Followers

Thursday, July 18, 2013

Second Step Education for Kids - Part 1

Dulu dah pernah cerita Education for Kids.. Masa nak tetapkan sekolah tadika Darin. Baru survey 3 sekolah rasa dah pening. Walaupun banyak sangat yang disenaraikan, tapi kena senarai pendekkan untuk kita senang buat keputusan. Now her 2nd step.. which is primary school.

Ada banyak sekolah rendah kat area Shah Alam yang kami boleh hantar. Alhamdulillah lokasi rumah masih lagi strategik, sama ada nak masuk kawasan Shah Alam terus atau kawasan Bukit Rimau/Kemuning. Tapi kawasan Bukit Rimau dan Kemuning we all keluarkan dalam list awal - awal sebab tak satu jalan nak ke tempat kerja. Risaukan jugak pasal transport. Tapi sebenarnya kawasan rumah kita orang memang ada masalah transport dari awal. Tapi sekarang dah ok sikit, ada transport direct ke Sekilah Bukit Rimau, Seksyen 24, Seksyen 19 dan Seksyen 18, itupun sebab dah ada nursery bukak kat kawasan rumah kita orang.

Beralih pada Darin, pada awalnya, memang aku dah daftarkan Darin kat Sekolah Kebangsaan Seksyen 9. Katanya Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengar nama pun dah bagi harapan tinggi untuk anak kita dapat masuk and belajar kat sana. Siap jumpa Guru Besar, Puan Normah nak tanya chances untuk Darin dapat masuk. Ada lebih 200 yang mendaftar tapi hanya 180 sahaja yang akan di ambil. Bergantung kepada lokasi dan keputusan peperiksaan. Pada awal memang excited nak suruh Darin masuk sini sebab bila masuk sekolah ni pun dah rasa best. Tapi risau tetap ada, in case kalau Darin tak dapat masuk situ, dia akan tempatkan Darin ke sekolah yang berhampiran dengan rumah. So mungkin Seksyen 19, Seksyen 24 atau Bukit Rimau kot.

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam

Dalam bulan 4 lepas, ada jiran we all suggest masukkan dekat SRAI Seksyen 19. Bezanya dengan Sekolah Kebangsaan, SRAI dia ada silibus Sekolah Kebangsaan dan sekolah aliran agama. Means Darin dapat 2 in 1. Pun Sekolah ni ada exam jugak and majoriti cakap soalan SRAI sangat susah. We all just daftarkan je, and tunggu je keputusan nanti.

Ibu-bapa yang setia tunggu anak - anak habis exam. 
Kalau 500++ students, boleh bayangkan tak kereta bersusun kat Taman perumahan Seksyen 19 tu macam mana

So tibalah hari exam, kebetulan dua - dua sekolah buat exam pada hari yang sama. Sakit tak hati. Ok takpe, sabar dulu, so husband aku try call sekolah Seksyen 9, and tanya boleh tak dapat exam lambat sikit sebab ada hal. Dia kata tak bole, kena ikut waktu yang dah ditetapkan. So memang we all kena decide salah satu jelah. So pada hari kejadian, husband aku bawak Darin pegi exam kat SRAI je, tapi aku ni nak jugak dia masuk SKS9 tu. So aku tunggu kat rumah jelah. Exam start dari pukul 8 kalau tak silap, sampai pukul 12 macam tu. Tunggu punya tunggu, they all sampai rumah around 1pm++ jugak.

"Darin pegi exam dua - dua sekolah. Wife Syahnaz call SKS9 dia kata boleh je pegi lambat. So kita org pegilah sama - sama". Means, adalah 3-4 org budak Alam Impian yang pegi exam lambat kat SKS9 lepas exam kat SRAI habis.

Darin amik exam kat bilik guru SKS9, Shah Alam

"Darin exam kat bilik guru dengan bebudak ni. Orang pegi kantin sebab budget sure lama macam SRAI tadi, 1 jam ++. Baru nak duduk sekali cikgu dia dah hantar Darin. Dia kata Darin dah habis exam + oral sekali. Aik?? 20 minit je? Betul ke dia jawab semua soalan cikgu?"
Bapak dah mula pelik, ke anak dia dah bosan mengadap kertas exam, so buat suka - suka hati je? Tapi Darin cakap "Senang je... Pastu teacher suruh baca Bahasa Melayu dengan English". Ok tunggu lagik 1 bulan.

