Followers

Thursday, July 21, 2011

Apa Beza Basikal Orang Besar dan Basikal Budak

korang masih ingat ke pasal kisah MTB aku yang 2 tahun lepas??
korang bolehlah godek balik kat sini pasal tetiba husband aku beli MTB

dia tak beli 1, tapi beli 2, dengan harapan, boleh naik basikal sesama ngan bini dia...
TETAPI
dia lupa yang kita orang ada DARIN dan dah takde BIBIK..
so korang rasa masa bila we all naik basikal??

aku cuma naik beberapa kali, itu pun weekend setakat pusing taman, sangat bosan sebab pusing sekejap dah habis, nak pergi jauh, takut kena kejar dengan anjing giler.. fuuhhh,, tak boleh tahan...

tapi husband aku terbaik.. dia org setiap pagi ahad meronda turun naik bukit kat area Kampung Jawa, Jalan Kebun, jalan nak ke Andalas.. alah peninglah nak citer sesatu.. sanggup bangun seawal pagi hari Ahad (gi keje pun x awal camtu).. join member setaman... pastu bodek bini dia, beli Nasi lemak sedap kat mana ntah, 2 bungkus, tapi sampai rumahnya kul 10.30am, ada ko rasa nak makan lagik??

tapi itu sumer lama sangat dah... entry pun tahun 2009, kalau korang tengok basikal tu skang, sedih tull.. ada je kat bakang umah...semua elok lagik, tapi tersadai macam tu jelah.. aku ingat nak hantar balik kampung akulah.. baru adventure turun bukit Istana Menanti.. hahahahaha...

basikal yang sedang diubah-suai

tetiba, bolehlah Ayahanda ni berhasrat nak belikan basikal anaknya yang baru... aku suka je sbb basikal dia yg lama tu dah senget - benget, dari sekecik - kecik budak, sampai ke besar - besar budak naik.. tapi pada hari kejadian nak buang basikal lama tu, punyalah Darin sedih, sampai x caya yang daddy dia nak belikan basikal baru..

kita org ke kedai basikal yang sama kat Seksyen 18.. apa ntah nama dia, tapi deret Mc Donalds tu... since we all dah pernah beli basikal kat situ, we all pun mintaklah tawar harga yang sepatutnya...

ada banyak pilihan, aku nak amik warna pink, Darin pun nak, tapi daddynya tak bagi.. tapi setelah dibelek - belek setiap inci kedai, jumpalah yang berkenan dihati.. warna pun xdelah pink sangat, sangat lembut dan soft... bila Darin cakap ok "saya suka".. barulah kita orang amik..

 menunggu dengan penuh sabar

teruja betul dia masa orang tu nak betulkan seat tu  tinggi atau rendah, nak make sure handle tak senget, siap pilih loceng kaler yellow lagik tu.. sure dah tak sabar sangat nak kayuh basikal...tak kira pagi petang siang mala duk mengayuh.. nanti kalau aku jumpa gambar dia dengan basikal dia aku tunjuk yek...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...