Followers

Wednesday, October 7, 2009

1 Syawal

salam semua.. ok berenti kejaplah kan pasal kesah lori langgar MyVi tu.. masuk plak bab raya, padahal dah berapa Syawal dah hari ni, barulah nak publish citer raya....


We all balik kg Jumaat malam lepas buka, singgah kuala pilah tolong mak aku masak rendang dulu and keesokkan harinya baru bertolak balik ke Segamat.. sampai kat Segamat pun dah nak dekat kul 3 petang dah... ni kira first time ni nak masak untuk raya puasa... coz thn pertama raya memang kat kuala pilah, tahun kedua raya turn Segamat, tp husband aku pagi raya baru sampai airport, mmg x balik, raya ke tiga turn kuala pilah lagik.. ni raya keempatlah ni..

antara menu yang nak kena buat, ayam masak merah, goreng lodeh (aku pun x surelah ke sambal lodeh), kuah kacang, kuah lontong, rebus ketupat.. rendang daging je yg dah masak.. so itulah projek kami berdua je... my SIL balik Kelantan.. semua siap masak malam tu jugak kecuali kuah lontong..

pagi raya aku tolong my MIL masak kuah lontong.. kira kuah kacang and kuah lontong aku yang masak, x berapa nak superb sangat... sebab semua nak rushing, nak siapkan itu, siapkan ini..

pagi raya lepas they all balik solat Sunat hari raya.. acara salam - bersalaman, maaf bermaafan.. kononnya nak snap gambo.. aleh - aleh Darin plak yg nak sangat pegang kamera, so takde canlah..


then makan - makan rehat dan makan.. aku sampai tertido - tido keletihan.. kat Segamat we all x pegi memana coz sedara - mara semua kat Batu Pahat and JB je.. but ada tetamu istimewa tau raya pertama tu, my MIL pun terkejut, coz kat Segamat mmg takde sapa sgt nak dtg melainkan kawan - kawan anak - anak dia.. abang Munawir, jiran we all kat Alam Impian merangkap wireman kita org yang datang... sempatlah beramas mesra dengan ahli keluarga dia..


petang tu we all ke Giant, bestkan, raya tp jenjalan ke Giant sebab aku mencari DVD player nak letak kat rumah kg parit tu.. Darin sibuk sangat nak tgk Batman, jumpalah 1 yang harga boleh tahan murahnya.. xpelah, janji boleh tengok CD and DVD..

malam tu kawan - kawan adik ipar aku yang kecik sekali datang.. baguslah tu, tolong makan apa yang ada... lagi pun x baik membazir orang kata kan...


itu ajelah cerita raya kami, sedih kali ni x sempat nak snap gambar bersama - sama, kita cuba lain kali ok..

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...