Followers

Thursday, October 29, 2009

Open House

open house umah Kak Wan.. yang we all sempat terjah waktu office hour

huh.. ada lagik ke org buat open house lepas raya.. takde.. takde.. ni sumer citer lama

pada kengkawan yang jemput we all ke open house korang.. sorry, byk sangat tempat yang we all x dapat nak datang.. sebab dalam waktu yg sama... ada pulak org nak datang rumah.. walaupun end up dia org tak jadik muncul... tapi takpe..adatlah tu..

pada kak dayang... riniy, kak jue.. kak liza sorry yek x dapat langsung nak selitkan untuk u all punya rumah... jgn serk plak invite kita orang lagik..

open house office pun ada 2 yang aku miss, x sempat pegi sebab kerja..

jiran tetangga pun x sempat tau, husband aku je pegi sorang..

tang sedara plak, tak bleylah nak tinggalkan, kang mau kena sepak 90 hari kalau tak datang.. so itulah yang kami utama...

rasanya ramai lagik yang jemput, maaf sebab x sempat nak senaraikan nama satu - satu...

Insya Allah lain kali ada kelapangan, we all hadir ok...

Friday, October 23, 2009

Raya bersambung lagi

Raya dah habis, tapi aku tak habis lagik citer pasal raya....apa nak buat, sibuk sangat... kebetulan skang ni ada kat Genting, tengah training so amik kesempatan jap sementara nak turun dinner and continue with the activities.. ni aku blog kemudian..

Raya ke-4 dan ke-5 tak banyak cerita.. raya ke-4 my sister's fren balik KL, itupun sebab kampung we all tetiba dilanda kemarau.. air paip takdok.. aku yg memang bermalam kat Kuala Pilah pun takdelah balik.. kesimpulannya raya ke-4 we all kat kuala pilah je..

masuk raya ke-5, aku bertolak balik ke Johor Bahru.. raya sana pulaklah.. my sis balik KL esoknya... so my mom ada orang teman lagik..

Raya ke-5 bertolak ke JB dalam tengahari, sampai JB we all ke Pulai Jaya, melawat atuk belah my FIL dan auntie - auntie sekelian... dapatlah my hubby menjamah asam pedas tapi bukan air tangan Tuk Yah, tapi Aunti Kini... then gi raya umah Auntie Ayip, sebelah rumah je... then we all terus ke kampung Melayu, Jalan Padang 3, hajat di hati nak jumpa tuk sedara yang jaga my FIL masa kecik, Tuk Iti, tapi they all dah balik KL.. so terus we all ke rumah Mama Doti, my mom's in law kakak ipar... anak cucu dia ramai, so dia sampai naik darah tinggi, sian mama Doti, so my hubby temankan dia gi Farmasi beli ubat..

Then we all ke rumah rasmi, iaitu kembar mama, Mak Eton.. pekena Soto... sempatlah jumpa ehem..ehem si Aied = Faizah.. agaknyalah.... malam tu we all ke rumah Win, cam biasa tido umah dia kat Mutiara Rini, ingat nak singgah umah Yus/Zura tapi they all takde.. so teruskan perjalanan ke rumah Aie/Win bersihkan badan, borak, layan kopi and tido.....

esonya we all berjalan raya, dimulai dengan rumah Kak Pat/Abang Fadhil, ni semua anak sedara mama, sepupu my hubby tapi umur dia orang muda sikit je dari mama, we all terus ke kedai baru kat Pat/Abg Fadhil terus jumpa adik badik dia orang, abg Man/Kak Rozi and Abg razif/Kak Radin... after solat Jumaat, we all pekene Laksa Johor kat rumah Kat Pat, sangat sedap ok...

masa ni dia org tengah get ready nak buat something...

selesai makan, we all ke rumah Sarah/Raziq kat Kg Melayu, actually umah adik dia, baru beli, si Mimi/Nurul....Darin pun main sangat seronok coz ada Abg Danish and sepupu sepapat Danish... boleh time aku nak balik, dia lambai aku dari keta Hilux adik Sarah, kureng asam tul Sarah... last - last Darin mengamuk sakan dalam kereta sebab dipaksa balik..

