Followers

Friday, November 12, 2010

Kempen keselamatan kejiranan

lately, kawasan kejiranan tengah sibuk membincangakn tentang isu security... by December.. guard yang ada ni dah habis kontrak.. free for 2 years paid by developer.. even after this still ada guard, tapi dia cuma bertanggungjawab untuk jaga rumah yang dalam pembikinan... kiranya kalau ada barang construction yg hilang, dia org kena jawab.. bukan jaga kebajikan penduduk... so penduduk kena decide sama ada nak continue service yang ada tapi dengan bayaran sendiri.. atau tak nak ada langsung.. which is.. sangatlah membimbangkan.. bg yang belum kena, mungkin x kisah sangat, tapi bagi my family and family row block we all... dah mula bertindak sejak kejadian lampau..

walaupun rumah ada activate alarm.. andai kata nak jadik tu jadik jugakkan...

sehari selepas darin keluar hospital.. kita org bekerja seperti biasa dan darin pergi nursery... balik ptg tu husband aku sampai rumah dulu dengan darin, selang 10 minit saya pun sampai... rasa pelik sebab guard berjalan datang ke rumah.. and bila park keta kat dalam.. nampak ada kusyen kecik jatuh.. so saya budget darin yang jatuhkan... elok je parking, belum sempat matikan enjin.. husband panggil cepat masuk dalam... "rumah kita kena masuk orang... awak tak on alarm ke tadik?" Allah..

kusyen yang jatuh bebetul depan pintu masuk

alarm memang on.. tapi pelik apsal x bunyi, tanya neighbour, x hujan langsung kat situ..  habis seluruh rumah digeledahnya... walaupun nampak macam x teruk sangat, tapi confirm nak mengemas balik saat yang paling getir.... saya dan darin terpaksa tumpang rumah jiran sebelah, termasuklah sesuap nasi, husband keluar dengan kawan untuk buat report polis, hampai jam 12 malam baru polis sampai, amik gambar and amik report serta senaraikan barang yang hilang and jumlah kerugiaan.... dalam pukul 1 baru selesai, kemudian baru start mengemas...


waktu kejadian pastu waktu siang cuma tak pasti pukul berapa...pencuri masuk ikut tingkap bilik no 4, cermin dipecahkan dalam keadaan berhati  - hati dan 2 batang besi dipotong.... sedikit pun tingkap x dikopakkan... bermaksud pencuri tahu alarm akan berbunyi bila tingkap dibuka... we all sidai kain di belakang, jadi kalau guard lalu-lalng dibelakang susah nak nampak kalau pencuri tu tunduk sebab keadaan jalan belakang dengan rumah agak rendah...




bila jiran masuk.. semua tanya.. "kenapa stor kena pecah" jawapannya ada pada rumah semua orang.. dan stor kita orang memang berkunci.. so bila explain, baru semua orang sedar dan perasan... takde apa pun dalam stor melainkan vacum cleaner, bahan pencuci, bateri dan benda - benda yang memang jarang pakai...


confirm setiap pelusuk dia geledah... masuk je bilik no 4, gelah je dalam almari, confirm jumpa Digital Photo Frame elok dalam kotak lagik... tapi dia amik barang, kotak letak tepi.. jam tangan husband ada 1 tu putus, dia tak amik, padahal harga jam tu lagik mahal dari digital photo frame...


masuk ruang tamu, geledah pulak tempat letak TV.. dah nak jadi.. tergerak jugak pagi tu nak bawak pergi kerja PSP darin.. tapi ntahlah, memang dah bukan rezeki.. saya letak dalam laci.. so jadik habuan dia orang semua... balik rumah memang kesian dengan darin.. PSP dia dah takde... sambil cakap "takpelah daddy, kalau takde yang red, blue pun jadiklah"...



dapur pun habis sepah jugak.. tak taulah apa yang dia carik, tong beras pun dia keluarkan jugak.. mungkin budget ada jumpa gelang emas, cincin emas, rantai emas dan yang sewaktu dengannya... pinggan mangkuk yang ada pun tak banyak yang berkaca.. kalau kaca, kemungkinan jugak ada yang pecah.. tapi pencuri ni macam sangat berhati - hati.... walaupun sepah, tapi takde botol kicap atau sos yang pecah...


kat rak kasut tu pun sepah jugak.. cek jugak kalau ada kasut yang hilang tapi semua kasut pun ada lagik...


