Bila ada hari cuti dalam 5 hari bekerja adalah saat yang ditunggu - tunggu... bukan apa pun, saja nak duduk rumah dengan anak, selain sabtu dah ahad yang confirm sibuk ke sana ke mari untuk penuhkan agenda bersama keluarga besar... cuti nan satu ni memang untuk family kecik je... and since semalam family aku dah jadi kecik pun..
Seawal pagi, walaupun rasa macam malas nak bangun tapi tetap bangun jugak, rutin biasa kena buat jugak dengan rutin tambahan iaitu menyental bilik air... sarapan pagi buat sama - sama dengan Darin.. masak scramble egg je... lunch pulak terfikir nak buat nasi ayam... simple je, and memang khas untuk Darin sebab dia suka makan nasi yang ada berperisa macam tu... takpelah, sementara aku ada masa memasak apalah salahnya..
and macam biasa, ganti cadar and sarung bantal.. hari kan panas terik, memang sesuai je nak basuh apa.. sekejap je dah kering, angkat masa panas - panas macam angkat lauk masa panas, lipat elok - elok dan simpan. Plan memula ingat tak nak gosok baju, tapi angkat punggung jugak, gosok baju yang cuma ada beberapa helai. Lagi bagus gosok time baju sikit daripada aku longgok sekali banyak, time tu confirm dah masuk kategori "Hantar Dobi je"...
Lately sakit kepala makin menjadi - jadi.... sejak malam tadi sakitnya bukan kepalang... berdenyut - denyut.. nak kata panas, dah siap bukak air-cond semua.. bawak ke siang.. sampailah ke petang ni ha... buat keje dalam keadaan kepala sakit dan Darin banyak buat kerenah memang menguji kesabaran... rumah pulak aku rimas nampak sepah, lagiklah sakit kepala.. takpelah bagi peluang kat dia dulu...
nak baring sekejap lepas suapkan dia makan tadik... tak dapat lama, dah dia sibuk ajak main masak - masak guna barang IKEA pulak.. layankan ajelah... pastu jumpa buku, nak tulis pulak.. takpelah ikut je kerenahnya... nak tengok CD Tom and Jerry lah.. nak tengok You Tube kat iPadlah.. semua bendalah dia nak buat sekali gus.. adoi ler Darin...
Ni dengar bunyi guruh je dari jauh tapi tak taulah kat mana nak turun hujan lebat... kalau dapat turun kat area rumah ni syukur sangat... nampaknya musim panas sampai bulan September nanti... biasalah... Malaysiakan ada 2 musim je.. Musim panas dan Musim Hujan.. sesekali datanglah musim ke-tiga... "Musim Mengundi"... yang dah mendaftar nanti jangan lupa mengundi ye....
0 welcoming comments:
Post a Comment