Followers

Monday, November 30, 2009

Uhuk.. Uhuk.. Uhuk...

/* Sila clik tanda x di sudut kanan atas pada Laman Layar Web anda jika anda merasakan anda menyampah untuk baca entry ini uhuk.. uhuk.. uhuk.. */

Petang semalam, we all keluar jalan - jalan dengan niat murni nak carik TV kecik untuk Darin.. x larat nak berebut dengan dia yang asyik tengok CD, sampaikan berita semasa memang x dapat tengok langsung...

We all sampai One Utama pun dah pukul 4.. aku ke Jusco sebab nak renew J-Card and nak redeem apa - apa yang patut.. sambil tu boleh pergi TRU yg cuma berdepan dengan Jusco pun sebab nak redeem voucher.. sementara tunggu aku Q panjang, Darin pun melayan Ice Age kat TV - TV bagak yang ada kat situ...

lepas selesai kerja aku, pergi balik kat area TV, sekali terpandang LG Plasma 42" ada discount RM200 untuk JCard member.. membuatkan harga asalnya turun kepada RM2XX9... dan aku gatal gi tengok Panasonic 42" jugak harga dari RM3XX9, ada discount RM600 menjadikan harganya RM2XX9, murah seratus dari LG...

fuh, pusing cam nak pengsan, siap pegi makan, layan Darin naik keta gerak - gerak semua and datang balik.. cam nak amik dah konon, nak amik Panasonic... sekali dah tulis nama, alamat, no tepon, sekali takde stock, budak tu suh amik LG, dia kata Panasonic tak bagus... we all terus cakap... xpelah..

terus pulang ke rumah dengan ayat penyedap hati.. "Takde rezeki, mungkin ada Hikmah di sebaliknya..

balik ke rumah, sempat singgah Sen Heng kat Seksyen 23, konon nak tengok harga macam mana.. bila pusing - pusing banyak kali dalam kedai yang secoet tuh.... memang harga Jusco tadik jauh lebih murah dengan model yang seangkatan dengannya... LCD memang takdelah yang murah cegitu...

dalam pada tu sempat lagik husband aku ajak gi tengok kedai satu lagik.. ni pun kes sebab dia ke SpeedMart and nampak kedai tuh....

masuk jelah, tgk harga yang dia tulis... hhmmm apsal lagik mahal... adalah satu budak lelaki melayu yang melayan.. dia kira oklah.. tanya semua, maklumlah, masuk je kedai.. kita orang cakap "NAK TENGOK je ye..."...

sekali husband aku gatal mulut jugak cakap... ada ke TV Plasma 42 " bawak 3K... sekali dia tunjuklah LG tu yg sejibik tuh.. sekali dia bukak mulut, dengan dia punya harga.. mak ai.. apsal murah... then we all cakap... kalau Panasonic berapa boleh bagik.. sekali harga yang dia bagi.. kurang 200 dr kat Jusco... huwaa..

tetapi setelah berborak itu ini... tanya itu ini.. dia cuma perkenalkan 2 model TV LCD yang FullHD yang cuma tambah beberapa ratus je dr harga Plasma.. yang bagi dia adalah berbaloi - baloi.... adoi.. menyentap jiwa nurani bila dengar harga dia...

siap tanya lagik kat mamat tuh
"muat tak masuk lam keta"
"Akak bawak keta apa?"
"Keta MyVi je... (keta malaysialah katakan)"
"Akak bawak MyVi lagik bagus.. pintu dia luas, and keta dia tinggi.. kalau akak bawak keta **tut**** tak muat sebab bumbung dia rendah..."


Masa bebudak tu masukkan kotak lam keta.. risau gak kalau tak boleh tutup pintu.. tapi lepas.. pastu ingat tak boleh tutup tingkap, sekali, muat jugak... he..he.. suka.. suka..

masa balik, siap selisih dengan beberapa jiran.. aiyak, malunya.... so cepat - cepat masuk umah.. we all tunggu takde org duduk luar rumah or kereta lalu lalang, baru we all bawak masuk TV tu dalam rumah....

"Mungkin ada hikmah disebaliknya.. dan mungkin ini yang Allah tolong kami.. amin"..

dengan rezeki yang ada ni.. Allah permudahkan 1 lagi usaha kami...

sekarang Darin masih lagik boleh menikmati CD - CD kegemaran dia kat bilik kecik ni dulu sementara we all nak setup bilik atas , hall atas and bilik belakang jadik ok - ok sikit..


banyak nak kena restructure nih.. Insya Allah...

buat sikit - sikit takpe kan..........

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...