Followers

Friday, June 1, 2012

Klana Beach Resort - Edisi Petang

Lepas park kereta kat parking space, terkejut sangat sebab tetiba parking dah penuh. Baru 2 jam rasanya tinggalkan kawasan hotel. Lebih memeranjatkan, pool tetiba dah penuh... hahaha.. Darin tak sabar nak terjun dah tu. Aku plak tak bawak seluar untuk mandi, so Darin bosan duduk sorang - sorang kat pool kekanak, so dia join daddy dia kat pool dewasa..




Kat pool dewasa ni ada part macam ala - ala jakuzi.. kat tempat perempan takdelah pulak... paling best, bila tekan 1 button tu, akan ada air memancut keluar dari tepi pool tu. Memula semua orang pun tak perasan, lepas Darin dengan daddy explore, terus yang lain pun nak join.





Darin memang suka mandi tapi dia takut sket. Dah ada pelampung pun tak nak mandi sendiri. so daddy kena jadi pelampung dia.. haha.. kesian daddy, kena paksa mandi dalam pool. Apa nak buat..



Permandangan dari pool tu memang cantik. Terus je ke laut. memang open space. Angin tiup pun sedap - sedap je rasa. Kalau lepas mandi, and duduk tepi tembok tu, sure sejuk sangat...



Bila dah pukul 6 lebih macam tu, ajak Darin nak atas.. plan nak keluar makan cuma tak tahu lagik nak pegi mana. Masa we all memula sampai, ada nampak pintu yang boleh access ke luar. Since keadaan masih terang, aku ajak Darin ngan daddy dia keluar kat pagar tu. Rupanya jalan tu boleh terus tembus ke tebing laut, yang memang hotel buat khas untuk orang jalan kaki.. best jugak. Masa tu air surut, jadi boleh nampak batu - batu besar... kalau nak access terus ke laut, kena jalan sikit ke sebelah kanan, tempat memang semua orang lepak mandi - manda dan main air kat situ. Nak makan pun senanglah sangat.





  Seronok pulak tengok keadaan lepas, soa ku buli Darin posing tepi laut. Kejap buat aksi tengok matahari. Pastu suruh dia buat aksi lompat - lompa tu..hahaha.. pastu buli dia amik gambar mummy dan daddy. Memang dia komplen, tapi dia amik jugak... layankan jelah. Pintu tu dia akan bukak seawal 7 pagi rasanya dan akan tutup pukul 7 pagi.








  Malam tu we all ke Batu 8, ada buat event apa ntah sempena cuti sekolah. Siap ada pertandingan karaoke. Darin macam biasa beli mainan, and we all sempat pulak urut kaki. Gambar waktu malam memang takde. Cuma nak bagi tau, masa balik hotel tu terdengar sayup- sayup dia mainkan surah ayat - ayat suci. Rasa tenang je nak balik bilik. Bukak pun tak kuat. Bila masuk bilik dah tak dengar dah, masa kat area jalan nak masuk bilik tu je.. Patuh Syariah kan...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...