1...2....3...bye...bye... sampai hati Darin lambai mak pak sendiri, kes tak nak balik punya pasal..

actually we all nak ke rumah kawan my hubby, Mr Ijat/Mrs Nor... itu agenda wajib jugak kalau balik JB.. andai kata they all tak balik Kedah... kat rumah Ijat, Adam mmg ada banyak mainan, Darin confirmlah nak main.. last - last bergaduh ngan Adam.. sib baik atuk ngan nenek Adam ada... so dia org yang tolong handle Adam, while mak pak nya entertain kita orang..

rasanya sampai situ je perjalanan raya we all.. nak terjah rumah lain, badan pun dah penat, Darin pun siap tido dah... last - last dalam kul 8 aku kejutkan jugak suh mandi, kalau tak kang, sian dia tido dalam keadaan tak selesa...

malam tu we all suh the hubbies tapau je makanan bawak balik.. nak jugak pegi kedai yang famous tu, kedai apa aku tak tau, kesudahannya we all dinner kul 10...

lepak - lepak.. and tido......

Alhamdulillah

Baru je dapat news malam tadik
Alhamdulillah.. kereta my hubby dah keluar, dah selamat ada kat rumah pun
cuma belum buat allignment and balancing katanya..
apsal x buat sekali yek..
anyway.. selamat kembali...

Sunday, October 11, 2009

Raya ke-3

Raya ketiga masih lagik di Kg Parit, they all semua tido kampung tapi me, my hubby and Darin tido Kuala Pilah and aku invite anak sedara aku Aida ikut sekali.. kat Kuala Pilah kita org kena mesin kain segala yang ada and kemas - kemas jugak rumah kat Kuala Pilah tu.. takleh biarkan berdebut je.. menjelang tengahari we all balik Kg Parit..

controller PS2 dikuasai oleh pak - pak sedara jer

breakfast pagi tu Mee Goreng dengan roti telur tp roti telur dah habis, so makan mee goreng pun sodap.. my Sis and kawan dia tengah siap - siap masak kuah lontong... kebetulan ramai pulak yang datang beraya, walaupun we all balik Kg Parit, pandai dia org mencarik, so dapatlah tetamu menjamu selera dengan mee goreng, ketupat + lontong + kuah kacang dan jugak tapai... then my sis and kawan dia sambung masak lagik, goreng sayur kangkung + belacan, goreng sardin .. kan ke sedap bunyi nya tuh.. sanggup tunggu semua org dah balik, baru tumis sardin, kang terbau, kesian plak dia org, sardinnya tak byk mana pun.. orgnya ramai... selesai semua agenda.. makan - makan dan landing time.. letih wo.. mana layan tetamu lagik, masak, makan sumer...

periuk steam boat

start petang dia org masuk dapur lagik, kali ni siapkan menu untuk steamboat plak.. sempena makan - makan dan sambut birthday Aida in advance... oklah tu... so masa nak tunggu makanan tu bebetul masak, bebudak dah siap beratur dah.. padahal sebelum tu elok je main PS2, siap kena halau suh makan baru bangun..


meja kecik pun jadiklah

we all memang tak beli kek, tahun ni rezeki mak aku murah, aku buat kek, my sis bawak kek dr Perak, my MIL bagi kek lapis sarawak, kawan kakak aku bagi kek oren... mak aku pun terajin beli kek lagik.. so ada 1 kek lapis tu we all buat mcm kek birthday untuk Aida.. licin wo.. lagik licin dari kek SR, kecik je kek tu tapi sangat sedap.. time nak potong kek terpaksalah Aida potong dengan Darin coz skang Darin sudah memahami apa itu kek dan Happy Birthday To You.. dia pun dah boleh nyanyi dengan baik skang ni..

nilah birthday galnya yang sempoi

Darin pun join potong kek

selesai kekanak makan, mak - mak and pak - pak budak plak makan.. ingatkan tak cukup, ada jugak lebihan tapi xdelah terlalu byk sangat... kebetulan malam tu ada lagik 1 family datang.. so jamulah sekali apa yang ada..

