Baru je tadi call dengan pengusaha taska kat sini.. In Sha Allah nak hantar baby bulan July nanti. Dia inform RM350 sebulan untuk seorang baby. OT start pukul 6.45pm dengan bayaran RM6 sejam. Redha jelah. Tapi untuk half day care Darin dia tak pastu berapa.. gedebak gedebuk mau dekat RM1000 jugaklah sebulan sebab pre-school Darin je dah RM300 sebulan. Then sharelah news tu dengan member.. sekali dia cakap " Haah RM350, nanti Bulan June naik RM450"..
what?? aku salah dengar ke.. sekali dia bagilah link kat Harian Metro nih.. ni aku copy paste untuk korang...
Wah... kalau macam ni untuk sorang anak.. kalau 3 orang anak tu berapalah yek, tak masuk lagik OT and etc... aku dah start nak pitam dah.. oksigen..oksigen.. fuh....
Yuran baru taska RM450 seorang
Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.
Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.
Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.
“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.
Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.
“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya.
Tak tau nak cakap apa, just tunggu and hadap jelah macam mana nanti. Nak amik maid zaman sekarang ni, kos bukan main tinggi. Gaji permulaan pun dalam RM600 - RM700.. tu tak termasuk kes yang dera baby, yang lari dari rumah and etc. Takkan nak habis duit kat situ je.. adoi.. leteylah camni. Keje pun tak rasa apa bila duit keluar macam air. Dahlah Bonus memang takde, increment pun tak tau nampak bayang ke tak.. sabar jelah..
Followers
Friday, April 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 welcoming comments:
Sabar ye..org yg jd pengerusi tu dah jd mata duitan..tak caye tanya taska lhdnm di jln duta..
erk.. macam tu pulak ker??? takpelah.. Malaysia Masih Aman
Post a Comment