Sampai kat Klana Beach Resort, turunkan barang dulu, we all sampai dalam waktu Zohor.. confirm boleh dengar Azan Zohor... Bell Boy pun dah ada tunggu kat depan. Masa sampai tu parking lot banyak yang kosong.. "hhmm kita je kot tido sini" aku cakap dengan husband aku..."Maybe awal lagi kot" aku pun rasa begitu...
Hari panas terik, bagi info dekat Check-in counter terus dapat bilik. Bell Boy tunjukkan bilik kita orang kat tingkat 2... nombor 2 dari hujung.. mengadap laut.. masuk je bilik.. wwaaa cantiknya permandangan laut.. sebab apa best, sebab memang direct view ke laut, takde apa yang halang, hotel tu kira tebing laut jugaklah...
Kolam untuk kekanak takdelah besar pun
Komen pasal bilik... biasa je.. ada iron, iron board, meja dan kerusi, TV, air - cond, katil super single 2... dan ada sejadah.... tapi takdelah bath tub yek... memula husband aku cakap "Kata hotel patuh syariah, apsal kat toilet bowl tu takde paip?" hahaha rupanya paip dia belakang pintu, x perasa, bila tutup pintu baru nampak...
Yang dekat kiri tu kolam perempuan, disebalik tembok tu kolam lelaki
Of course isi perut dulu and solat then Darin dah sibuk nak pegi swimming pool. Panas buta tuh Darin, baru pukul 3. Tapi dah dia nak sangat we all turun jugaklah...
Nun Darin dihujung sana
Ada 3 pool, satu untuk kekanak, satu untuk wanita sahaja 1 untuk lelaki sahaja.. actually open concept jugak cuma asingkan bahagian lelaki dan perempuan... Satu jelah susah sikit, nak kena jalan jauh dari hotel ke swimming dan tak berbumbung.. Tapi permandangan dari area swimming pool tu memang cantik sebab terus ke laut..
Since we all pun rasa memang tak sesuai nak berendam kat dalam tu, so kena buat something else..
"Darin nak naik kuda?" hhmmm nak ajak pergi Eagle Rance lah tu..
So keringkan badan dia and terus we all ke sana...
2 welcoming comments:
aku pun baru tahu pool dia asing2 laki ngan pompuan :)
ha ahlah sue, kalau nak mandi takleh nak mesra - mesra ngan papa jit.... hehehe
Post a Comment