selesai makan, acara yang dinanti - nantikan.. main mercun + main mercun KLCC nan 1 itu... alahai, nak dapatkan seketul tu pun siap kena book dulu tau.. kan 2 -3 malam sebelumnya jiran sebelah rumah main mercun KLCC tu beberapa trip, abang ipar aku cakap.. itu mau main cost ribu - ribu tuh.. mak ai.. mahalnya... kena menabung dr skanglah kalau nak puas main tahun depan.. ha..ha..


ni semua tengah semangat main bunga api and semangat nak tunggu mercun KLCC

so semua org kene berenti makan sebab nak tgk mercun KLCC.. semua amik tempat masing - masing.. main kat kawasan kampung kan.. so sangat banyak tanah lapang... bila start je, semua huwa..huwaa.. teruja memasing.. itu jelah kemuncak acara malam tu.. kalau takde mercun tuh... tak rasa meriah... abislah kalau citer pasal mercun je lam entry ni.. apa nak buat.. best tau... rugi ler kalau tak dapat main...

Darin yang happy dapat tenguk Mercun KLCC walaupun takut

ok settle semua.. aku pun gerak balik Kuala Pilah, Aida tak ikut coz esoknya they all plan nak gi Ulu Bendol,, member dah moody dah coz nak ikut aku balik.. takleh lawan cakap ibu ngan ayah, haro tu baru je minta maaf..he..he....

Friday, October 9, 2009

Raya ke dua

di pagi raya ke dua, we all takde aktiviti langsung... aktiviti makan, kemaskan pakaian coz my MIL nak balik JB jumpa sanak saudara and we all nak gerak balik Kg Parit..
tengahari tu hujan sangat lebat, sib baik berenti dalam kul 2 lebih camtuh.. dalam kul 4 gerak balik Kg Parit..

Anak dara saya yang tido lena dalam perjalanan pulang

perjalanan pulang kereta memang banyak, sampai kampung parit dalam pukul 7 lebih... tahun ni we all beraya kat kampung, nak beraya kat Pilah pun bukannya ada orang.. semua org terkejut we all sampai petang tu, semua budget we all sampai pagi raya ketiga, saja wat surprise.. my sis and kawan dia pun ada sekali, so agak bergegar sketlah rumah masa tuh..

raya kat kampung ni bestnya, rumah besar sket, ada kawasan lapang, bosan kat dalam boleh duduk kat luar, TV pun ada 2, kat depan pasang astro.. ye Ayah aku ada 2 akaun Astro, hebatkan.. and TV kat dapur utk main PS2 pulak.. cam nak pecah rumah dibuatnya..

antara yang bestnya, semua orang main mercun tak hengat dunia.. we all tak main sangat masa ni, apa nak buat stock mercun tahun ni sikit sangat.. so we all tumpang happy dengan jiran - jiran tetangga yang bakar mercun... meriah sesangat, x dapat nak digambarkan.. dah lama x dapat suasana macam ni tau... kalau kat pekan tu, nak main pun risau, ganggu orang kiri - kanan, kat kampung tak kisah, coz rumah semua jauh - jauh,, kalau takde bunyi mercun, x meriah, sunyi sepi je.. tapi awas pada yang sakit jantung yek....

Thursday, October 8, 2009

BABY IN GOWN CONTEST


ini memang giler contest namanya..

Baby in gown contest ni dianjurkan oleh Mama Alieya

korek - korek gambar lama jumpalah 1.. yang lain malas dah nak carik
sesiapa yang berminat nak join contest ni bolehlah klik kat link kat atas atau pun kat side bar sana yek...

syarat - syaratnya pun ada dinyatakan di situ..

Nama saya: Darin Sufiyah binti Azizul Hakim
DOB: 3 Februari 2007

Gambar ni di ambil masa Darin berumur 3 bulan lebih, waktu birthday abang sepupu dia.. kat Bukit Subang.. Masa ni dia baru je bangun tido.. terus pakaikan dia gown ni.. Darin pun mesti cam pelik - pelik, apalah yang berlaku sebenarnya.....

harap - harap boleh menang contest ni yek Mama Alieya.. owwhh, malu I...


