Hari tu dah cerita pasal Confinement Lady.. In Shaa Allah dah buat keputusan kot yang mana satu, cuma tunggu hari je lagi. Kali ni nak cakap pasal Set Bersalin pulak.
Memang ada banyak jenama kat luar, just name it, yang modern, yang tradisional semua ada. Kalau korang tak nak beli set bersalin pun boleh, cuma nanti inform je makcik urut tu, mintak dia siapkan semua.
Kalau masa dulu, memang bercadang nak beli, tapi tak jugak beli. Masa pantang takdelah hebat sangat. Makcik tu urut 3 hari berturut - turut, masuk hari ke-3, dia ikatkan bengkung dengan 'kepala barut' yang dia isi kunyit hidup dan ubat - ubat kampung, dan jangan bukak sampai esoknya. Lepas tu cuma minum rebusan air akar kayu yang dibekalkan sebanyak 3 peket. Rebus air dan minum sampai air tu dah tak rasa apa. Selain dari tu, rebus air buah manjakani. Lain takde, tungku pun buat sendiri je.
Kali ni dah kata nak pantang kat sini, so beli je set bersalin yang berkenan. Kali ni aku pilih Set Bersalin Tanamera. Sure ramai sangat yang tau. Dah lama sangat aim dah produk ni, 2 tahun lepas kot masa dapat berita pregnant, tapi yelah masa tu takde rezeki. Kenapa aku pilih produk ni? sebab dia tak banyak pil untuk dimakan atau jamu untuk diminum.makan. Banyak sapu luaran je. Sebab aku pun memang susah nak telan or makan jamu ni. Lagipun bahan - bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi macam kunyit, halia, serai, beras, limau and etc. Dan yang penting ianya Halal. So tak taulah keberkesanannya macam mana. Nak tahu lebih lanjut pasal produk ni boleh pergi kat website TANAMERA
Set Bersalin Lengkap Tanamera
Secara ringkasnya, harga untuk 1 set Tanamera ialah RM360 untuk semenanjung dan RM380 untuk Sabah dan Sarawak termasuk harga pos. Selain beli 1 set, kita boleh je beli set asing - asing terpulang kepada individu. 1 Set Bersalin Tanamera ada 11 barang kat dalam dia. Ada yang boleh digunakan semasa pregnant, yang lain tu masa pantang. Macam kat bawah ni apa yang kita boleh nampak dari website Tanamera sendiri jugak.
Macam produk kat bawak ni boleh digunakan dari sebelum bersalin sehingga habis pantang.
1.Brown Formulation Soap - Ia bertujuan untuk menanggalkan kulit mati, meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki masalah kulit secara menyeluruh, serta berkesan untuk mengeringkan ruam - ruam kulit dan kerengsangan kulit yang ringan.
Sabun ni boleh digunakan seawal 30 minggu, so masa mandi gosok je kat badan tu. Rasa macam mandi kat spa jugak.Yang pasti, jangan biarkan sabun ni terendam di dalam air untuk mengelakkan keberkesanannya.
2. Herbal Massage Oil - ataupun minyak urutlah senang. Banyak manfaatnya seperti merangsang peredaran darah dan metabolisme, bantu singkirkan toksin dari badan, bantu licin dan melembutkan kulit, menggalakkan pembuangan air berlebihan dan angin dalam badan, menyegarkan kulit dan organ - organ penting dengan cara merangsang pengaliran darah dan membantu sistem limfa untuk menyingkirkan bahan - bahan buangan dari dalam badan.
Kalau kaki selalu cramp atau lenguh sepanjang mengandung bolehlah sapukan minyak urut ni. Even kalau nak mintak makcik tukang urut guna minyak ni pun boleh. Dia tak berapa panas tapi sesedap rasa je.
3. Cold Press Virgin Coconut Oil - ini adalah produk favorite dari set bersalin tanamera ni. Boleh digunakan seawal kandungan 30 minggu juga. Caranya, VCO ni perlu disapukan dia bahagian bawah atau dikenali sebagai perineal, untuk melembutkan bahagian tersebut. Korang googlelah kat mana part ni.
Selain dari itu, ia juga boleh diminum 1 sudu pagi dan 1 sudu petang. Ada orang start 35 minggu dah minum, atau 37 minggu. So far aku tak minum lagik, just sapu je, sebab cuma ada sebotol. Silap pulak tak order lagik sebotol, so boleh letak 1 dalam bilik and lagi 1 kat dapur.
3.Lavendar Floral Water - ini lebih kepada kesegaran dan keharuman badan. Macam aromatepari gitu. Boleh melegakan minda dan otot yang tegang. Menenangkan tekanan emosi dan membantu tidur lebih nyenyak. Menyegarkan dan menyerikan perasaan, meredakan kemarahan dan kegelisahan. Boleh digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah migrain, sakit kepala, kemurungan, kegelisahan, gangguan emosi, ketakutan dan kelesuan.
Nak guna senang je, pegang botol tu dan halakan ke muka dalam jarak 6 inci, dan sembur je. Boleh sembur pada badan jugak and nak tidor, boleh sembur pada bantal.
Yang bawah ni produk yang digunakan semasa dalam pantang. So ini dia punya benefit and cara nak guna bahan - bahan ni.
5. Feminine Herbal Wash
- Sesuai guna lepas bersalin baik secara normal ataupun pembedahan
- Kaya dengan minyak pati untuk melegakan ketidakselesaan yang timbul dari luka jahitanpada bahagian genital dengan segera
- Berfungsi anti keradangan bagi membantu mengurangkan kebengkakan dan mempercepatkan proses penyembuhan bahagian genital.
