Followers

Thursday, May 15, 2008

Langkawi Oh langkawi




Ni aku citer sesikit latest pasal aku gi Langkawi.. kali ni aku pegi ngan family aku sendiri (me, my hubby and my daughter) + my parents + my bibik.. hangkut semua, hambik ko... tu pun sebab dapat free seating Air Asia tu ler.. carakan..

Dalam flight anak aku tido je, sampai Langkawi pun dia bgn, first day lepas check-in simpan barang, bersihkan diri sumer, gi makan dulu sebab sampai pun dah kul 3pm.. pastu jenjalan kat pekan kuah and masuk kedai kat area jeti nun..



Hujan pulak petang tu so tak jadik le nak gi jenjalan kat Dataran Helang, sebelum balik tapau makanan and beli brg sikit kat market.. balik hotel.. bumm terus tido..









Keesokkannya adalah birthday anak aku yg pertama.. kira ni hadiah hari jadi dialah ni.. ha..ha...

Aktiviti hari ni pergi melawat Makan Mahsuri.. Makam Mahsuri dah byk berubah dah, siap kena pakai tiket lagik nak masuk situ..


adalah org main caklempong bagai.. Telaga Mahsuri pun dah cantik, kalau masa aku pegi zaman dedulu, telaga tu cuma kat belakang rumah org jer..
ini adalah perkara wajib yang memang semua org dtg Langkawi kan.. sah kalau tak beli minyak gamat, balm buah pala, kain pelikat + kain batik... harus beli tau..






















Pastu pergilah melawat beras terbakar.. Beras dia dedulu adalah tabur atas pasir.. org ckp org kat situ jugak bakar and tabur je atas pasir.. tp skang dia siap letak lam balang kacalah pulak.. he..he.. macam - macam.. datang sini tak









Dari sini we all berjalan ke mana arah nak pegi telaga tujuh, jumpalah tempat yang ada byk kapal layar tuh.. nama tempat tak ingatlah pulak...tapi still singgah sana tuk amik gambar je, sampai kat tempat telaga tujuh tu, alamak tingginya nak panjat bukit tu, takkan nak panjat jugak dengan anak aku tuh... nak naik cable car pun x jadik, sebab memasing dah penat sesangat... then we all berjalan ke Pantai Chenang jugak, tak masuk Underwater World coz mahal.. we all kan ramai, just beli cokelat kat duty free jer...lepas pusing -pusing, we all end-up balik pekan kuah and survey barang.. malam tu makan seafood kat Langkawi, dapat jugaklah kedai yang murah, hari pulak hujan sib baik ada bumbung..

Esok pagi bermulalah misi kami ke Idaman Suri, penat tau tanya org, sib baik ada jugaklah nak tunjuk jalan.. aku borong
jugaklah, hasil tangkapan dirahsiakanlah.. malu weh.. tp yang pastinya lepas je isi barang lam bonet keta, ayah aku dah pening kepala.. cemana nak bawak naik flight.. xpe tu kes kedua..

pastu gi Galeria Perdana... tak masuk dalam pun, amik gambar kat luar je.. then my mom n my dad berboraklah ngan pekerja yg ada kat situ.. sesaja tanya, manalah tau dapat jumpa kawan lama..

Alhamdulillah adalah sorang pakcik tu still lagik ada kat Langkawi, duduk kat Kg Ulu Melaka, so bergegaslah kami ke sana.. dapatlah mereka melepaskan sesi beramas mesra.. lama tak jumpa tuh, since kakak aku belum lahir tu, dengar dalam 40 thn kot, and pakcik tu walaupun umur dia dah 80++, tapi Alhamdulillah still lagik tegap.. dengarnya lagik pakcik ni dulu bekas wakil rakyat.. waa.. hebat tuh.. bila berjumpa kawan lama.. citer pasal skang buat apa, anak baper org, cucu berapa... keje apa.. citer - citer kenangan lama.. aku pun naik syok plak borak ngan pakcik ni, sebab dah lama x dpt nak berborak slang 'utagha' ngan depa nih.. dulu study kat UUM, aku selalu ckp loghat kedah ngan member aku, walaupun dia kata cam pelik je, aku belasah gak, sebab aku suka.. lepas borak - borak, rehatkan badan and amik gambar we all pun mintak diri... gambar yang aku amik ni aku dah poskan pun kat pakcik ni.. oh lupa nak ckp, nama pakcik ni pakcik, 'fadzil'...

Then gerak balik tempat wajib kat Pekan kuah... kali ni pegi jugaklah Haji Ismail Group.. tupp...tup.. jumpa plak Aida Langkawi (ni gelaran aku bg), org yg aku kenal beberapa hari thru fotopages, yg tlg dapatkan aku keta sewa.. carik jugak dia tadik kat kedai SaveCost tp dia kuar amik anak dia.. he..he.. seronok sgt dapat jumpa dia tau...













Hari last kat sini, aku nekad jugak nak pegi Dataran Helang, dapatlah juga amik gambar kat sana, tapi hari punyalah terik, so byk gambar silau, penat tul adjust anak mata tak bagi sepet..ha..ha.. then dalam kul 11 lebih gerak ke airport and balik KL.. fuh letih tapi best.. yg tak bestnya, husband aku x berapa sihat plak sampai sana, then aku pun kena jugak... sebab kurang minum air kot.. hubby aku cakap nanti nak datang lagik, tak taulah kali ni apa misi dia.. disebabkan kurang sihat, so x dapatlah dia nak mandi laut.. so maksudnya next time datang sini nak mandi lautlah tu.. apa - apa jelah bie...
anyway...kira oklah tu kan...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...