Raya ke-empat ada journey lagik.. kali ni kena start lepas solat Jumaat.... lepas siap sarapan kat Mutiara Rini.. terus bergerak ke Skudai... jumpa atuk belah papa, amik Tok Yah sebab we all nak bergerak bersama - sama ke Kukup... dari Skudai ke Kukup.. ikut jalan Pontian rasanya, tapi journey yang ini.. Darin pun out, aku pun out, tak tau apsal ngantuk sesangat.. terus terlelap.. sedar je dah sampai kat Masjid, they all nak solat Jumaat...
Terminal Kukup
selesai solat beli Nasi Ayam, sebab rumah nak di tuju ni we all x cakap pun nak dtg, jadi malas nak susahkan tuan rumah, lepas drop by my husband's cousin kat rumah dia, we all gerak ke Kukup.. and my PIL bawak we all sampai ke Jeti Kukup.. tempat orang tangkap ikan... memang padat dan sempit.. kalau korang rasa x tahan bau hanyir air laut kat Pangkor.. aku rasa kat sini better korang jangan bukak tingkap... serius, tapi orang yang dah biasa kat kawasan ni, siap minum teh tarik dengan roti canai dengan selamba je..
kat kampung Tuk Yah ni, ada banyak kenangan, main parit, panjat pokok, lastik burung and macam - macam lagik.. so balik kampung tu kira mengimbau memori kat situ.. Darin pun macam seronok sebab ada 2 orang budak, yang dia rasa boleh ajak main, siap tanya nama sapa sumer.. then ajak main nyorok - nyorok... sabar jelah..
keliling kampung ada tanam pokok durian, ada pokok ubi, pokok rambutan and segala macam pokok... tapi buahnya durian tak gugur lagik, so takde rezeki nak rasa durian... maybe next time sapa tau kan..
Tok Yah baju kaler peach
sampai kat sini, we all kena separate, papa ada tempat lain nak bawak Tuk Yah, we all kena gerak balik Uda balik sebab ada lagik makcik - makcik lain yang tak jumpa, lagipun tak lama we all kat sini... bergerak balik macam biasa.. kena ada bekalan, air kosong and keropok dalam kereta sebab dikhuatiri ada jam kat memana.. kali ini tetap ikut jalan Pontian, tapi kali ni we all masuk ke Sri Iskandar... memang dah membangun sangat tempat tuh, dah takde dah hutan rimba, penuh dengan projek perumahan dan highway yang menghubungkan terus ke highway lebuhraya utara-selatan...
tengah main apa pun tak tau
sampai kat Uda, nampak ada kereta cousin husband aku sekali, sure ramai sangat orang, sampai je sana, Darin terkam kucing lagik, kena jugaklah melayan dia main kucing dulu.. bagi main puas - puas then baru bersihkan dia lagik... then siap tolong auntie dia gubah bunga sekali, seronok sangatlah tu bila ada orang nak melayan dia...makcik husband I siap bekalkan Tempe goreng 1 tupperware...
seronok sebab ada kawan
lepas Maghrib, nak bertolak ke 1 lagik rumah makcik kat Taman Dato' Rahmat, makcik ni kakak my PIL, dia duduk dengan anak dia yang bongsu je, yang lain majoriti dah kahwin and duduk sendiri... kat sini Darin sibuk sangat nak main buai.. sekali ada cat melekat kat seluar dia coz ada cat yang tebal sikit yg belum kering.. heheh.. lasak sangat...
our small family
hari pun memang dah lewat malam tapi we all tetap kena teruskan perjalanan ke Plentong.. kalau tak pegi malam ni tak taulah bila nak pergi lagi... Darin pun dah bising lapar so we all tapau Mee Goreng makan untuk alas perut... sampai kat Plentong pun dah nak dekat pukul 10 malam, my MIL and PIL dah sampai kat sana dah... makcik husband I dah siap pack barang, rupanya they all nak pindah ke KL dah ikut anak dia.. nasib baik sempat jumpa... tahun - tahun akan datang, kalau datang sana dah takde orang dah kat rumah.. sempat borak dengan anak dia yang tengah setup 1 company... tapi bukan line IT lah.. so citer experience yang berbeza adalah seronok... sebab lain bidang lain cara dia kan..
Mr and Mrs V
dalam pukul 11 we all pun bergerak balik ke Tun Aminah and Mutiara Rini.. letih betul badan ni, Darin pun dah nyenyak tido, Alhamdulillah... esok ada lagik 1 journey yang ditunggu - tunggu, harap semuanya ok.
0 welcoming comments:
Post a Comment