Followers

Friday, July 22, 2011

Menjamu selera dengan Arabic food

 kalau tekak orang melayu, sure nak makan nasi dengan lauk pauk yang sedap.. kalau macam aku, confirmlah nak ada "Masak Lomak Cili Api" kaler kuning (bukan BERSIH 2.0).. tu memang mengancam.. kalau omak den yang masak.. umang ai.... tak dapek nak nolong do....

kalau husband aku pulak.. confirmlah nak ada Asam Pedas.. apa yang warna merah memang dia pulun dulu.. Asam Pedas, Masak sambal ke.... itu dia punya...

walaupun kita org sukakan benda yang berbeza.. tapi bukanlah we all x boleh makan makanan lain.. selain dari makanan melayu.. antara yang kita org pernah try sesama and sesama suka (termasuk Darin) adalah Arabic food..

kalau dulu we all ada keluarkan entry pasal makan - makan kat Ar-Rawsya kan.. kali ni tak payah nak pegi sampai tetengah KL lagik dah, sebab kak Shah Alam pun sama..

masa memula opismate husband aku bagi tau lokasi, macam tak caya je.. "alah, dia dekat Plaza Masalam.. ko tau Mc D kat ne kan.. ha dia kat belakang Mc D tu lah.." huuwaa we all duk terbayang Sahara Tent.. tapi ada one fine day tu.. try jugak ke sana (tapi kena singgah beli Ais Krim Mc D nak umpan Darin.. ish...) sekali.. wwaaa besarnya.. serius boleh nampak dari jauh..



nama dia ZAM ZAM.. terletak kat seksyen 9, memang kat belakang row Mc Donald tu jugak..
setelah berkali - kali makan kat situ (makan situ dan tapau)..  we all pun ingat nak bawak family members..
terjadilah pada 1 hari.. kakak and abang aku nak dtg coz nak celebrate birthday anak abang aku yang sulung.. husband aku keje, so balik keje dah Maghrib.. masa tu abang aku dah nak kuar beli satay tuk makan.. aku kat rumah memang tak masak, just buat untuk minum petang je...


tengah plan punya plan.. sekali husband aku cakap "kalau makan makanan Arab ok ker?" dah semua pun ok, so beramai - ramailah we all ke sana.. ye hhaa..

sampai sana, hujan renyai - renyai.. masuk dalam kedai, nak carik tempat duduk, ramailah katakan.. tetiba laki aku naik atas.. oo rupa - rupanya kat belah atas tu lagik besar dan lagik sangat exclusive tempat dia.. dengan meja dia, lampu dia, kerusi semua bagai, memang best sangat..


waktu mengorder, aku serahkan pada mereka nak makan apa sebab we all ok je... jadi we all amik 2 set yang berbeza.. 1 set ada Lamb Mandhi untuk 5 orang makan, lagik 1 set Chicken Mandhi untuk 3 orang makan, pastu adalah kebab, sayur, dan makanan sampingan yang lain.. makanan dia oklah.. untuk set 1 orang makan cuma dalam RM18  - RM 22 tapi 1 set tu boleh makan 2 orang... cuma kat sana jus buah adalah sangat mahal... jadi amik jelah air kosong..hehehe.


ok time makan memang pantas.. sekejap je dah clear.. tak sangatlah tapi hampir clear.. best sangat makan ramai - ramai ni... yang gaduh, yang itu, yang ini semua ada..



tapi part potong kek tu je yang sedih sket, cemana ntah kek tu boleh terbalik, so kanak - kanak seramai 6 orang tulah yang kerjakan.. (Oh ya anak abang aku yang no-2 takde sebab kat asrama, kedian dia demam, kalau ku tahu, pepagi buta aku hangkut balik umah)..


melepak lelama adalah sangat best.. tapi dia org pun nak tutup kedai jugakkan, so kalau korang nak lepas lagik lama, boleh gi kedai mamak, tapi we all pun dah kepenatan.. so kenalah cabut balik..

anyway, korang boleh try makan kat Restoran Zam Zam kat seksyen 9 Shah Alam, terletak deretan rumah kedai yang sangat besar, belakang Mc Donald... korang boleh google kalau nak tau jalan ke sana.. okeh....

1 comment:

Anonymous said...

ahahah...ko tulis je description blkg mcd aku dh terbyg zam zam dah. tapi sori la beb, mmg x jejak dah la situ. very bad experience for me & family masa 1st time dtg. order sejam x sampai2, bila dtg pun ada yg order 2 set SAMA, dpt 1 je. bile nk tambah order ada ke waiter tu suh tgu smp sume dh dpt baru leh order. mmg x la kan. bile komplen ngan tokey dia yg tgh round2 kat luar, dia kata dia owner, dia je yg betul. mmg blacklist lah. skrg kalu nak makan arab, kat sek 7 ade gak. food court style. kat blkg petronasss.. sedap, murah dan bestttt!!! -mimi-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...