MANGSA BULI CONTEST


Mommy Qastalani buat contest pasal MANGSA BULI..


sesiapa yang berjahat nak join contest ni boleh pegi kat sini yek... syarat - syaratnya pun ada dinyatakan disini...

ini gabar Darin untuk contest ni..
...
..
..
..
..
Nama: Darin Sufiyah binti Azizul Hakim
Umur masa ni : 1 tahun 2 minggu

Kejadian masa ni kat Nando's, rasanya kat Subang Parade.. masa ni Darin mengamuk nak tido, so terpaksalah daddynya pangkukan dia sampai terlelap... masa tido tu we all terdetik nak selitkan pencungkil gigi tu kat celah telinga dia... saja sesuka je... sian Darin... ni idea daddy yek, bukan idea mummy...

sesiapa nak join contest MANGSA BULI boleh pegi kat link yang telahpun dinyatakan ok.. good luck...

Wednesday, October 7, 2009

1 Syawal

salam semua.. ok berenti kejaplah kan pasal kesah lori langgar MyVi tu.. masuk plak bab raya, padahal dah berapa Syawal dah hari ni, barulah nak publish citer raya....


We all balik kg Jumaat malam lepas buka, singgah kuala pilah tolong mak aku masak rendang dulu and keesokkan harinya baru bertolak balik ke Segamat.. sampai kat Segamat pun dah nak dekat kul 3 petang dah... ni kira first time ni nak masak untuk raya puasa... coz thn pertama raya memang kat kuala pilah, tahun kedua raya turn Segamat, tp husband aku pagi raya baru sampai airport, mmg x balik, raya ke tiga turn kuala pilah lagik.. ni raya keempatlah ni..

antara menu yang nak kena buat, ayam masak merah, goreng lodeh (aku pun x surelah ke sambal lodeh), kuah kacang, kuah lontong, rebus ketupat.. rendang daging je yg dah masak.. so itulah projek kami berdua je... my SIL balik Kelantan.. semua siap masak malam tu jugak kecuali kuah lontong..

pagi raya aku tolong my MIL masak kuah lontong.. kira kuah kacang and kuah lontong aku yang masak, x berapa nak superb sangat... sebab semua nak rushing, nak siapkan itu, siapkan ini..

pagi raya lepas they all balik solat Sunat hari raya.. acara salam - bersalaman, maaf bermaafan.. kononnya nak snap gambo.. aleh - aleh Darin plak yg nak sangat pegang kamera, so takde canlah..


then makan - makan rehat dan makan.. aku sampai tertido - tido keletihan.. kat Segamat we all x pegi memana coz sedara - mara semua kat Batu Pahat and JB je.. but ada tetamu istimewa tau raya pertama tu, my MIL pun terkejut, coz kat Segamat mmg takde sapa sgt nak dtg melainkan kawan - kawan anak - anak dia.. abang Munawir, jiran we all kat Alam Impian merangkap wireman kita org yang datang... sempatlah beramas mesra dengan ahli keluarga dia..


petang tu we all ke Giant, bestkan, raya tp jenjalan ke Giant sebab aku mencari DVD player nak letak kat rumah kg parit tu.. Darin sibuk sangat nak tgk Batman, jumpalah 1 yang harga boleh tahan murahnya.. xpelah, janji boleh tengok CD and DVD..

malam tu kawan - kawan adik ipar aku yang kecik sekali datang.. baguslah tu, tolong makan apa yang ada... lagi pun x baik membazir orang kata kan...


itu ajelah cerita raya kami, sedih kali ni x sempat nak snap gambar bersama - sama, kita cuba lain kali ok..

