Followers

Wednesday, April 25, 2012

Hi-Tea @ Istana Hotel and Santai di Pavillion + Farenheit 88

Birthday celebration hari tu tak berakhir macam tu jer... Anak 3/2, bapaknya 4/2.. so the next day, hari Sabtu, confirm kena celebrate jugak.. so makan - makan je yang ada lam kepala masa ni... Pagi tu keluarkan dulu kek ni.. ini Aiskrim Kek yang di beli menggunakan voucher... comel dan sedap...



Pagi tu bergegas ke Istana Hotel sebab dah beli voucher jugak, buffet hi-tea atau dinner, so aku choose hi-tea sebab tak nak bersesak - sesak tengah KL waktu malam dengan budak kecik. We all sampai sana around 12 jugak.


First sampai of course pusing tengok makanan dulu. Ada banyak menu tapi takde menu yang nak di makan dengan nasi putih, cause takde lauk, yang ada cuma vege. Memang dia buat benda tu untuk mereka yang nege. So birthday boy kena pusing area lain untuk amik lauk. Buffet kan, makan je cemana pun.


Darin special order,  Penne Carbonara, actually dia buat sos marinara dengan bolognese, tapi aku request nak carbonara, sib baik dia org nak buatkan. Yang ni best, dia akan masak bila kita nak makan so still hot.


Birthday boy kena makan dengan sopan sebab baju kaler putih.. ye, memang leceh nak makan bila pakai baju putih, sebab tu Darin pakai t-shirt hitam je.


Carbonara sedap tak?? TERBAEEKKK....




Gambar ni actually pekerja hotel tu tolong snap untuk Darin, dia sibuk nak amik gambar sendiri, dah tersipu - sipu malu sebab ada orang amikkan gambar.


Darin tengah tengok 2 beradik tu khusyuk potong roti Perancis.. Ntah ke mana emaknya, beberapa orang duk sibuk tengok bebudak tu potong roti sebab ada bahaya di situ cause pisau tu kan tajam...


Roti macam biskut, keras tapi rangup. Habis seluruh bahagian dia sapu dengan butter, pastu makan macam makan twisties... sedap.. lemak - lemak cegitu rasanya....


Kek lagik untuk korang, berapa banyak kek daa....






Habis makan, aku ajak husband aku pegi Pavillion.. alasannya?? Sebab dah lama tak ke situ. Last sekali of course masa kerja kat Affin Bank dulu. Sanggup tu waktu lunch berlari - lari anak ke sana.. tak makan takpe, balik nanti tapau je kat jalan belakang. Cuma tak sempat nak layan wayang je.





That's all.. one day entry...

Kisah di Taman Rama - Rama

Hai semua... sorrylah lama sangat menyepi dah ni.. asyik duk baca blog orang lain sampai tak sempat nak update blog sendiri... ini pun semua entry lama yang terhegeh - hegeh nak keluar.. Rasanya dalam bulan 1 kot ni... masa Chinese New Year... we all terjah ke KL.. sampai ke KLCC kita orang pergi, tapi aktiviti just makan je kat sana.. shopping??? tak sempat pun.. ingatkan tak ramai orang.. tapi ramai dengan orang bukan tempatan..
Dah bosan terjah kat dalam tu.. off we go to Taman Rama - Rama.. sorrylah, entry ni memang entry bergambar sahaja yek...


Darin dah excited nak masuk tengok rama - rama, suruh berposing amik gambar pun senang je, kalau tak tu sure muka dah masam terkulat - kulat..


Ini yang first sekali nampak dari pintu masuk.. penat zoom sebab nak bagi nampak jugak


 Model ibu dan anak di taman rama - rama


 Spesis kata pun ada kat sini, Darin of course takut nak dekat so kena ada maknya sekali.. spesis bullfrog and wildfrog.. tak pasti pulak kalau yang selalu kita nampak tu adalah dari spesis yang sama atau tidak.



Spesis penyu yang terdapat kat sini.. Ini namanya 'Pig Nose Turtle" hidung dia memang macam binatang kaki pendek tu.. Cuma masa ni dia tak tengok kamera pulak..


Tak lupa nak amik gambar dengan daddy jugak







 kupu - kupu dan rama - rama




 ni je yang dapat ditangkap.. nak bagi dia pegang tapi sangatlaj penakut




Ini spesis penyu yang panjang lehernya.. memula tengok ingatkan kepala apa, bila nampak badan baru rasa lega.. yelah.. aku memang geli sikit kalau spesis yang 'panjang' tu..


Ni dah masuk belah dalam, ada semua spesis rama - rama replica..










Ok semua.. nak balik dah... kalau free boleh datang sini. Kalau tak silap tiket dia RM5 kot ataupun RM10... bolehlah bawak anak - anak jalan - jalan masa cuti...

