Followers

Saturday, July 31, 2010

Almond Krunchy - Entry Khas Hari Raya

puasa... raya...
dah tak lama lagi je nak raya dan sana sini dah dengar dah orang sibuk cerita pasal baju raya, kasut raya, hendeg raya dan paling penting KUIH RAYA....

saya pun bukan jenis yang pandai buat kuih raya, jadi banyak membeli dari buat, bila balik kampung ahli keluarga yang baik hati bagi sket buat koleksi kat rumah, nanti orang datang beraya ada jugaklah kuih raya... selalu beli mesti ada yang kurang, kalau tahun lepas beli macam sedap, tahun ni beli kat tempat yang sama or orang yang sama.. aik.. apsal macam ada yang kurang?? harga plak ada yang dah naik, ada yang masih kekalkan harga yang sama..  ok.. ok.. panjang sangat.. ni saya pendekkan..

saya pun pada mulanya wonder jugak bila orang cakap
"SEDAP giler"...
"aku je order 5 balang untuk anak aku makan".. 
"tak musim raya pun aku order"

biar betul dia orang ni, promosi sebab member ker atau apa yek....
oklah, husband saya pun trylah 1 balang, nak test macam mana... masa cik suami cerita dengan saya... saya pun macam malas nak amik tau... sekali dia balik rumah semalam

"bie, kuih raya tu ada lam keta"...  saya cuma cakap OK je..
pagi tadi, dia bawak keluar balang tu.. alahai.. belum bukak saya dah boleh tau sedap sangat..

Darin pun dah sibuk nak makan.... demi anak, takpelahkan.. sebenarnya nak simpan sample untuk kawan - kawan lain merasa.a. takpelah.... demi anak.....

bukak je tutup dia.. alahai.... sayangnya nak makan...
bagi Darin satu...
makan dan makan..

"mummy nak lagik"


ha..ha... ok kawan - kawan, serius sedap... pastrynya sangat sedap, lembut tapi bukan lemau... coklatnya pekat likat... dan pecahan almondnya memang sangat garing krup - krap rasanya... tak nyesallah... dan memang dah tau kenapa semua orang cakap sedap... terus order dengan abang tu.... XX balang untuk diri sendiri dan ahli keluarga... benda yang sedap, takpekan kongsi bersama...

dengan ini.. tempahan adalah dibuka pada semua sehingga 13/8/2010

1 balang hanya berharga RM29.00 sahaja
saya hanya menguruskan sekitar lembah klang sahaja.. dan akan dihantar sendiri atau ambil sendiri..


sempena bulan Ramadhan.. setiap balang yang terjual, RM1 akan dimasukkan kedalam tabung derma masjid. 

2 welcoming comments:

wantrader82 said...

salam....puan ada jual kuih raya ke?berapa jenis kuih?harga camna?

mikamusz said...

ada 1 jenis sahaja... tolong kawan jualkan.. dan dia mmg buat 1 jenis kuih sahaja..
Harga 1 balang RM29, penghantaran utk lembah klang sahaja... kalau luar daerah saya kena check dulu kosnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...