Awal bulan March dulu ada kes kejadian tanah runtuh kat Bukit Putus.. pada mereka yang tak tahu, Bukit Putus ni adalah perantaraan daripada bandar Seremban ke pekan kecil seperti Seri Menanti, Kuala Pilah, Bahau dan yang sewaktu dengannya.. Bukit Putus ni jugak banyak digunakan oleh pengusaha Bas Ekspres dari Seremban ke Pantai Timur...
Siapa yang ada lalu kawasan ni akan nampak pembinaan LebuhRaya sedang giat dijalankan.. ini untuk memudahkan pengguna jalanraya untuk ke bandar Seremban.. dalam masa yang sama mungkin ada insan yang tak bertanggung jawab melakukan aktiviti penerokaan hutan secara haram mengakibatkan struktur tanah ni tak berapa kuat, dan akibat hujan lebat, tanah tu tak cukup.. maka terjadilah tanah runtuh..
ni semua gambar dari belah Seremban.. we all bergerak siang hari, x berani nak balik malam.. tapi masa we all lalu sini dah 5 hari kot kejadian ni berlaku.. dah ada pun lori dan bas yang ikut jalan ni...
kereta sesak sikit sebab ada lagi ruang jalan yang masih dibersihkan.. tapi nasib baik we all tak jam terus sangat...
kat sinilah kesan tanah runtuh yang paling besar.. di sepanjang jalan tu ada banyak lagik kesan - kesan tanah runtuh tapi yang kecik - kecik.. lebih 9 rasanya kejadian tanah runtuh yang minor.. tak termasuk 2 yang major tu... semasa kejadian, tak pasti pulak adanya kemalangan jiwa atau tak.. harap - harap takdelah yek..
0 welcoming comments:
Post a Comment