Tuesday, October 6, 2009

The real tragedy October

entry raya dah lama draft tapi nampaknya kena pending dulu.. aku rasa ini yang patut publish dulu....

setelah sekian lama kejadian ini berlaku... dan disusuli dengan kejadian ini berlaku... lama jugak aku amik keputusan untuk tidak drive MyVi ke tempat kerja atau ke mana - mana.. biarlah naik kereta aku je.. aku tak nak sejarah lama berulang kembali.. kalau tengok kepada kejadian kedua - dua di atas, semuanya berlaku pada bulan 5 selang 1/2 hari kot, dan yang pastinya sebelum Mother's Day... tahun ni, bulan 5 memang takde langsung aku bawak keta tu, dengan harapan takde apa.. tapi malang tu tak berbau kan..


kejadian ni berlaku masa we all on the way balik from Seksyen 9 nak balik ke rumah, but we all plan nak singgah sekejap kat Seksyen 23... ada benda sikit nak kena buat... Dari Federal Highway, pada sesiapa yang pernah sampai rumah we all, amik exit ke Kawasan Perindustrian Seksyen 15, di situ akan jumpa round about Bulatan Selangor, and amik pukul 12, sampai je kat round about tu, we all stop, of courselah, ada lori besar lalu dari sebelah kanan dan sangat laju, maklumlah kawasan kilang...

dalam pada masa yang sama, aku nampak dari side mirror kiri, ada satu lori yang sangat laju dari belakang, dan aku nampak driver dia, memang pandang ke arah kereta we all, tapi kenapa laju sangat.. aku rasa semua berlaku dalam sekelip mata.. terus dia langgar we all.. adoi hai.. tapi aku takdelah terantuk atau apa, coz memang pakai seat belt.. aku keluar kereta and terkejut, kenapa semua cap berterabur atas jalan? rupanya cermin belakang pecah habis...

aku pun apa lagik, terus amik kamera and snap gambar.. ya Allah nasib baiklah aku memang sentiasa bawak kamera... sesuai untuk kejadian ini walaupun hanya kamera yang LCD screennya dah nak retak...


panas hati aku, habis aku maki mamat tuh, tapi husband aku cool je, aku tau sebab benda dah jadik, x guna nak marah.. Alhamdulillah ramai jugak yang berenti and tolong we all.. ada sorang mamat motor tu, nampak sangat marahnya, siap dah angkat helmet nak hentak driver tu.. antara ayat - ayat macho dia..
"woi.. ko minum yek.. ko minum yek, baik ko cakap bebetul"
"ko tak nampak tadik, ko mabuk ke?"
"ko jangan carik pasal, ko tau dia tu sapa (refer to mu husband), dia abang aku tau" --> fuh, sejak bila plak husband aku ada adik kat Shah Alam...

ramai kat situ memang nampak lori salah, coz we all memang dah berenti, tapi dia tak berenti, penunggang motor situ semua cakap "memang lori ni yang langgar, kereta ni dah berenti.."

aku faham, we all x boleh berenti lama, tapi bila org kiri - kanan tengok hasil daripada pelanggaran, memang patutlah bergaduh besar... then we all terus ke balai polis Seksyen 11, buat laporan semua... ada jugak orang yang sudi tolong buatkan report semua, thanks to Abg Wan... masa jumpa Sarjan, Sarjan tu pun cakap sangat sopan (according to my husbandlah sebab aku tak masuk bilik masa tuh)..


lepas selesai buat laporan.. Abg Wan hantar we all balik rumah... semua berlaku dalam sekelip mata, nasib baiklah ada lagik 1 kereta.. walaupun kereta tu dah berumur 4 tahun... tak plan pun nak tukar Waja aku tuh...

sampai rumah, husband aku carik semua dokumen yang diperlukan untuk difotostat.. then dia kata dia lapar nak makan, so aku solat dulu then baru siapkan makanan.. lepas solat Asar, aku nangis.. sedih jugak sebab kenangkan kereta.. tapi Syukur Alhamdulillah, kami berdua selamat.. paling sedih andai kata kalau Darin ada dalam kereta.. dia suka berdiri dalam kereta or else, baring kat seat belakang.. kalau semua ni berlaku and dia ada dalam kereta aku x taulah apa akan berlaku.. dalam masa yang sama Atuk husband aku ada kat KL, nasib baik dia pun xde sekali dalam kereta.. Allah masih sayangkan kami semua... tapi aku terfikir jugak sesuatu... andai kata berlaku apa - apa pada kami.. macam mana dengan Darin yek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...