Followers

Saturday, February 5, 2011

Kalau hari hujan... buat apa yek..

rata - rata weekend lepas sana - sini hujan lebat.. dari pagi sampai petang and ada bawak ke malam.. hari sabtu aku bertolak balik dari Shah Alam ke Kg Parit pun hujan je sepanjang jalan... aku skang 'pantang' hujan.. so kena jadik kambing.. x boleh kena hujan setitik pun.. mencicit aku carik tempat berteduh... kesimpulannya.. jangan gatal nak keluar rumah..

ahad lepas... rumah kampung mak aku riuh - rendah dengan anak cucu semua balik berkumpul... selalunya kalau balik reramai mak aku suka lepak rumah kampung darik rumah Kuala Pilah sebab bebudak ni BOLEHBUATSUKAHATIKORANG.. coz mak aku takkan bising kalau umah sepah ke.. hapa ke sebab lapang..
walaupun dalam keadaan hujan lebat... sapa kata time hujan sodap tido jo... tengok bebudak ni buat hapa??



memasing kecit cinonet.. tak rajin pun jadik rajin.. benda yang selama ni tersadai kat tepi dinding pun jadik bahan rebutan okeh... risau takut jatuh je, maklumlah licin sesangat... bayangkan dari awal subuh aku dah dengar bunyi hujan.... sampailah waktu sarapan pagi.. makan tengahari.. sampai kepetang hujannya tak berenti langsung... lebat lagik adalah..


korang pernah main hujan masa kecik??
pernah duduk bawah cucur atap sambil letakkan kepala kat bawah air yang paling laju?\
pernah main lecak dalam hujan?
pernah main bola dalam hujan??
dan PERNAH ko bagi anak korang main hujan secara percuma tanpa rasa bersalah dan nak rotan dengan hanger???
DARIN PERNAH...
mak pak aku geleng kepala.. abang aku siap cakap "Darin.. Ya Allah domam kang ni???"



ya.. Darin dapat main hujan dengan jayanya.. dengan sepupunya aidid.. memula bawak payung.. pastu sikit - sikit terbabas payung sebab berat.. pastu husband aku panggil dia.. sekali dia amik payung and suh dia main hujan...
dia gang ngan aidid main hujan.. rasanya yang lain pun teringin tapi takde baju spare..ha..ha.. rugilah korang.. cuti sekolahkan seminggu, demam pun x pe.. confirm tak yah ponteng..

ok lepaslah gian Darin nak main hujan.. siap main simbah air dengan gayung air lagik dengan Aidid...

dan tengoklah budak puas hati dapat main hujan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











Darin demam tak??
Alhamdulillah..dia sihat..

Kesian dengan mangsa banjir.. nampaknya kali ni banjir lebih besar dari tahun 2006.. macam Segamat dan Labis (Kes mengundi kah??).. dan tak sangka Tampin dan Gemas pun naik air....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...