naik atas pulak... tengok pulak kat hall atas.. hhmmm sedih jugak... wii yang beli masa birthday darin and daddy dah takde.. siap dengan 2 set controller dan joystick semua dah kena sapu... apsal tak amik je bateri sekali.. senang karang nak main abis bateri pasang je bateri baru...


kat master bedroom, dia cuma geledah almari je, tilam or cadar dia tak sepahkan... kat sini ada video camera masa hantaran kahwin we all dulu... 5 tahun je sempat dengan kita orang, tapi tape semua kat tempat lain.. video camera je dalam almari tu... selain dari video camera... dia amik duit raya yang baki duit raya bagi kat orang... 2-3 tahun raya pun memang ada lebih.. duit singgit dan duit 5 hengget.. dan duit mas kahwin pun dia sapu jugak... tulah simpan lagik lelama... baru je plan nak buat something dengan duit tuh.. tapi dah takde rezeki...


bilik atas yang lagik satu ni memang nampak snagat bersepah sebab bilik ni x berapa besar tapi semua barang complete... rasanya ada 2 ketul handphone Nokia dia amik..  3650  dengan N81.. tapi dia - dua pun memang dah tak boleh guna dah... tak taulah apa yang dia buat dengan handphone tuh..


kat bilik Darin x sepah sangat, maybe sebab dia tau bilik budak kot... so takdelah dia geledah sangat.. tapi still sakit hati jugak sebab rumah kita dah habis bersepah...

dalam banyak - banyak tempat.. ada 1 tempat da tak pergi.. bilik belakang sekali.. bilik tu berkunci.. tapi tak dipecahkan.. dalam bilik tu cuma ada mainan darin yang besar - besar.. memang selalu kunci sebab kalau tak, darin bawak keluar, habis langgar semua dinding, kerusi and meja dalam rumah.. kenapa dia x pecahkan bilik tu, sebaliknya pecahkan stor... macam si pencuri tu tau je dalam tu memang takde apa - apa barang berharga..

penat fikir siapa yang masuk.. pastinya orang kecik sebab cermin tu tak pecah besar pun... dan yang masuk tu sangat tau selok - belok rumah tu.. ataupun si pencuri tu ada alat pengesan khas... kat mana boleh dapat barang yang berharga, bernilai dan berbaloi...

malam tu memang kemaskan jugak barang yang ada.. jiran sebelah datang tolong.. sian dia... nasib baik maid dia ada.. anak - anak dia dah tido.. Darin x tido lagik... makanan semua buang.. kicap, sos, air.. tapi beras tak buang.. sedekah kat pekerja Indon yang ada kat situ... lipat and susun baju yang ada... sapu sana, sapu sini... pastu jiran yang lelaki tolong tolak almari untuk tutup tingkap yang pecah...

malam tu tido memang tak lena, kenang nasib yang melanda.. activate alarm pun macam takde fungsi.. bukan kami je tak boleh tido malam... jiran - jiran terdekat pun sama tak boleh tido...

kita cuma mampu merancang.. hanya Allah yang tentukan.. ini takdir Ilahi... Insya Allah, bila Dia duga kita macam ni.. maksudnya Dia masih sayangkan kita...


p/s: tapi dalam diam.. kena curse jugak si pencuri ni kan...

5 welcoming comments:

Ms SZ said...

Sis, kesiannya rumah kena masuk orang. sakitnya hati tengok. harap sis and family sabar hadapi ujian ini. nampaknya safety alarm pun tak jalan gak eh. pasang cctv yang boleh monitor dari luar lah. tapikan, si pencuri memang 'bijak' skang ni. pemikiran mereka, kita pun tak terjangkau

mikamusz said...

berita terkini, ada rumah jiran kena masuk and ada org dalam rumah.. taruma anak jiran sebab mulut kena sumbat... suspek mungkin org Columbia/Amerika Latin... mungkin dari golongan yang sama pecah masuk rumah kita org.... so berhati - hati semua...

riniy said...

muz, aku br tau umah ko kena pecah masuk..siannya ko..da dpt tangkap belum pencurik tu?

mikamusz said...

masa hari kejadian, jiran seberang rumah tu ckp mcm mamat latino berkeliaran kat sana.. tapi x taulah riniy, bebaru ni ada mamat columbia/amerika latin kena tangkap kat Ampang.. kes yg sama jadik kat beberapa unit kat umah Semi-D area umah aku, suspek naik kereta buatan Malaysia...

Unknown said...

teruknya rumah mama darin kena pecah masuk.harap2 pencuri tu dah kena tangkap.bijak sangat mencuri..cubalah sebijak tu mencari rezeki sendiri kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...