Followers

Tuesday, October 6, 2009

The real tragedy October

entry raya dah lama draft tapi nampaknya kena pending dulu.. aku rasa ini yang patut publish dulu....

setelah sekian lama kejadian ini berlaku... dan disusuli dengan kejadian ini berlaku... lama jugak aku amik keputusan untuk tidak drive MyVi ke tempat kerja atau ke mana - mana.. biarlah naik kereta aku je.. aku tak nak sejarah lama berulang kembali.. kalau tengok kepada kejadian kedua - dua di atas, semuanya berlaku pada bulan 5 selang 1/2 hari kot, dan yang pastinya sebelum Mother's Day... tahun ni, bulan 5 memang takde langsung aku bawak keta tu, dengan harapan takde apa.. tapi malang tu tak berbau kan..


kejadian ni berlaku masa we all on the way balik from Seksyen 9 nak balik ke rumah, but we all plan nak singgah sekejap kat Seksyen 23... ada benda sikit nak kena buat... Dari Federal Highway, pada sesiapa yang pernah sampai rumah we all, amik exit ke Kawasan Perindustrian Seksyen 15, di situ akan jumpa round about Bulatan Selangor, and amik pukul 12, sampai je kat round about tu, we all stop, of courselah, ada lori besar lalu dari sebelah kanan dan sangat laju, maklumlah kawasan kilang...

dalam pada masa yang sama, aku nampak dari side mirror kiri, ada satu lori yang sangat laju dari belakang, dan aku nampak driver dia, memang pandang ke arah kereta we all, tapi kenapa laju sangat.. aku rasa semua berlaku dalam sekelip mata.. terus dia langgar we all.. adoi hai.. tapi aku takdelah terantuk atau apa, coz memang pakai seat belt.. aku keluar kereta and terkejut, kenapa semua cap berterabur atas jalan? rupanya cermin belakang pecah habis...

aku pun apa lagik, terus amik kamera and snap gambar.. ya Allah nasib baiklah aku memang sentiasa bawak kamera... sesuai untuk kejadian ini walaupun hanya kamera yang LCD screennya dah nak retak...


panas hati aku, habis aku maki mamat tuh, tapi husband aku cool je, aku tau sebab benda dah jadik, x guna nak marah.. Alhamdulillah ramai jugak yang berenti and tolong we all.. ada sorang mamat motor tu, nampak sangat marahnya, siap dah angkat helmet nak hentak driver tu.. antara ayat - ayat macho dia..
"woi.. ko minum yek.. ko minum yek, baik ko cakap bebetul"
"ko tak nampak tadik, ko mabuk ke?"
"ko jangan carik pasal, ko tau dia tu sapa (refer to mu husband), dia abang aku tau" --> fuh, sejak bila plak husband aku ada adik kat Shah Alam...

ramai kat situ memang nampak lori salah, coz we all memang dah berenti, tapi dia tak berenti, penunggang motor situ semua cakap "memang lori ni yang langgar, kereta ni dah berenti.."

aku faham, we all x boleh berenti lama, tapi bila org kiri - kanan tengok hasil daripada pelanggaran, memang patutlah bergaduh besar... then we all terus ke balai polis Seksyen 11, buat laporan semua... ada jugak orang yang sudi tolong buatkan report semua, thanks to Abg Wan... masa jumpa Sarjan, Sarjan tu pun cakap sangat sopan (according to my husbandlah sebab aku tak masuk bilik masa tuh)..


lepas selesai buat laporan.. Abg Wan hantar we all balik rumah... semua berlaku dalam sekelip mata, nasib baiklah ada lagik 1 kereta.. walaupun kereta tu dah berumur 4 tahun... tak plan pun nak tukar Waja aku tuh...

sampai rumah, husband aku carik semua dokumen yang diperlukan untuk difotostat.. then dia kata dia lapar nak makan, so aku solat dulu then baru siapkan makanan.. lepas solat Asar, aku nangis.. sedih jugak sebab kenangkan kereta.. tapi Syukur Alhamdulillah, kami berdua selamat.. paling sedih andai kata kalau Darin ada dalam kereta.. dia suka berdiri dalam kereta or else, baring kat seat belakang.. kalau semua ni berlaku and dia ada dalam kereta aku x taulah apa akan berlaku.. dalam masa yang sama Atuk husband aku ada kat KL, nasib baik dia pun xde sekali dalam kereta.. Allah masih sayangkan kami semua... tapi aku terfikir jugak sesuatu... andai kata berlaku apa - apa pada kami.. macam mana dengan Darin yek..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...