Thursday, April 5, 2012

Europe Trip - Paris Gare Du Nord - Esplanade La Defense - Ibis Hotel

Selak balik entry lepas...... part sedih - sedih tinggalkan London.. nak tak nak kena teruskan jugak.. sebab dari Malaysia lagik duk mengidam nak sampai sini.. akhirnya sampai jugak.. Perjalanan tetap 2 jam, beza masa London lambat 1 jam dengan Paris... rasa macam dah berjalan 3 jam... Bertolak pukul 7 pagi sampai paris 10 pagi....


Perjalanan dari St Pancras International ke Paris Gare Du Nord berjalan lancar. Macam biasa kena menyeberangi bawah lautan untuk ke kepulauan lain. Darin tak tido dalam train and train kali ni agak penuh. Ramai jugak orang nak ke Paris... memang we all tak boleh nak dapat seat yang paling selesa... Sampai di Gare Du Nord, we all antara orang terakhir yang turun sebab banyak barang nak kena bawak... stroller Darin, 2 back pack Carrimor 20 - 25 liter, 1 bagp pack Canterburry, dan ada 1 lagik beg Harrods Hello Kitty berisi makanan....


Turun je dari train kat Gare Du Nord Station, confirm kena amik gambar.. itupun kena cepat - cepat, manalah tau kalau ada jugak polisi tak boleh amik gambar kat area situ.. then carik jalan nak keluar.. dengan takde knowledge, main ingat - ingat je apa yang pernah di baca find for 'sortie'... itulah jalan keluar. Kat sini takde cop - cop passport.. Macam nilah berjalan kat Europe.. takde nak pakai passport sangat, cuma nak masuk atau keluar dari London memang kena ada passport... Masa sampai kat Paris tu dah rasa lain sikit, sebab bahasa masing - masing pun dah takde dah cakap pure english, so bersedialah dari sekarang...


First off all.. atas arahan cik hubby, dia suruh tukar je semua pound kepada euro.. sebab dah tak pakai pun pound. Dalam hati sayang jugak, orang kata boleh simpan buat kenang - kenangan.. So tukar 100 pound je, yang kecik - kecik tu aku simpan je... Tapi kalau korang tak nak rasa rugi, tak tukar pun takpe, sebab dengan 100 pound, ikut calculation yang betul, aku dapat lebih 100 euro, tapi end up aku dapat 98 euro je kot.. sebab tolak itu dan ini... ish.. x suke.. jadi korang bagi perabis jelah pound tu, atau pakai je cc.. balik KL bayar je balik.

Selesai tukar duit yang ada, misi mencari pass perjalanan pulak... Merata jugak carik information kaunter, tapi  nasib baik jumpa, carik je huruf 'i' kecik yang besar tu, kat situlah information kaunter. We have to buy 2 pass for adults and 1 for Darin. Kat sini, kanak - kanak bawah 4 tahun sahaja percuma. Masa kita orang nak bayar, dia tanya umur Darin, we all cakap 4 tahun, then dia cakap, kalau umur dia belum betul - betul 4 tahun, dalam 3 tahun 6 bulan ke still free. Being honest, we cakap memang dah 4 tahun banyak dah.. hehehe.. maybe untuk size Darin kat sana kira kecik, tapi kat Malaysia dah standard budak darjah 2.


Now masa untuk baca map. Hotel yang kita orang booking tu dekat dengan station Esplanade La Defense. Kat sini ada ke'confuse'san sikit. Nak turun ke RER tu pun ada sikit confuse sebab lift dia ada pakai no '-'.. means lepas level 0 dia akan tulis '-1', '-2' adoi pengsan.... tapi takpe, makcik tolak sayur tu baik hati, dengan lif yang penuh, bagi jugak kita orang naik and tunjukkan mana train nak amik dengan bahawa french languagenya sambil cakap 'oui' (read:wii).We all naik RER kaler Hijau... Sebab we all kena amik train nak ke La Defense... pandai kan baca map, so kena tukar train naik train kaler merah kat Chatelet Les Halles.. ha.. pandai kan.. pastu amik je train kaler merah kemana - mana asalkan lalu kat La Defense.. haha.. pandai betul aku ni.


Keluar je kat La Defense.. berpandukan pergerakan map pada iPad.. erk.. apsal macam jauh je nak ke hotel ni.. sudah.. salah ke hapa... duk bertekak jugak kat situ, nak tanya orang semua tak tau tuh.. adoi.. penat lagik.. sampailah jumpa sorang mamat kulit hitam, nasib baik pandai sikit cakap english and dia explain. "ini La Defense", naik Metro pulak ke 'Esplanade La Defense'.. RER dengan Metro lain.. huuwwaaa ingatkan La Defense dengan Esplanade la Defense tu sama.. cer korang tengok map tu.. tak ke macam dekat...


