Followers

Thursday, January 29, 2009

Weekend and CNY

Pada yang dah baca entry lepas.. on 24/1 and 25/1.. we all baru start buat konkrit..
Hari sabtu pagi tu we all ke kedai hardware beli semua barang yg patut.. then tolong my hubby pasang railing lagik.. pastu aku pulak dengan jayanya menyapu bersih semua habuk belah atas.. and mop bersungguh - sungguh.. bahananya.. aku mula rasa sakit tekak, bersin tak henti and now batuk.. tu pasal aku mc semalam dan hari ni....

lepas bersihkan bahagian rumah.. we all ke Shah Alam Seksyen 10, gi hantar langsir untuk jahit kat Kedai Kak Hani.. x taulah ok ke tak.. ni first time tau.. then bolehlah pulak night curtain tu tak cukup 10 meter tau.. sedih lah.. 2 tingkap x dapat langsir.. terus we all ke Nagoya.. and beli kain.. balik tu hujan pulak.. redah hujan, hantar langir and terus balik rumah.. hhmm dah kena hujan, lagiklah parahkan..

sampai umah.. lepas Maghrib, hantar bibik gi rumah mak sedara dia.. sajalah bagi dia cuti walaupun aku banyak benda nak buat sebenarnya.. pagi Ahad tu pulak seawal jam 9 we all 3 beranak keluar gi rumah baru... tukang tu dah nak start buat konkrit.. boleh plak we all lupa nak bawak sinki + hob... cemana dia org nak ukur buat lubang.. balik rumah.. bawak barang masuk lam keta.. we all plak kena bersiap sebab lepas tu nak gi Majlis bertunang bos husband akr kat Bangi.. sampai ke kat umah baru.. dia dah buat acuan konkrit tuk bahagian atas.. and suh aku tgk dulu ok ke tak.. so ok jelah... then terus pecut ke Bangi.. tup tap tup tap.. kul 4 lebih tu gerak balik umah Shah Alam amik hob... bawak balik umah, x berani tinggal sana.. sampai sana dia dah siap buat bahagian atas konkrit.. oklah tu... balik rumah malam tu masak.. tekak rasa x berapa sedap. x taulah lauk tu ok ke tak.. dalam pukul 9pm, gi KL Sentral maik my MIL pulak..

Pagi isnin, bangun buat sarapan.. then we all singgah rumah Shah Alam before pergi rumah my SIL kat Bukit Subang.. masa petang nak balik, boleh plak keta aku buat hal.. tetiba RPM rendah dan mati enjin.. alarm asyik bunyi je.. tapi baru lepas servis.. korang tau apsal?? we all tawakal je balik.. bila mati enjin startlah balik.. so balik umah.. amik keta my hubby and dia gi amik bibik while aku masak kat rumah... sib baik bibik dah balik.. so dia tolong aku masak kat dapur.. coz Darin amat meragam sebab daddy dia takde rumah..

selasa.. we all ke rumah baru lagik... kena beli lagik brg untuk letak tiles.. sib baik ada kedai Hardware yang bukak.. so nenanti dia org boleh buat... sambil tu dia org dah start simen bahagian belakang.. kejap je dah siap.. sambil tu, dalam demam, selamat jugaklah me and my hubby menyental 3 bilik air kat atas.. lap semua grill bahagian atas and sebahagian tangga.. nak rush balik umah coz nak gi umah sepupu dia kat Bangi for lunch..
balik petang tu bibik aku masak.. sebab badan aku tak berapa sedap.. ye.. bahana dari itu.. aku batuk teruk, selsema and demam turun naik.. terpaksa cuti.. huwwaa... takpelah... cuti yg memang penat and cacamerba... apa pun.. aku puas hati...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...