Followers

Monday, October 3, 2011

Mutiara Rini-Kampung Melayu-Damansara Alif-Tun Aminah-Pulai-Shah Alam - 6 Syawal



6 Syawal memang set nak balik KL, tapi ada lagik rumah yang tak sempat nak terjah so mesti cover jugak... Off we go to Kampung Melayu.. selalunya every raya mesti singgah atau tido sini 1 malam, tapi tahun ni takde sebab Tok Iti, tuan punya rumah sakit, and skang sedang menjalani rawatan kat KL...



So my hubby pun sibuklah suruh snap gambar Tok Iti, then snap gambar rumah - rumah yang dia pernah duduk masa kekecik dulu... rumah tu still ada sampai sekarang and masih ada orang duduk..

Sampai Kampung melayu, rumah kak Pat dan Abang Fadhil, we all di jamu dengan Spagheti Olio Aglio.. sedap.. then siap ada Gear Box masak merah? ntahlah aku pun x tau, tapi kambing ye bukan lembu.. aku just makan luaran je.. part sedut - menyedut aku tak buat sebab tak pandai.. budget macam nak tersedak sebab sangkut between kerongkong dan hidung.. pastu terus pedih mata.. nehi..nehi... biarlah laki aku sorang je yang makan...


selesai sesi lepak lelama kat Kampung Melayu.. we all ke Damansara Alif, sepanjang perjalanan ke sana.. agak panjang sikit, so we all melayan darin main Angry Bird, aku pun tak ingat dapat masa bila... sambil tu snap gambar Mutiara Motor... tapi takdelah nampak Juliana Banos.. dia gi jalan raya kot.. then wonder jugak, kereta kat atas bumbung tu kereta betul ke atau kereta tak betul???




sampai kat Damansara Alif, Darin tetiba macam moody, ni kes tak tido lagik, tu pasal hangin dia semacam.. tapi bila masuk je rumah, terus senyap sebab nampak kucing lagik... 2 rumah yang we all pergi ni rumah sepupu kepada husband aku... since my MIL anak paling bongsu... jarak dia dengan abang - abangnya jauh, sebab tulah ada umur sepupu husband aku tak jauh beza dengan my MIL....


Abang Joe tu sepupu my husband.. rumah dia dari dulu aku admire sebab banyak sangat bunga, and dia hias rumah dia style english.. gilerlah.. sampai aku pun naik pitam dibuatnya... dia buat jemput - jemput, minum dengan air teh o dan nescafe, dedua aku bantai minum.. makan - makan je... kucing kak Shida ni so cute, walaupun warna hitam, bulu dia tebal.. al-kisahnya, masa beli sangat comot dan berkudis, tapi dia bela cantik, sampai siap ada baju dah kucing tu, we all nak snap tapi husband aku tak bagi, kesian katanya..




Itulah akibatnya kalau dah lama sangat tak jumpa, asyik borak je sampai lupa yang we all ni nak gerak ke KL.. so cecepat balik rumah.. we all drop kat rumah kembar my MIL kat Tun Aminah.. lepak sana.. mandi, tukar baju, solat sesiap and makan dulu.. kalau rumah Mak Eton and Uncle Din ni, mesti ada je makanan.. specially bila anak - anak my MIL datang sana, takde pun dia adakan jugak... senang hati husband aku dapat makan nasi, walaupun takde lauk gulai dia..



say bubye semua, pack barang sesikit tadik, nak bergerak pulak ke Pulai.. ish-ish.... sempat lagik singgah tu, padahal dah pukul 8 lebih dah tau, takpe, wajib singgah.. jumpa balik Tuk Yah, beraya kat rumah Auntie Ayip sumer... kira dalam pukul 10pm jugak baru bergerak dari sana...




boleh pulak masa nak masuk highway, si kecik merengek nak Mc D, beratur dulu kat drive through.. belikan Mc D dia, and masuk highway.. elok je sampai kat simpang tu.. boleh pulak salah masuk.. tak ke patah balik ke Johor.. huh.. tak pasal - pasal kena buat u-turn kat Tun Aminah tuh.. doa bebanyak.. supaya tak jadik apa - apa and harap kereta tak banyak sangat dan tak jam.. yg penting driver tak mengantuk..

tepat jam 10.30PM we all masuk tol.. gerak menuju ke arah Utara.. jam 12:55AM, we all selamat sampai Alam Impian.. Alhamdulillah.....

Tamat sudah sessi beraya di kampung halaman.. walaupun penat, kejap, tapi tetap puas...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...