Followers

Monday, November 23, 2009

Awana Genting


ini review pasal bilik kat Awana..
aku dapat roomate dengan Joanne, dia chinese, tapi so good, sporting and open-minded. And paling tak sangka, dia rupanya ex-ofcmate dengan ex-ofcmate aku dulu.. fuh, kecik je dunia ni..


we all dapat level 17, tinggi gila, so inilah permandangan padang golf dari dalam bilik.. sayup - sayup je, kalau tgk terus ke bawah.. hhmm pening kepala... kalau sesapa gayat, adalah dinasihatkan supaya tak tgk bawah..


bilik we all, 2 katil single, tapi besar, means super single... bilik complete dengan tv, fridge, kipas, iron board, iron, bath tub, hot water.. no air-cond ek, coz kat genting, dah sah - sah sejuk.. ada phone... and yg paling penting, free wi-fi provided... itu penting..


so far aku rasa oklah... besar sangat pun x, kecik sangat pun x, just nicelah.. kalau dtg dengan family yang ada 1 baby atau 2 baby still ok lagiklah.. but if kalau anak dah besar panjang, kena amik bilik yang lagik besarlah..

tido mlm mmg sejuk, so selimut tu mmg sepanjang masa taik sampai ke pangkal leher.. ha..ha... macam - macam hal, sejuk lain mcm, tak macam sejuk air-cond..


pasal harga, tak sure plak berapa coz we all pegi pun company yang bayar.. dalam 200 lebih kot 1 malam... sepanjang we all kat Awana.. ramai jugak yang datang situ untuk kursus, seminar, maybe sebab cuaca pun sejuk .. so ramai jugaklah yang pilih Awana.. so kalau u all nak duduk situ untuk bercuti, kena book awal - awal ok...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...