Tengah khusyuk cerita dengan daddy pasal exam dia senang sikit compared to SRAI

Awal bulan 7, we all dapat surat dari SKS9. Memang ayat dia kita org tak faham, sebab dia tak cakap "anak anda berjaya untuk didaftarkan ke SKS9 or what ever". So husband aku call SKS9. Boleh dia cakap "Oh.. dah dapat surat, dah dapat masuklah tu, tahniah yek". Aik macam tu je ke? Takpelah, tunggu je dia update kat website selepas 16 Julai nanti.

8 Julai pulak result SRAI keluar. Aku budget susah kot darin nak dapat, daripada 500++ budak, dia nak amik dalam 200++ je... berapa ramai tu. Dikuatkan lagi dengan ayat penyata Darin dulu "exam SRAI susahlah mummy, saya banyak tak jawab soalan jawi dengan Arab". Dekat Al-Ikhlas memang Darin belajar Arab dan Jawi tapi yelah, dia pun confuse jugak nak tulis, huruf ba, nun dan sebagainya. Kita faham.  So bukak jugaklah website SRAI.. sekali tengok Darin berjaya dapat sekolah tu. Macam tak percaya pun ada jugak. Ada 6 kelas untuk budak Tahun 1, and we all kena daftarkan Darin sebelum 25 Julai.

Result untuk SRAI Negeri Selangor 2014

Aku nak tunggu jugak keputusan SKS9 dari website MOE tu, so pada 16 Julai tu masuk website, nampaklah nama Darin berjaya ditempatkan jugak... Kesimpulannya, dedua sekolah pun dia dapat. Tapi persoalannya... Nak masuk yang mana satu ek???


  Result from website MOE untuk pendaftaran Sekolah Kebangsaan

8 welcoming comments:

yana said...

Wah..susah jugak skrg ni ya..nak msk sklh ada exam bagai lagii..pening jugak nak mskkan anak sklh mana ya..since ko n hubby pun x pernah merasa sklh2 tu..kena tnya parents yg dah ada ank sklh tu..pastu korang kena buat keputusanlah..Utk aku..since menetap di hometown Incik Abang kan..so anak2 semua sklh asal dialah..even cikgu zaman dia tadika pun ada lg mengajar dkt situ..

yana said...

Wah..susah jugak skrg ni ya..nak msk sklh ada exam bagai lagii..pening jugak nak mskkan anak sklh mana ya..since ko n hubby pun x pernah merasa sklh2 tu..kena tnya parents yg dah ada ank sklh tu..pastu korang kena buat keputusanlah..Utk aku..since menetap di hometown Incik Abang kan..so anak2 semua sklh asal dialah..even cikgu zaman dia tadika pun ada lg mengajar dkt situ..

mikamusz said...

yana.. anak -anak ko semua sekolah cina kan? Tapi ok je since ayahnya dah ada banyak pengalaman.

mama_onie said...

SRAI... bkn apa senang 2 in 1 kan? Cemas aku dengar anak2 zaman skrg nak.masuk sekolah kena exam bagai ni... mcm.mana lah anak aku nanti...

mikamusz said...

mama_onie.. lambat lagikkan akeem nak masuk darjah 1... banyak lagik masa boleh fikir.. relaks dulu ek

aliyya said...

Askm Puan..nak tanya anak Puan sekolah seksyen 9 atau SRAI?
Saya tengah survey Sekolah sek.9 atau seksyen 4 raja muda tu..boleh tahu pendapat Puan?
Terima kasih

mikamusz said...

Salam Puan Aliyya,

Maaf lambat reply. Keputusannya, Darin pilih SKS9, Alhamdulillah now dah darjah 3.

Fiza said...

salam,saya pn Rafiza,anak saya baru 5 tahun, nak tanya sikitlah, sekolah mana yg sesuai utk anak saya,sebab kalau boleh nak sekolah yg ada integrasi,sbb saya bekerja,..tapi saya dah apply sekolah kat sesyen 9 secara online utk sesi tahun 2018.boleh tak advise saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...