Selamat sudah 44 hari berpantang. Macam tak percaya ke dah nak kena masuk office balik. Baru je plan nak amik cuti tanpa gaji, sekali check dengab HR... dia tak bagi. Company tak amalkan policy unpaid leave... specially for holiday... macamlah aku nak amik unpaid leave pegi holiday. Dah dia cakap macam tu, malaslah nak meneruskan niat...
So pantang kali ni ada sikit lain. Since aku kan caeser... so awal - awal tu memang takde bengkung and urut semua. Cuma jaga makan je sebab jahitan belah dalam. Alhamdulillah since doc cakap jahitan memang dah ok, sebab pakai gam macam tu. Dia bekalkan macam wipes beralcohol, dia suruh sapu tiap kali lepas mandi. Aku siap keringkan dengan hair dryer. Memula memang mintak org lain sapukan wipes tu kat perut sebab tak nampak. Masuk minggu ketiga baru aku buat sendiri...
Untuk 3 hari berturut, mak aku rebuskan ikan haruan dengan akar kayu yang dibeli di kedai ubat cina. Pagi dan petang untuk cepatkan luka baik. Aku memang tak makan jeli gamat atau pati haruan. Dah 2 org cakap kat aku jangan makan even Dr Hamid Arshad pun dah pesan macam tu. Selain dari tu, mak aku masakkan ikan haruan, untuk 2 minggu je. Makan banyak pun tak boleh katanya. Aku takde masalah nak makan ikan so aku rasa ok je. Thanks untuk suami aku yang beetungkus-lumus carikkan ikan haruan and my mom n my in law yang masakkan ikan haruan untuk aku.
Selain tu aku makan buah limau banyak. Untuk elakkan sembelit dan bagua untuk sembuhkan luka. Sayur pulak aku makan semua kecuaki sayur yang sejuk-sejuk. Ayam, makanan laut and ikan berbisa memang aku tak makan termasuk telur.
This time ada sikit longgar bab pantang dari mak aku. Aku rasa dia dah mula memahami. Even pada hari ke-7 dia selamba je suruh aku makan goreng pisang...
Bab urut kali ni aku guna khidmat kak nurul dari Puchong. 2 org kawan aku recommendkan dia. Memula takut jugak kalau tak dapat urut dengan kak Nurul, tapi dah rezeki dapat jugak. Dia start datang rumah aaku sehari selepas pilihanraya. Means lepas 2 minggu. Hari pertama dia datang dia just tungku, urut and pakaikan bengkung sbb aku dah mandi sebelum dia datang. So tak dapat buat tangas. Esoknya baru buat tangas, mandi herba, tungku, urut and bengkung. Aku guna khidmat dia untuk 5 hari. Kalai ada budget lebih, memang berbaloi amik dia lama sikit. Memang best sangat.
Selain dari tu sapu minyaj kat kepala and kaki supaya tak masuk angin. Set tanamera yang aku beli tu aku banyak pakai separuh je. Pilis aku cuma pakai 2 hari. Teh herbal tu ada lagi untuk beberapa paket. Tapel untuk pakai kat perut ada dalam 4 peket lagi kot. Scrub tu ada lagi 1. Massage oil dia memang aku guna. And yang lelain tu aku pakai sikit-sikit je. Stokin pakai sampai hari 40 je. See.. cengkelat sangatkan. Seminggu lepas bersalin pegi hospital. Sebelum tu pun dah ada pegi hospital sebab baby demam sikit. Hari ke 27 pun pegi hospital sebab baby batuk. Hari ke 39 dah sibuk beli barang rumah kat big aeon. Hari ke 40 dah sampai Empire. Harapnya takde apalah nanti.
Oklah nak stop dulu. So next time update lagi and harapnya ada gambar baru. Harap baby baik-baiklah hendaknya lepas ji.
4 welcoming comments:
fuh..jauh berjalan.. aku nak ke pekan pun mak aku dok jejeling..kena p cepat2 n balik. alasan aku nak beli pampers baby sbb laki aku xtau nak cari pampers yg elok lagi murah.. alasan jer..hahaha..
aku teringat kena caesar masa ngandung ank ke2..umur bar 22 tahun ko..xde org cerita caesar ni sakit dia mcm mana...lps bius hbs hari ke2..mulalah rasa...aku mmg thn batuk n bersin..fobia..ngeri..semua ada..takut jahitan terbuka..tp..sbnrnya..jahitan tu kuat...dia gam sebelah dlm jek..aku pantang giler2..itu aku x mkn..ini x mkn..lps 40 hari..timbang berat..dah mcm berat aku masa ting 4..slim!...tp sampai skrg ak still x bersin betul2..sbb fobia tu dah terlekat!
babyarisha... kali ni je ada sikit longgar. syukur semuanya ok
yana... x sangka jugak ko pernah c-sect ek.. lamanya fobia.. 12 thn dah
Post a Comment