Followers

Tuesday, February 3, 2009

Darin is '2' today

Hari ni Darin genap 2 tahun... hhmmm rindunya masa dia baby dulu.. masa memula lahirkan dia dulu.. besarkan dia.. cuma tak dapat nak feel sepenuhnya masa jaga dia dalam pantang coz my mom tak bagi buat kerja sangat.. banyak bibik yang tolong buatkan.. mandikan, tidokan, bg susu.. aku pegang sekejap - sekejap je.. tu pasal rasa miss sangat..


satu - satu gambar Darin baru lahir yang
di ambil menggunakan hp my SIL masa kat KPMC
Darin memang banyak ragam.. 1st time org jumpa dia, memang dia agak malu sket.. specially kalau dia tak pernah jumpa or jarang jumpa.. even dengan sepupu dia pun.. sometimes dia pemalu... tapi bila dah lama sikit dia ok... Darin memang tak nak kalau org lain dukung dia.. tapi kalau ada rezeki and orang tu pandai ambil hati dia.. memang dia ok... sepanjang 2 tahun.. Darin pernah duduk kat Nursery selama 1 hari setengah dan lebih kurang 2 minggu tinggal dengan bibik my fren, and pernah dijaga oleh my jiran, Kak Is and my MIL masa bibik balik Indon... banyak dugaan jugak dalam sebulan tu.. tapi we all tabahkan jugak.. masa tu jugak dia kena sakit mata.. kesian sangat and aku kena amik cuti + work from home sebab lepas tu aku pulak sakit mata dengan my hubby..


Kurang 24jam lagi masa ni, tapi dah sedia untuk keluar

Darin jarang nak main mainan dia.. tapi kalau pergi rumah orang, dia suka main or dia akan suka main mainan dia bila ramai orang kat rumah.. dia mula bercakap kurang umur setahun.. tapi berjalan agak lambat sikit.. Darin amat petah bercakap, setiap apa yang kita ucapkan akan diulang... CD pertama yang Darin tengok adalah Elmo.. lama betul dia tengok Elmo sebelum beralih ke Barney... bila dah umur setahun lebih.. my hubby keluarkan balik buku cerita Shrek 3, and bagi dia kenal Shrek.. lepas tu dia dah boleh tengok cerita Shrek.. before this amat takut dengan Orge tu.. and dia amat addicted dengan Shrek.. and dah siap boleh hafal dialog before charater tu sebut perkataan tuh.. setiap lagu dalam Shrek pun dia suka.. antara Cd yang dia suka tengok Ratatouille (dia panggil Kus), Madagascar (dia sebut madakakar) and Dr Horton (bunyi macam hoten).. and now skang CD Dr Horton tu dah hilang.. tak tau letak masa.. kesian dia....


Masa hari jadinya yang pertama - Di Langkawi

Dia dah hafal jalan nak ke Jusco.. nampak je lambang M dia tau itu Mc Donald dan akak sebut (nak nel, nak ice kem)... pengsan aku... even malam tadik we all amik u-turn nak ke Alamanda, dia boleh jerit "daddy, tu.. sana..sana.." sebab selalu we all akan lalu depan Jusco bawak dia jalan - jalan.... kesian dia...


Her 1st Birthday celebration

banyak sangat peristiwa menark pasal Darin.. sampai tak sempat nak cerita satu - satu.. last year.. hadiah birthday Darin, mummy belanja cuti ke Langkawi... and we all sempat celebrate birthday dia masa balik Segamat.. This year.. agak kelam kabut sikit but we will spend our sweet and sour time together in our new home sweet home....
Anyway sayang.. mummy and daddy loves you.. Happy Birthday Sayang....


Gambar Darin terkini..
tak sempat nak snap yg latest sebab tadik dia still lagi tido


opss... esok birthday Daddy Darin pulak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...