Followers

Tuesday, May 29, 2012

Klana Beach Resort - Eagle Ranch dan Minum Petang

Perjalanan dari Klana Beach Resort ke Eagle Ranch tu takdelah jauh sangat, sebab dah melepasi kawasan Batu 8 Port Dicksonkan.. cuma nak ke sana memang kita orang kena hati - hati sebab takut terlepas simpang. Selalu terlepas signboard nak masuk simpang.


Sampai kat sana, amik je pamplet and diskas nak buat apa. Then husband aku ajak naik kereta kuda sebab kuda kecik takde kot hari tu. Sambil beli tiket, boleh plak beli ais krim. Memang sodap makan aiskrim masa hari panas. Cecepat makan aiskrim sambil tunggu kereta kuda sampai, nanti makan atas tu sure leceh sebab gegar - gegar.



We all 3-3 duduk kat belakang, aiskrim tak habis lagik, takpelah bawak je naik atas sebab sayang pulak nak buang. Sambil tu husband aku borak - boraklah dengan orang yang bawak kuda tuh. Memula slow, pastu dia suruh kuda bawak laju. Kali ni rasa lama sikit, maybe sebab orang kuda tu tak bosan sebab we all melayan. Kalau macam dulu anak - anak sedara aku naik, sekejap je dia pusing....



Settle naik kuda fikir lagik nak buat apa... last - last nampak go cart, husband aku ajak naik, aku cakap pegilah naik, bawak Darin sebab ada 1 kereta yang ada 2 seat. Husband aku ajak naik sekali. alooo, tak nak sebab tak reti nak bawak tuh. Then dia beli tiket, sekali memang dia beli 3 tiket sekali, untuk dia, aku ngan Darin.. huwa terpaksalah aku naik ngan Darin jugak.



Memula tu tak pandai sangat, tapi lelama lepas tu oklah jugak, ada 1 part tu tak bagus langsung, corner tu sangat tajam, of course aku akan slow, sekali lepas selekot terus naik bukit.. huwa.. dah nak kena tekan minyak lebih... kelakar sangat.. "Darin.. ok ker?" dia senyap je, angguk je...



Settle 5 lap, dia turun and cakap "Kelakar, mummy bawak sampai nak langgar tayar, badan saya gegar - gegar"..hahaha.. so merasalah bawak go cart.. yeay.... Then we all pusing - pusing lagik area situ, jumpa ada 1 family tengah gigih yang main panjat - panjat tu... bukan flying fox, tapi mcm ala - ala gitu jugak, kena panjat tempat tinggi, then jalan half way, pastu turun... alatan semua kena completelah.. we all tak beranilah nak cuba, lagipun Darin ada, walaupun ada dia buat untuk budak kecik dengan ketinggian lutut, rasanya Darin belum bersedia kot..



On the way balik, terasa nak isi perut, singgah minum ABC dengan goreng pisang dan goreng keledek.. siap cicah gula lagik.. marvelous.. teringat plak zaman kekecik, kalau pisang tu memang jenis kurang manis, memang aku cicah gula.... terus teringat mak, cecepat tepon mak..haha..

Ok dah nak dekat pukul 5, memang sesuai dah terjun pool ni.. jom balik hotel....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...