Kesudahannya turun balik train dan naik Metro ke Esplanade La Defense... belum berjalan lagik aku nak complaint jugak.. station dia org ni tak friendly stroller.. susah ler kalau org ada stroller bawak anak sebab pintu untuk stroller tu pun cam pening je nak guna.. huwaa... mencik tau... takpe.. turun dari Metro, naik atas... dah nampak kedai Halal.. Alhamdulillah, terus beli makanan walaupun hotel tak nampak lagik...

Nak Ke hotel pun macam pening.. doa bebanyak, duduk kat tepi - tepi tebing balkoni.. nampak dah Ibis Hotel tu... tak dan dah nak snap gambar sebab dah nak dekat pukul 12 dah time tu... tak sempat pulak nak berjalan... Masuk hotel, check-in sumer, mandikan darin.. makan.. solat.. berdesup keluar... Tak sempat nak komen pasal bilik ke hapa ke... gua penat giler... tapi nak berjalan jugak...

mana destinasi nak tuju lepas ni? sat gi kita tengok...

Monday, April 2, 2012

Dear Darling Birthday Celebration

She's turn 5 on 3rd February 2012. Jatuh pada hari Jumaat, both her parents amik annual leave on that day. Just to ensure that we spend 30 minutes with her precious friends and teachers.


Cake yang ditempah 4 hari sebelumnya... selamat di bawa ke sekolah. Beratnya lebih 2KG, tak sangka pulak sebesar ituu keknya. Kek pilihan hati, kek rainbow dan atasnya kena ada Powerpuff girls.Nampak je mummy dan daddy dia terus dia excited. Ingat nak balik rumahlah tu.


Macam yang dah di duga, berkepit sebelah mummy dia, tak nak lepas. Kawan - kawan semua dah excited nak makan kek dia, dia boleh lagik terkepit celah mummy dia. Bila semua orang nyanyi lagi happy birthday, dia kepit lagik celah mummy dia. Sabar jelah. So bila time potong kek baru nak nampak muka dia.


This part memang tak boleh handle, masa potong kek, teacher terpaksa leraikan semua kekanak sebab semua dah excited tengok kek warna - warni. So teacher kena separatekan between years, 3 cikgu kena suap 3 kelas. Memula teacher suap girl sahaja then teacher suap boys sahaja. Kalau dibiarkan makan sendiri, confirm kejap lagik baju sekolah semua dah comot.

Bila tiba masa bagi goodies, semua beratur macam teacher pesan. Semua merasa, bukan classmate Darin je, kesian pulak kalau budak kelas lain tengok je. And cuma 36 budak jekan, bukannya ramai pun. Dia orang bukanlah mengharapkan apa - apa pun, cukuplah nampak dia orang happy.

Dalam goody bag tu pun letak benda biasa, ada pensel, pemadam, sharpener, jelly, belon, gula - gula, coklat.. mix and match, takde tema langsung, ada yang daddynya belikan kat Jusco, TRU and ada jugak mummy carik kat kedai serbaneka... selagi menepati budget, oklahkan.


First mestilah student perempuan dulu, semua beratur dengar cakap teacher. Yang tak tahan tu, lepas Darin bagi je semua salam and cium tangan. Alahai, padahal ada je budak 6 tahun kat situ. Dia orang dah terbiasa kot, salam and cium tangan.


Then turn budak lelaki pulak. Macam tadi jugak semua beratur, and dia orang pun siap salam and cium tangan. Lawak jugaklah, bila orang pertama start yang lain pun semua follow jugak, tak boleh nak suruh stop pulak.


Bila dah settle, Darin sambung makan balik dengan mummy and daddy, then tetiba ada 2-3 orang kawan datang kat Darin, ingat nak nak apa, rupanya nak bagi hadiah.. alamak, apa sudah jadi.. rupanya cikgu dia dah pesan hari ni (3/2/2012) borthday Darin, jadi semua orang boleh bawak hadiah... silap besar pulak bagi invitation card tu, just for fun je sebenarnya... tak sangka pulak jadi macam tu.. then datang lagik bebudak yang lain... thanks sesangat sebab tak sangka ada hadiah..


Tak lupa jugak birthday gift dari Teacher Amy dengan Teacher Laili....



We all tak boleh lama, Darin kena tinggal dulu sebab kelas habis 12.30pm nanti. Kek pun tinggalkan je, siap pesan dengan cikgu, makan jelah banyak mana pun, we all tak kisah.... sebab kek tu memang besar...




And dengan kek yang tak seberapa tu jugak, dapat potong kasi kat family husband.. bagi kat my side and also tinggal sikit kat rumah.... thanks tu tukang buat kek. Blog dia pun dah tak ingat, nanti kena check balik.. even it's bit pricey tapi semua orang cakap sedap... Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...