Followers

Tuesday, October 4, 2011

The Packeteers Workshop (TPW) - Day 2

Mulakan hari ada dengan perkara yang baru.. pagi - pagi lagik fasilitator dah bukak lagu best - best.. cool je dengar... so aktiviti hari ni sure kena perform pasal task semalam, then kena buat depan our CEO pas tu ada tour ke bangunan we all...


Sepanjang dalam kelas, semua orang banyak bagi tumpuan masa HCD buat presentation, pasal medical benefits company benefits, Employee referral bonus dan jugak pasal free modem broadband.. yang lain semua buat tak heran ye korang.. soklan bertalu - talu sampaikan mamat HCD tu pun pening nak menjawab.. tapi kira ok jugaklah.. at least ianya sangat membantu...

Hanya jadik supporting actress untuk team lain

 Our CEO

Macam aku cakap, last sekali ada presentation kan.. so takde banyak gambar pun, pasal kes we all pakai mentol kat kepala tu sebenarnya we all jadik pak pacak untuk team lain.. tu je, bukan team kita orang pun....  after selesai buat persembahan, tibalah CEO kita orang pulak bercakap.. he is so sempoi.. kalau orang lalu sebelah, and tak kenal dia, confirm tak cakap itu bukan CEO, tapi itulah dia, sangat sempoi orangnya...


 kena bentang aktiviti kumpulan

ok tak nak cakap banyak, we all di bawa dari tingkat 5, naik ke tingkat 10, atas bumbung, then turun ke bawah sampailah tingkat 1... ok apa yang ada kat Level 5..

 pool table..
 
Of course, tempat we all training tu memang kat Level 5, ada 1 training lab, which is dia provide power suply dan jugak UTP cable kalau kita ada attend training, actually wireless pun ada, and of course tip top, tapi ada masa they all nak kena buat keje and make sure connection tip top, so guna wired..

bilik we all, training room ada 2, so sebabkan kita orang ni ramai, jadi 2 bilik tu bercantum jadik 1 bilik besar, boleh muatkan 5 biji meja bulat and total we all dalam tu 30++...

dalam gymnasium
then pergi kat area sebelah sikit, paling hujung sekali adalah surau, surau lelaki dan perempuan asing, tempat wudhu' pun dekat dalam, walaupun tak besar sangat tapi still selesa untuk solat, takdelah nak kena share, atau kena amik wudhu' dekat toilet, then kedek - kedek dengan kaki dan tangan basah masuk bilik solat...


Level HCD
then masuk ikut pintu paling tengah, kalau jalan lurus je, ada pintu and kawasan lapang tu biasanya they all gunakan untuk kelas Yoga.. hari tu dengar kelas Yoga stop sekejap tapi dah continue dah hari ni.. kelas ada 2 sessi 6.30pm - 7.30pm and 7.30pm - 8.30pm... sebelah kanan pintu tu ruangan Fusball, ada 1 meja Fussball, ada 1 meja pool, ada 3 kerusi urut Ogawa.. ada 1 LCD tv untuk korang lepak - lepak... and PS2 juga ada disiapkan.. dulu dengarnya ada Wii, tapi dah takde.. tak tau pulak kenapa...

 menuju puncak.. oh yeah,,

then we all ke bilik Gym.. so far tengok alat Gymnya sangat complete, kalau suka, boleh duduk sini, dia ada siapkan locker untuk simpan barang, and ada bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan.. siap ada shower sekali.. kalau rasa pepagi tu korang terlambat bangun.. pakai je baju hapa pun, sampai opis, mandilah dulu.. confirm sangat freshkan..

then we all naik ke Level 10, iaitu bahagian HCD atau HR, dia tunjuk semua form yang penting, specially claim form... then tunjuk box mana nak letak semua... tapi claim rasanya hantar kat bahagian Finance which is Level 8..

 tengah tunggu arahan untuk next destinastion

sekejap je kat HCD ni.. ruangan dia padat sikit.. then we all naik atas pulak... atas bangunan.. walaupun tak berbumbung, tapi tetap dijaga rapi.. siap ada batu kecik - kecik, ada rumput tiruan, ada Gazebo.. ada Hut then ada siap tempat BBQ sekali.. and ada jugak waterfall kecik.. nasib baik hari sangat cerah so permandangan sangat clear.... best pulak lepas kat atas tu.. so kalau rasa nak lepak kat atas tu boleh je, tapi jaga diri bebaik.. tinggi tu, walaupun cuma 10 tingkat je...

 permandangan dari atas...

then we all teru turun ke tingkat 10-9 dan 8 guna tangga, cuma 3 level ni je yang dihubungkan menggunakan tangga, I mean, proper tangga, cantik, siap ada kolam lagik kat tengah - tengah building, tapi sayang, bila sampai sini boleh pulak member aku sorang tu tak snap gambar, rasanya takut kot.. then lantai dia siap keluar lampu dari bawah lagik.. ok..


 berebut nak amik gambar sambil tahan panas..

Selingan: kalau korang pernah tengok cerita Awan Dania musim 4, memang dia shooting kat office aku, basically dia shooting kat Level 5, 8, 9 and 10.

Lepas selesai tingkat 8, turun ke tingkat 3.. apa ada kat situ? MIS team, tempat korang nak betulkan notebook, PC, telefon, modem and etc lah.. so kena kenallah sapa orang yang in charge.. dan inilah level aku, cuma aku bukan MIS team.. aku Infra team... takpe, lain kali boleh tau..

credit to myself sbb suruh dia org amik gambar kat sini
 
lepas level 3, pergi Level 1, kat sini ada banyak meeting/discussion room, actually every floor pun ada, istinewanya kat  Level 1 ni, setiap bilik ada nama macam Sydney, Shanghai, Italy, Singapore and etc.. and dinding bilik tu memang dia lukis background negara tersebut dalam black and white.. kalau nak booking bilik tu, kena tengok elok - elok sebab tak semua bilik ada projector..

Last sekali, Ground Floor.. sini yang orang selalu datang, nak bayar bil, nak terminat, nak tukar plan.. ruang dia besar, sambil tunggu giliran, dia orang siapkan beberapa notebook khas untuk korang surfing dan buat macam - macam, minuman pun ada, so boleh ambil je sebab memang free... so itulah perjalanan hari ni..

kalau korang suka, bolehlah datang sini jenjalan..

2 welcoming comments:

babyarisha said...

ni keja ke buat touring ni?
konpius tul.

mikamusz said...

ish. kan dah explain, sessi mengenali kawan - kawan dan syarikat..kekeke....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...