Followers

Saturday, July 4, 2009

Tribute to Bibik - 20061206 - 20090704

Hari ni bibik akan balik ke kampung halamannya.. Malang, Surabaya... Kali ni aku assume dia balik terus, seperti yang dia cakap, dia nak balik, jumpa suami.. anaknya nak kahwin, jadi dia kenalah balik dan uruskan semua... anaknya nak kahwin dengan orang Melayu Singapura... itu yang dia cakap...

Masa ni kat Seri Menanti, ada pameran, hari panas sikit

hari ni genaplah.. 2 tahun, 6 bulan 28 hari dia keje dengan aku... sepanjang dia keje, pernah sekali dia balik sebulan.. sebab Arwah Mak dia meninggal.. dan kali ni dia nak balik terus... ada jugak dia cakap, nak datang balik... tp paling cepat pun tahun depan.. aku takdelah harap sangat sebab dia pun dah berumur, Darin makin membesar.. sangat lasak.. and kalau ada rezeki dapat baby lagik, boleh ke yek dia handle Darin and baby kecik..

Bergambar dengan Darin dekat Istana lama Seri Menanti

Manusia ni ada kekurang dan ada kelebihan.. apa saja kekurangan yang terkehel kat hati aku ni abaikan jelah yek... kita ni pun belum tentu sempurna... sedar diri, sedar ruang... sekurang - kurangnya.. dia nak jugak jaga Darin dengan penuh kasih - sayang... sampai Darin terlebih - lebih manja dengan bibik dia... kenkadang tu sampai naik rimas plak bibik.. tapi bila dah hujung - hujung ni... bibik cam tak kisah sangat.. sampaikan hari tu, Darin demam, dia pun demam sebab aku hantar Darin pergi Nursery.. sib baik aku hantar awal.. kalau aku hantar lambat, x taulah cemana, so skang Darin kat Nursery pun dah ok, bibik pun dah ok, tambahan plak neighbour sebelah pun ada maid jugak, kenkadang dia ada jugak bercakap, kesian jugak, kalau kita kena kurung pun sure tension jugak... so sesama manusia kenalah bertimbang - rasa..

Hari Raya pertama Darin and bibik tahun 2007

sepanjang dia keje dengan aku.. oklah... banyak sangat membantu, dengan gaji yang aku bayar tu, biasa - biasa je kan, semua benda siap, makan, minum, kain baju, rumah dah siap bersih sumer... tiap kali aku buat makan - makan, dia tolong masak and kemaskan, tiap kali umah mak aku and MIL aku ada buat kenduri and makan - makan, dia banyak tolong aku sumer.. walaupun aku tau dia tu bukannya berdaya sangat, tapi dia buat jugak, end-up sakit lutut.. yelah orang berumurkan, sedangkan yg muda - muda pun ramai yang sakit itulah, sakit inilah, inikan pulak yang tua...

Raya kedua, berhenti kat hentian Pagoh, on the way nak balik JB

Dia memang banyak cakap, mungkin sebab tu jugak Darin dah agak petah skang bercakap, bila aku nak amik keputusan hantar Darin pergi nursery pun tak risau sangat sebab Darin dah boleh cakap nak itu, nak ini, and cikgu dia pun bolehlah faham dia nak apa...

Bercuti ke Langkawi, bergambar di Telaga Mahsuri

banyak sangat benda nak citer pasal bibik ni kan...as long as dia happy, oklah, walaupun kenkadang ada jugak kerenah dia yang kita pening... ha..ha... itu tolak tepilah dulu yek...

Bibik and Darin, nak jugak ada bankground Helang tuh..

anak - anak sedara aku and anak - anak sedara husband aku pun sayang jugak dengan bibik, majoriti dia org pun pernah dapat bibik dedulu, so dah biasalah dengan bibik ni, dia orang suka bila bibik bercerita, aku pun x taulah dia org ni faham ke tak apa yang bibik ni cakap, tapi kekejap dengar dia org gelak, seronoklah tu, bibik tu pun memang suka melayan budak kecik.... oklah tu kan..
Bibik berhajat nak tengok cemana mak masak dodol.. tu yang bergambar sakan tuh

sepanjang bibik dengan kita orang, memang we all bawak dia ke mana dia pergi.. selain balik kampung kat Kuala Pilah, Segamat and Johor Bahru, we all pernah bawak dia pergi Langkawi.. Cameron Highlands and Port Dickson... mungkin dia tak kisah sangat tempat macam tu, tapi bolehlah bawak dia pergi tengok - tengok tempat orang... ada orang kata beban bawak maid sebab nak ada bilik lain, takpelah beban sikit, itu tanda kita ucapkan terima kasih kat dia pulak sebab tolong kita selama ni....

Dataran Putrajaya adalah tempat wajib beriadah pada hujung minggu masa duduk Seri Kembangan dulu

lepas ni hari - hari kami tak sama macam dulu... balik rumah dah takde orang masakkan nasi, lauk sumer, dah takde dah orang tolong lipatkan kain and gosok kain, dah takde dah orang tolong sapu rumah, mopkan lantai, siramkan pokok - pokok, and takde kot harapan nak tanam pokok bunga yang baru.. ha..ha.., lepas ni semua inisiatif sendiri jelah.. tak taulah macam mana, tapi itulah yang bakal kami hadapi untuk kali kedua dan seterusnya... dulu rumah 1 tingkat, tak jadi maslaah langsung, skang dah tambah lagik setingkat and kerja pulak macam dah tak tentu masa, risau pulak kalau amik Darin lambat kat nursery, dulu pernah sekali aku amik dia pukul 7.30pm, sian dia menangis sebab semua orang dah balik..

Di Pagi hari di LCCT, masa ni bibik balik sebab arwah mak dia meninggal... cuti untuk sebulan.. Alhamdulillah datang balik..

Insya Allah tengoklah keadaan macam mana, nak amik yang baru pun dah dibekukan, we all cubalah buat setakat mana yang mampu... harap semuanya ok.. thanks to bibik sebab tolong kami selama ni, dan seperti yang dia jugak janji, memang dia akan kerja sini sampai Darin cukup 2 tahun, dan Alhamdulillah, memang lepas Darin cukup 2 tahun baru dia amik keputusan nak balik...

Kenangan masa melawat rumah kita orang yang masih lagik dalam pembinaan... bibik yang seronok terlebih

Dan bibik jugak yang paling banyak sekali membantu masa kami berhempas pulas nak pindah rumah, ada masa sehari - suntuk we all tak balik rumah sebab pasang lampu and mengecat and cuci rumah, bibik yang tolong jaga Darin semua, layan Darin and packkan semua barang... and memang time ni Darin selalu tinggal sebab we all nak survey barang... kalau Darin ikut pun, bibik memang kena ada sebab nak mintak tolong dia jaga... barang - barang kami semua dia yang tolong aturkan, dari sebelum pindah, masa pindah, sampailah hari selepas pindah dan sehingga ke hari ini, banyak yang dia tolong kami.... terlalu banyak yang sampai kita orang pun tak terfikir nak buat camtuh...

Minggu terkahir Darin and bibik, kat KLCC, ni pun lepas bibik jumpa anak tiri dia and we all baru amik dia dari rumah kakak dia....

walaupun bibik tak baca blog ni, cukuplah buat kenangan kami... kalau lepas ni ada lagik entry bibik, kes rindulah tu...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...