- Mengecutkan tisu - tisu organ pembiakan dan menyahbau.
- Menggalakkan penegangan otot - otot bahagian genital.
Cara nak guna dia:
- Mula digunakan pada hari pertama selepas bersalin, sekurang - kurangnya 2x sehari. Setiap uncang boleh digunakan 2 kali.
- Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau rebus 1 uncang dalam 1 liter air selama 15 minit untuk mendapatkan larutan yang pekat.
- Biarkan larutan sejuk sehingga suam - suam kuku.
- Basuh bahagian organ genital secara lembut dengan menggunakan span atau kain.
- Biarkan airnya kering sendiri tanpa di lap.
- Baki larutan tadi masih boleh digunakan dengan cara disimpan di dalam bekas sembur dan gunakan setiap kali selepas ke tandas.
6. Herbal Bath
- Kaya dengan minyak pati yang berkesan untuk menyegarkan dan menenangkan badan.
- Melegakan otot - otot yang lesu dan tegang.
- Menyahbau badan.
- Mengandungi bahan yang bersifat anti keradangan.
- Mula digunakan pada hari ke -5 sehingga ke hari 14.
- Didihkan 1 uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
- Campurkan ekstrak dengan air suam di dalam tab mandi untuk mandi rendaman atau guna untuk mandi span.
- Untuk mandian span, bermula dari kaki dan bergerak ke atas anggota badan.
- Setiap uncang boleh dididih sebanyak 2 kali.
- Tuangkan larutan selepas digunakan.
7. Firming Herbal Blend Paste/Tapel
- Menguatkan dan menegangkan otot - otot perut.
- Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
- Menegangkan kulit perut yang kendur.
- Meransang pengaliran darah kebahagian perut.
- Mengurangkan cacat cela dan tompok - tompok gelap yang mungkin timbul pada perut.
- Mula digukan pada hari ke-5 dengan bengkung selama 14 hari.
- Campurkan 1 uncang serbuk dengan 4 sudu besar air panas dan digaul menjadi pes.
- Sapu sekata pada bahagaian perut.
- Tutup dengan sehelai kain yang nipis sebelum dibalut dengan bengkung. Dibalut sekurang - kurangnya setengah hari.
- Produk ini lebih sesuai digunakan selepas mandi dan mengurut.
- Basuh pes selepas bengkung ditanggalkan.
8. Herbal Tea
- Merangsang pembuangan darah beku dari rahim sepanjang tempoh pendarahan selepas bersalin.
- Mengurangkan keradangan pada bahagian rahim dan bahagian genital.
- Memanaskan badan dan menggalakkan peredaran darah.
- Melegakan masalah sembelit.
- Rebus 1 uncang dalam 1 cawan air panas selama 5 minit dan diminum ketika teh masih suam panas.
- Campurkan 1 sudu teh madu untuk menambahkan keenakannya.
- Bermula pada hari ke-5, diminum 2 kali setiap hari bersama hidangan untuk selama 7 hari. Disyorkan diambil bersama sarapan dan makan malam.
9.Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
- Mengurangkan rasa mengantuk atau letih.
- Mengembalikan keseimbangan minda, menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketenangan.
- Mencegah/meredakan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian mata akibat kekurangan tidur.
- Menyegarkan minda.
- Mula digunakan pada hari ke-5, 2 kali seminggu.
- Campurkan 1 sudu teh air panas dalam 1 uncang serbuk, gaul sehingga menjadi pes pekat.
- Berbaring di dalam bilik yang sepi dan sapukan pada dahi, gosok dengan tangan untuk mencapai kesan yang lebih memuaskan.
- Berehat dan biarkan selama 60 minit, kemudian dibilas dengan air.
- Elakkan dari terkena mata.
10. Boreh Body Scrub
- Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
- Menyegarkan dan menguatkan kembali otot - otot yang lesu.
- Mengurangkan tompok - tompok gelap disekitar bahagian perut dan ketiak.
- Merangsang peredaran darah.
- Mula digunakan pada hari ke-5, 2 kali seminggu.
- Adun 1 uncang dengan 3 sudu besar air panas hingga menjadi pes pekat.
- Sapukan pada seluruh badan.
- Biarkan sehingga separuh kering dan gosok kulit dengan tangan anda secara lembut dalam gerakan berpusing.
- Bilas skrub yang berlebihan dan mandi seperti biasa.
11. Abdominal Wrap (Bengkung)
Semua orang pun tahu yang bengkung adalah penting untuk perempuan lepas bersalin. Tak kisahlah sama ada bengkung moden atau bengkung tradisional. Untuk set bersalin Tanamera, bengking yang disediakan adalah dari jenis 1 tali panjang. Untuk bengkung macam ni lebih mudah dipakaii semasa baring, di mana masa tu perut kita akan flat dan senang diikat cuma tak berapa nampak.
Ada yang suka pakai bengkung yang panjang, cuma kena ada orang tolong pegangkan 1 bahagian, and kita kena berpusing sampailah kain tu habis.
Walau macam mana pun, terpulang pada individu nak guna bengkung macam mana. Jangan pakai terlalu ketat dan jangan terlalu longgar. Ikutlah pada keselesaan korang sendiri.
So now tengah tunggu masa je nak guna set bersalin ni. Nampak leceh jugak sebab ada yang 2 kali seminggu and etc. Jangan risau, dalam set Tanamera ni dia dah siapkan 1 jadual dan kita cuma masukkan tarikh kita bersalin dan kita akan tahu hari bila kita perlu guna produk - produk yang ada dalam tu.
1 welcoming comments:
brown soap dia terrrbaik..
Post a Comment