Followers

Tuesday, June 26, 2012

Demam Masterchef

Hola...

lama betul sunyi blog ni... Kekeringan idea nak tulis apa, walaupun banyak sangat benda nak cerita....
Skang ni sakan jugak memasing melayan Masterchef Selebriti... yelah, bila lagik nak tgk dia orang memasak secara lifekan.. aku jarang dapat tengok, kalau tengok pun samada pangkal, atau hujung sebab berebut dengan Darin nak tengok kartun. Malas nak naik atas tengok sebab sure nanti dia bising jugak bila dia tengok TV sorang atas sorang kat bawah...



Korang pun tau kan skang tinggal sapa je lagik kat dalam tu. Kalau dulu budget anak Chef Wan sure dapat pergi sampai akhir, nescaya tidak.. dia sendiri pun admit yang memasak dalam Masterchef tu bukan senang. Bagi masa 45 minit nak buat macam - macam siap dengan decoration. Kalau kat rumah suka hatilah nak masak berapa lama pun.. ni semua kena kejar masa and rasa kena betul - betul hebat.. Tapi sapa yang masuk tu memang hebatlah.. antaranya macam Tomok, Angah Raja Lawak, Jehan Miskin, SooWincci, Thanuja... yelah macam dia orang tu kan Model, Pelakon, Penyanyi, Pelawak.. kalau macam Juliza and Siti Sarah tu kira ok jugak sebab dah berumah tangga confirmlah memang masakkan... apa - apa pun hari tu aku tengok Tomok nak buat ondeh - ondeh, tak jadi sebab dia amik Tepung Beras.. kesiannya. Pelik sangat ke bungkusan plastik tu. Kalau masa aku kecik dulu, mak selalu pesan, kalau biru tu tepung pulut, yang merah tepung beras, masa kecikkan tak pandai baca, tapi tak pulak bertukar tepung pulut dan tepung gandum.. sebab dedua pun ada tulisan biru. Tepung gandum zaman dulu pun tak ingat dah cemana rupa.


Juri plak still lagik ada Chef Zubir, Chef Johari dan Chef Amran...  masing - masing pun ada komen tersendiri. So kita terima jelah apa pun keputusan dan komen yang dia orang bagikan.


SInce dapat tau Chef Zubir ada Restoran kat Shah Alam (Masa Masterchef 1 dulu), we all pun nak jugak try makanan kat sana. Kan ada peserta Masterchef 1 dulu, si Daniel tu kerja dengan dia. So pada hari kejadian Daniel ada, Chef Zubir pun ada.


Overall makanan dia oklah, menepati citarasa asia, sebab, walaupun western, tapi still ada pedas sikit, bukan banyaklah, sikit, means bukanlah setakat rasa salt and pepper with garlic, basil, oregano and etc tuh. Tapi kalau pergi time orang tak ramai adalah lagik bagus sebab makanan dia sangat perfect. Kalau ramai orang, ada sikit kurang. Kalau ko rasa steak ko tu macam tak cukup 'Well Done" suruhlah dia masak balik. Ok je takde hal pun sebab kitchen dia pun open concept, kita boleh nampak dia masak.


  So you all, kalau celebriti pujaan kirang terkeluar awal, jangan sedih yek and jangan 'bengang' pulak bila celebriti yang korang tak suke tu asyik terselamat je... mungkin mereka bebetul pandai masak... layan....

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...