y"..

huwa.. nak nangis tau... sib baik ada lagik anak aku dalam cafe, maunya tak takut.. ok salah akulah tu.. aku terlepas pandang sekejap je.. Alhamdulillah, semua selamat, cecepat beli nasi, beli kuih, pergi kat farmasi.. and terus balik.. dia lari pun aku tarik dia cecepat... x mo hilang lagik....

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...