Followers

Thursday, May 27, 2010

Sedap makan... tapi apsal SEDIH????

hari selasa tuh... hari yang tak besh tul bagi aku.. SIM CARD aku jatuh bawah SEAT kereta, pastu terus x leh amik.... dah lebih 1 minggu, phone aku problem, asyik xde line, tension aku.. camner org nak call aku untuk interview nih??? ooppsss.... jadi aku selalu on off hp and kenkadang aku cabutkan SIM CARD, tu sekali aku cabutkan masa lam keta.. alih - alih elok je dia jatuh kat bawah SEAT.. panas hati tul.... so semalam, pepagi kul 8.30 aku dah tercongok depan CELCOM seksyen 9, hujan plak, sekali tgk bukak kul 9, terpaksa lepak lu lam keta, menjelang kul 9, hujan reda... cecepat aku masuk, settlekan semua, terus chow masuk opis.. skang HP aku dah bernyawa cam biasa...

oh.. pagi semalam ada agenda.. tapi aku tak masuk lam meeting room tu pasal dah penuh, biar org BESO - BESO jelah masuk.. kami ni MENURUT perintah je.... lepak depan PC tulis blog buat keje laju - laju.. sebab byk giler keje tertunggak.. alih - alih.. ada org menjemput makan.. alahai sodapnya, perut plak mmg lapo, x dan nak breakfast pagi tuh...


Ada Nasi lemak ngan sampingannya, roti jala, mihun goreng, putu bambu, karipap and agar - agar.. sedap sangat specially putu bambu tuh.. dia tak padat dan batat, luarnya mcm peroi tapi x berderai bila digigit atau dipotong dengan sudu, gula dalamnya penuh dari hujung ke hujung.. kalau biasa beli, kita nampak kat belah tepi je, tapi bila makan, dah separuh gigit baru rasa gula... ni hujung ke hujung dah nampak gula.. aku siap ulang beberapa kali sampai konyang.... bahagianya... selamat aku x bawak bekal cam biasa.. kalau x membazir dan pamak plak dedua nak sebat...

sedap sangat makan.. apa part yang sedihnya... ha..ha.. ni citer Selasa malam tulah... ada 2 watak utama kat sini.. Darin (D) and kakak sepupu dia Aqish (A).. we all tgh menikmati makan malam kat MySha Cafe sebelah SALAM specialist kat Seksyen19... dua kekanak ni sibuklah menunjukkan kepakaran memasing..

Si Darin ni subuklah nyanyi...
D: See..see.. America.. America  (Aku pun x sure America atau a miracle).. pastu adalah sambungan yang aku pun x sure..
A: bukanlah Darin.. salah tuh (si kakak pun nyanyilah jugak)
D: Bukan... camni.. (nyanyi balik)
A: Taklah... (dia pun nyanyi jugak)...
D: Tak nak makanlah...

Daddy: makan cepat Darin....
Mummy: Dia dah merajuklah, pasal Aqish cakap dia nyanyi salah..

sekali aku toleh, mata dah siap merah - merah dah.. terus melelah air mata dia.. sensitip rupanya anak aku.. selalunya kalau kes camni, dia x mengalah... selalu dia lawan or else mesti si kakak jadi mangsa kena pukul, tapi this time, ngangis.. dia sedih sangatlah tu.... wa... anak eh sensitip macam omak eh jugak ko...

penat pujuk sampai si kakak terpaksalah mengalah... "ye..ye.. Darin nyanyi betul, Aqish yang salah" bley camtu.. macam - macam hal... so to my dear hubby, bersedialah menghadapi saat ini di masa hadapan.. bila anak kita bukan Darin seorang sahaja (Insya Allah)

Tuesday, May 25, 2010

si cilik AIRA

x pernah lagik Darin berposing dengan gang taman dia kat sini.... ni baru first time nak citer pasal kawan Darin yang ada kat sini..

ahad lepas, ada small gathering di antara mak - mak kat AI ni... organize by Mama Fizah, untuk celebrate birthday anak dia yang 2nd..  so macam best jugak coz mak - mak je yang kumpul, so macam - macam citer keluar... since rumah we all depan taman, agenda yang di nanti lepas potong kek and makan, of courselah ke taman...

Darin masa ni sibuk betul follow Aniq, coz dia nak amik pistol dari Aniq, dulu dia tak pandai pun kawan ngan Aniq, tapi sejak mummy Aniq hantar dia pergi nursery Darin, kat situlah Darin kenal Aniq... sebelah Aniq yang rambut kerinting tu jiran Aniq, Akiff namanya, they all dulu pernah 1 sekolah kat Q-Dees seksyen 23, tapi lepas tu dah pindah sekolah kot..

kat belakang yang naik basikal tu Haziq, abang kepada birthday boy, yg Haziq tu memang Darin dah close dah coz sebelah rumah je..

best plak amik gambar dia org, and they'll so excited masa aku nak amik gambar.. tp sikit je sempat snap coz hari dah nak gelap..

sambil tu, sempat jugak Darin merampas pistol dari Aniq, kesian Aniq kena mengalah dengan Darin...

Friday, May 21, 2010

LKSA kini Dibuka...

Yeay.. finally its open...


 Gambar ikhlas dari encik Google...

untuk semua penghuni Shah Alam, LKSA dah bukak... hari selasa lepas... Shah Alam - Kemuning di bukak sepenuhnya, cuma from Alam Impian to Kemuning je tak bukak lagik..
tapi pagi ni Alam Impian <===> Kemuning dah bukak sepenuhnya....
Kalau selalu from AI ke Kesas ikut Bulatan JVC, lalu depan Courts Mammoth tu dalam 20 minit jugak sebab ada traffic light and agak jam jugak.. pagi tadik.. jadik 5 minit je... waa... syukurlah sesangat..

Oh, LKSA masih lagik percuma untuk 2 bulan ni, so gunalah peluang yang ada ni seberapa banyak kali yang korang nak... so tak taulah bila pembayaran akan berkuatkuasa.. tarikh rasmi start bayar pun belum tau lagik... Tol yang akan dikenakan pun kurang pasti.. ada yang cakap...
Shah Alam <=== Kemuning RM 1.20
Shah Alam <==>Alam Impian and Kemuning <===> Alam Impian cuma 50 sen/60 sen.. so tak tau sejauh mana kebenarannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...