Followers

Friday, March 11, 2011

ada roti.. adalah Puding Roti

Ingat lagik tak korang pasal kisah sikecik masuk dapur hari tu.. nak sangat buat kek dengan menggunakan air, minyak, telur.. sampailah skang.. asal gi carrefour je mesti cakap "mummy nak beli kek air, minyak, telur".. pengsan.. kalau lalau kat area tepung tu, siap nak capai sendiri lagik...


tajuk entry pun dah menceritakan inti patinya kan.. bila tengok bahan - bahan kat atas ni lagiklah tak boleh tahan... kena teruskan jugak ni.. resepi ni dicedok dari blog kak nani rostam ok.. tapi bahannya semua bahagi 2... yang dalam mangkuk tu... ada cam serbuk - serbuk tu adalah hasil gesekan kulit kayu manis sbb aku memang takde cinamon powder.. layan jelah kan...



Bahan dia main campak - campak je nih... 3 bijik telur + 1 cawan susu HL, + 1 cawan susu Ideal (sebab takde whipping cream) then 1/2 cawan gula...then masukkan sikit esen vanila.... semua sekali letak je dalam 1 mangkuk dan kacau...


kalau korang ada hand mixer, boleh guna dengan kelajuan yang sederhana.. kalau penat guna manual... boleh panggil assistant kecik macam kat atas tu.. excited betul kalau nak mengacau...


bahan kat atas ada butter kan.. tapi tak masuk dalam bancuhan.. itu untuk sapu kat tepi loyang korang... roti hanya 5 keping je.. tapi sebab aku ni degil.. nak jugak letak 7 keping.. kita tengok apa jadik yek.... nak lagik bagus.. korang potong or carik - carikkan roti.. tapi aku kategori malas sebab nak cepat.. and boleh guna roti apa  pun, kalau potato bread tu lagik sedap kot...


bancuhan yang dikacau sehingga sebati bersama assistant tadik dicurahkan kedalam loyang yang disusun roti tadik.. tengok apa jadik.. kalau 5 keping mesti just nice je dia tutup roti tu kan.. takkan aku nak kuarkan 2 keping ang goreng.. hhmm sedap gak kot.. so takpelah... aku terus kan je niat murni tuh...


sebelum masukkan ke dalam oven.. taburlah kismis kat atas roti tuh... then taburkan serbuk kayu manis.. hhmm sure wangi bila bakar.. macam ala - ala Cinnabon... sedapnya.. (bau jelah, rasa belum tau lagik)...


Sebelum masukkan ke dalam oven.. roti yang dicurahkan dengan bancuhan tadik dibiarkan selama 1 jam, supaya bancuhan tu meresap masuk dalam roti... panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit..
bersedia untuk masuk dalam oven... bakar selama 30 minit...


Inilah hasilnya selepas di bakar... bolehlah.... rasa?? ada beberapa tetamu datang.. dia org kata... ok.. dan sedap and tanya cemana nak buat... he..he.. bolehlah daripada oven tu tak berusik kan.. nanti ada org ckp.. "Oven je besar, tapi xde buat apa - apa pun"... ha..ha.. selamat mencuba ye korang..

3 welcoming comments:

Nik said...

VOTE for DARIN..sebab dia rajin tolong mummy!
hehehe...

mikamusz said...

rajin sangat.. rajin 'KACAU'.. he..he..

Nik said...

xpe..
janji ada pembantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...