sejurus balik dari Melaka, Darin demam balik, kebetulan saya cuti hari isnin, so sepenuh hari jaga dia.... ada keje ofc sikit kena settlekan pun jadik tunggang - langgang... temperature dia turun naik je, tapi x kurang langsung dari 37... sampai petang tu naik nearly 40, terus berdesup saya ke hospital.. tapi sampai hospital temperature turun sket, nurse pun tolong tuam dengan air, sepaptutnya kena admit, tapi we all nak balik jugak..
hari sesala daddynya yang jaga dan saya pergi ofc.. tapi hari rabu dedua kat rumah, sepanjang 3 hari tu, walaupun darin kat rumah, tapi we all hantar dia ke nursery 2 kali untuk makan ubat coz dengan teacher dia je dia akan makan ubat..
Darin weak sangat masa ni
hari khamis darin dah pergi nursery, siang tak demam, malam tu demam balik... hari jumaat pagi tu macam demam lagi, kejutkan dia pagi - pagi, mandikan cecepat and bg makan, terus daddynya hantar pergi nursery untuk teacher bagi makan ubat..
muka saya yang risau
pagi jumaat tu saya sampai ofc macam biasa, tetiba abg saya call, ckp ayah saya sakit kaki, x boleh berpijak, macam berpintal, mak pulak on the way hantar ayah saya gi klinik, saya ni tak puas hati, terus mintak cuti dengan bos and drive sorang balik kg, walaupun mak ngan ayah tak bg balik, saya tetap nak balik jugak.. dah lama kiranya tak drive sorang balik kg... 5 tahunlah rasanya,,,
Dah lama tak drive sorang balik kampung, masa ni pun dah nak sampai rumah mak dah
sampai kg dapat tgk keadaan ayah saya.. dia dah berumur.. dah 71 pun, tapi still kerja lagik, nampak sangat tak larat tapi dia cuba lawan sakit dia.. harap apak cepat sihat.. sambil tu sempat singgah umah jiran.. tengok dia dalam pantang, tapi bukan rezeki dia org, babynya lebih dahulu pergi meninggalkan mereka... harap dia tabah, dan masa saya melawat dia tu, dia dan suaminya nampak kuat menerima hakikat... Insya Allah, semoga semuanya akan selamat
petang dalam 3.30pm gerak balik Shah Alam.. dapatlah bawak balik lauk yang mak masak.. tapi bukannya lauk favorite saya, tapi lauk favorite husband saya.. ish... apa - apa pun.. masakan emak tetap terbaikkan.. he..he..
0 welcoming comments:
Post a Comment