hari jumaat lepas, aku sampai nursery lambat jugak, ish, jalan jam, biasalah hari jumaat, hujan pulak, banyak pulak kereta aku tengok, cuti sekolah pun dah mula..
sampai je kat nursery, pintu pagar memang dah bukak, so terus je masuk kereta dalam porch.. dari dalam kereta dah nampak dah anak dara aku tuh, tapi ada lain mcm sket...
he..he.. dia ikat rambut dua, dah lama tau dia tak ikat rambut, last sekali ikat rambut masa zaman bibik ada.. pas bibik balik kg, darin pun dah di potong rambutnya..
bila aku sampai je
"mummy.. ni atas ni..."
dia tak suka kena ikat rambut.. so kenalah pujuk supaya dia tak bukak, maybe depan teacher takut nak suh bukak, depan mak ayah dia, selalunya dapat jer nak buat apa pun
"Darin jangan bukak, comel, nanti daddy nak tgk"... sib baik dia x bukak..
dalam kereta berbual dengan dia..
"sapa ikat rambut Darin?"
"bibik ikat?"
"bibik? bibik mana?"
"Bibik masitah" (yelah kot, dia yg sebut)
"oo bibik masitah, bibik baik tak?"
"baik"
"Darin nak bibik?"
"nak"
"Darin nak bibik yang mana?"
"Darin nak bibik yang balik kampung tuh".. dah sah - sahlah nak bibik lama dia.. hu..hu.. bibik tu tak mo balik sinilah darin...
kenkadang dia selalu jugak buat aksi mcm org besar kat rumah.. mcm hari tu, agaknya dah bosan kot 2 malam kena tido hospital, balik rumah rindu sangat dengan rumah.. terus duduk kat kerusi, amik buku and terus duduk mcm tuh.. aku ngan hubby aku naik tergelak tengok gelagat dia.. tapi macamlah Darin kisah pun..
skang pun musim hujan, jarang dah bawak dia pegi main taman, padahal taman cuma kat depan rumah je... bawak gi TRU pun jarang coz we all sibuk and aku selalu tak sihat.. kesian Darin.. so nak tak nak we all keluarkan kereta and bagi peluang dia main kereta control dia yang dah lama terperam dalam bilik belakang tuh... janji dia happy....
0 welcoming comments:
Post a Comment