belum lagik...
belum masuk entry Europe lagik.. sabar yek...
skang ni kan musim hujan.. sana - sini hujan lebat... tambah pulak skang ni musim sekolah, sure banyak aktiviti nak buat tapi kena fikir sama ada sesuai atau tak.. contohnya bawak anak - anak mandi laut.. hhmm memang susah nak lepas, musim hujan memang tak sesuai nak berkelah tepi pantai.... sebab tu masa cuti persekolahan pertengahan tahun ramai yang pergi ke pantai.. contohnya macam kami.. pergi Pulau Pangkor...
Darin excited bila dapat tau nak naik bot
kalau nak ikutkan, apalah sangat ada kat sana kan? tapi kalau korang pelbagaikan aktiviti... duduk kat rumah pun seronok kan..kan... tapi kena kreatif jugaklah, kalau duduk rumah makan and tido sure tak best jugak...
plan ke Pangkor ni macam agenda main terjah jugaklah... bertolak dari KL Khamis malam Jumaat (Jumaat tu memang comp aku bagi cuti pilihan bersempana Hari Agung)... sampai kat Lumut kul 1 pagi macam tu... bermalam kat rumah adik ipar aku..sambil tunggu matahari keluar esok paginya nak gerak ke Pangkor...
kalau belum ada tempat tido, boleh je call nombor yang ada kat situ
Hari Jumaat tu we all naik bot bergerak ke Pangkor.. Darin of course excited, ni kira first time dia nak naik bot ni... punyalah tak sabar nak naik, orang ramai memang jangan cakaplah... tapi we all sampai masa bot baru berlepas.. so kena tunggu dalam 20 minit untuk tunggu bot lain sampai.. so dapat beratur depan sekali and dapat naik awal cop tempat duduk depan sekali.. nanti senang nak keluar kononnya...
sampai je kat Pangkor, kena isi perut dulu, laparkan... dah selesai makan baru naik Van nak ke Chalet.. rasanya we all tido kat Nipah Bay Villa kot... ada bermacam - macam jenis bilik dan harga.. apartment pun ada hotel pun ada, terpulang citarasa memasing, tapi basically bilik sini tak bersa mana pun, cukup ruang korang nak letak beg, nak solat sikit and selebihnya dah dipenuhi ruang katil, TV dan etc... tapi.. mana ada orang datang Pangkor nak tido kan..
mummy and daddy
letak beg, buat apa - apa yang patut, terus terjah pulau... hari pun panas.. nak bawak kanak - kanak ni bagi makan ikan... so dah nego harga bot semua.. we all di bawak ke tempat nak naik bot tu... sebelum nak berlepas, of courselah kena pakai jaket keselamatan, itu perkara wajib, specially untuk aku yang tak pandai berenang ni dan jugak pada kanak - kanak... selipar, we all kena tinggal, takdenya bawak gi sana pun... kalau korang nak jugak, letak selipar dalam plastik and jinjing ke balik pulau...
darin nak naik bot, gaya kena lebih..
aktiviti bagi ikan makan tu memang seronok, sekali baling roti, berpuluh datang serbu... bestkan... jangan tetina ada pulak si dugong datang, pengsan akak.. kalau duyung yang naik, 2 kali pengsan akak ni ha..
daddy.. are u okey???
pengalaman naik bot laju memang best, memang kuat sangat sampai boleh tgk pipi tu bergegar - gegar... aku peluk Darin dia kata takut, tapi dia cakap "lagi laju lagi best mummy".. huuiihh sabar jelah aku...
sampai kat balik pulau sana, semua sibuk mandi.. bebudak yang dari tadi sibuk nak buat istana pasir pun stop jugak sbb teruja nak mandi laut... habis semua peralatan terumbang - ambing kat atas pasir tuh... sat lagik.. akak jugaklah jadik tukang kutip mainan tu..
me and darin yang dah tak sabar naik main istana pasir
menjelang petang, we all balik... masa nak balik, anak dara boleh pulak tak mau jalan, bayangkanlah kena jalan kaki dalam 20 minit sambil dokong bukak 18kg, akak kena bawak segala barang, we all tak boleh nak jalan laju.. last - last.. terberenti sekejap kat kedai tepi jalan, pekena laksa, mee rebus dan air teh o panas.. wwaa... sodap.. yang lain?? dia org jalan laju sangat.. wa dah tak boleh tahan...
akhirnya semua pun tinggal..
malam tu confirmlah makan makanan laut, tapi kat Chalet tu pun ada jugak makanan tu so we all takdelah nak pergi carik jejauh, sebab nanti takut tempat penuh, and kena tunggu lama.. perut kan lapar, haruslah isi puas - puas dulu... then baru berjalan lagik...
mandi laut lagik best,,
jenjalan kat sekitar pasar malam pangkor memang best... duit poket pun best, segala benda pun nak beli.. tapi kena pandai pilih jugak.. cuma yang aku perasan memana kedai pun jual barang yang sama, rege pun xde beza.. sambil tu ada jual makanan, beli jugak lagik... asyik makan je kan..
the next day.. pantai yang lain pulak
esok pagi sebelum balik sambung lagik sekali naik bot mandi laut, kali ni dapat harga lebih murah dari semalam, dan dia bawak we all mandi kat tempat lain.. orang tak ramai, air dia pun biru sangat lagik.. memang best sangatlah...
landak laut yang nyawa - nyawa ikan..ehh...
masa we all mandi, org org kena gigit dengan landak laut... eh, cemana rupa landak laut tu yek.. secara fizikalnya sama je cam landak kat darat tu... badan dia ada panjang - panjang tu, tapi dia bentuk bulat and seluruh badan dikelilingi duri tajam tu... dia org bawak naik and tunjuk kat semua org..... kat mana mata dia??? susah jugak nak tgk memula, dah tgk lelama baru nampak....
Darin yang super-excited..
kesimpulannya... we all sangat enjoy walaupun cuti pendek dan sekejap... tengahari tu we all check out and terus balik rumah.. lunch pun kat area Lumut je... lagipun masa we all kat jeti dah ramai sangat orang yang nak serbu Pulau Pangkor..
bubye Pangkor, nanti saya datang lagik...
serius Pangkor best sampai skang ni Darin asyik cakap "Mummy, nanti kita pegi Pangkor lagik ye..."
4 welcoming comments:
babe, font kecik sgt, jenuh jegey bijik mata nak baca, BESARkan skit pleaseeeeeeeee...
pangkor kalo gi reramai mmg best! kitorang dulu family day kat sana. tapi ko gi ni cantik, biru je...
ko tinggalkan barang2 permainan tu ke? cis...buang sampah merata2! hahaha!
ko ni, pregnant2 lagi mau naik boat laju! libas kang...
beb, ko tulung aku ler.. aku dah set besar jadik kecik, tulisan lain, kuar lain,, peninglah nak tgk dah....
congrates..kebetulan saya pun g Pangkor time pregnant tak sampai 3mth...tapi siap naik Jetski hahaha..insyallah kalau dah rezeki Allah.
Insya Allah.. ada rezeki tu...
Post a Comment