Sudah 2 minggu arwah nenek aku menghadap Ilahi. Mak kepada ayah aku. Dah 2 tahun jugak dia sakit terlantar. Sakit tua. Masa arwah masih hidup pun dia dah takde kudrat untuk buat semua kerja. Makannya, minumnya, mandinya, segala keperluannya, mengharapkan bantuan anak - anaknya. Mujurlah arwah nenek ada ramai anak perempuan, dan mak sedara aku yang kat Senawang yang jaga dia sepanjang arwah ni sakit. Semasa hayatnya masih kuat berjalan, dia tinggal dikampung, tapi bila arwah dah tak boleh bangun baru di bawa ke Senawang.
2 minggu yang lepas, Tanggah 11 June, dalam pukul 9.30pm, aku baru je turun bawah. Baru lepas mandi sebab baru balik dari rumah customer hantar set Premium Beautiful kat Seri Kembangan. Nak turun nak tengok apa yang boleh di makan. Darin memang dah bagi makan siap - siap. Husband aku cakap, kakak aku call. Dia cakap "Wan dah meninggal". Aku diam sekejap. Tak tahu nak express apa. Memang dah tahu dia sakit cuma terkejut sikit sebab memang tak diketahui bila dia dijemput Ilahi. Terus call kakak aku, tanya gitu - gini... Kakak aku akan balik ke Seremban esok masa pengkebumian. Aku blur sekejap. Tapi aku tetap nak pergi. "Bie.. kita orang tu still ok lagik kan jalan jauh, esok orang nak gi Senawang." Husband aku diam. Aku terus call manager aku nam mintak Compassionate Leave. Terus approve. Then aku call ayah aku, masa tu baru bergenang air mata aku. Mungkin aku keras sikit sebab memang aku tak rapat sangat dengan nenek. Tapi kesedihan tu tetap terasa kerana mulai saat 'adik' ayah aku call, bagi tahu yang "mak dah takde", di saat itulah tiasalah lagi perkataan 'mak' terkeluar dari mulutnya. Tapi ayah aku kuat, dia tak sedih, suara dia biasa.
Then husband aku pun call boss dia, nak mintak Leave jugak. And terus dia arahkan aku pack barang kita balik malam ni. Kalau ayah aku nak pegi Senawang malam ni pun dia akan hantar. Terus aku rasa terharu jugak. Dia faham, anak dan mak, walau macam mana pun masih nak tatap jugak walaupun tubuhnya kaku di situ.
Kita orang sampai pukul 12.30am, Tapi ayah aku cakap "takpe, esok pagi -pagi apak pergi" Memang sesudah subuh ayah aku dah pergi Senawang and we all bergerak dalam pukul 7.30am ke sana. Sempat we all sampai sebelum jenazah dimandikan. Abang, kakak dan Mak aku sempat bacakan surah Yassin untuk arwah. Darin dapat tengok wajah moyangnya buat kali terakhir, Ye moyangnya kaku di situ. segala pertanyaan keluar dari mulutnya. "kenapa dia mati, kenapa dia baring, dia nak pergi mana, ni untuk apa" semua da tanya. Aku dapat tengok dia orang menyediakan kelengkapan 'pakaian terakhir. 2 lapis kain putih yang ditabur kapur barus selang seli. Yang atas sekali adalah pakaiaknya yang bernbentuk baju kurung, kainnya, anak tudung dan tudung. Bawah sekali diletakkan tali untuk menetapkan kedudukan pakaian terakhir itu. Arwah nenk aku memang kecil, kemudian arwah diangkat untuk dimandikan. Selesai dimandikan dikafankan. Aku tak tengok sama, sebab dah ramai sangat dalam rumah. Walaupun dalam hati tetap nak tengok, kalau boleh nak bantu, tapi adalah lebih baik aku biarkan yang arif untuk menguruskan dalam keadaan yang selesa. Lagipun tak baik dilewatkan.
Selesai dikafankan, di solatkan. Penuh sepelusuk rumah. Alhamdulillah, anak, menantu, cucu, cucu menantu, cicit, sahabat handai, sedara - mara, jiran terdekat, semua sampai untuk melaksanakan perkara terakhir. Jenazah di bawa ke tanah perkuburan Senawang, berdekatan dengan Econsave. Dalam masa yang sama ada 1 jenazah telahpun sempurna disemadikan. Ada sebahagian kawasan kubur menempatkan anak - anak kecik, Darin ajak aku pergi tengok. Ada antara mereka pergi menghadap Ilahi seumur dengan Darin dan ada yang lebih muda dari dia. Soalannya "dia sakit apa mummy?" susah nak jawab tapi apa yang aku mampu lakukan "Allah lebih sayangkan dia".
Upacara pengkebumian berjalan lancar. Hari panas terik, angin sepoi - sepoi bahasa. Itulah rumah terkahir kita nanti Darin. Banyak perkara yang dia belajar dan banyak perkara menjadi pengajaran semua. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, seperti telah cantik dirancang. Seminggu sebelum arwah pergi menghadap Ilahi, berita yang diterima arwah nazak, Masa tu husband aku masih lagi di Belgium. Ayah aku pulak ada kat Shah Alam, nak bawak balik mak keesokkan harinya. Minggu yang sama jugak mak nak kena pegi Langkawi dan sepatutnya balik hari Isnin dan akan sampai sini Hari Selasa. Tapi semuanya seperti dirancang. Rombongan mak di tunda, husband aku pun cuma extend 1 minggu dan bukan 2 minggu, kakak aku tunda training last minute. Dan semua dapat berkumpul menunaikan Fardhu Khifayah tanpa ada apa yang menghalang.
Semoga arwah tenag di sana. Al-Fatihah...
Followers
Tuesday, June 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 welcoming comments:
Post a Comment