Macam ditatang minyak yang penuh.. benda berat confirmlah aku tak buat.. tapi kerja rumah still buat macam biasa.. bila rasa nak makan, masak, else beli je kat luar... adalah start rasa loya mcm masa first perggy... tapi takdelah teruk sangat, sometimes tak boleh bau benda yang bukan - bukan termasuklah bau dapur.. and tak boleh nak makan certain makanan macam masakan yang berwarna merah, and udang...
Balik dari holiday.. next day tu pergi check up... Darin pun we all tak hantar pergi Nursery... 4th Jan tu sepatutnya dah 8 weeks and doc cakap dah boleh check heart beat.. we all nak Darin tgk and rasa.. nak bagi dia feel nak ada adik.. dan nak bagi dia faham yang dia dulu pun berasal dari situ jugak..
pagi - pagi kat KPJ Selangor memang ramai orang... so we all decided pergi petang.. memang tak ramai orang, tunggu pun tak lama.. procedure macam biasa.. blood test.. urine test dan result bawak jumpa doktor.. bila nama dah kena panggil, excited nak jumpa doktor..
so, masa untuk scan.. hhmm cemanalah yek.. after 2 weeks.. and harap sesuatu yang positif...
doktor check macam biasa...
aku pun tengok screen..
daddy pun mcm biasa suruh Darin tengok..
Doktor pun tak cakap banyak..
dan.. aku dapat rasakan sesuatu...
"so macam mana doktor.. boleh dengar ke heart beat dia?"
itu soklan first yang husband aku tanya..
kenyataan doktor.. sangat mengecewakan... hampa.. terkilan.. macam tak percaya..
takde progress pada janin.. saiz tak membesar seperti yang sepatutnya..
sesiapa pun mesti susah nak terima hakikat.. tp itulah yang dia terangkan..
"Tak pe, kita bagi lagik tempoh 2 minggu, mungkin kiraan kita salah"
2 minggu berikutnya... aku datang dengan husband je.. ntahlah.. susah nak cakap.. bila datang kali ni.. doktor check lagik memang bukan rezeki kami.. kami kena jugak redha dengan apa yang doktor terangkan.. bukan rezeki kami untuk besarkan zuriat ini.. mungkin ada hikmah disebaliknya.... air mata yang gugur memang tak boleh nak dibendung... 2 minggu lebih aku pergi kerja.. memang wajah sugul.. Officemate aku ingat.. penat sebab preggy, tapi sebaliknya.. aku diamkan sahaja... kami Redha...
Doktor bagi pilihan untuk 'cuci' sahaja.. sebab memang takde progress.. kalau dibiarkan lama takut ada effect apa - apa pulak.. aku pun tak decide lagik bilakah tarikh yang sepatutnya...
"Doktor, boleh saya telefon balik untuk buat appointment?" itu je yang aku mampu cakap... selainnya.. biar air mata sahaja yang meluahkan apa yang aku rasa...
Sabtu tu sempat lagik husband aku bawak jalan - jalan keluar.. makan - makan sesama... bawak Darin memain.. semata - mata nak kurangkan kesedihan... benda dah berlaku.. apa pun kena redha...
Ahad tu, we all macam biasa pergi beli barang rumah.. aku dah rasa sesuatu yang tak kena.. hhmm macam pelik.. tapi tak nak cakap apa - apa.. penat pun lain macam... dalam pukul 12 tengahari.. bila aku pergi toilet... hhmmm aku dah agaknya.. saat berdebar dah tiba rupanya... bila cakap dengan husband aku, dia pun cuak..
"Nak jumpa doktor ke?"
aku pun tak rasa sakit.. jadik aku rileks kan dia... esok jelah aku pergi hospital..
Aku jumpa doktor esoknya.. explain semua.. so doktor pun pun explain procedure.. yang penting aku kena puasa.. aku set appointment untuk esok and doktor dah siapkan bilik pukul 3PM, jadik aku kena masuk hospital pukul 11AM utk masukkan ubat.. supaya tak kelam kabut esoknya.. aku buat pre-submission terus... sempat pergi bank.. ramai betul orang kat bank.. then rasa macam x sedap hati.. x sempat dah singgah mana - mana, aku beli roti je on the way balik.. and makan.. habis makan, rasa sakit sket.. tapi xde apa - apa yang pelik sangat...
petang masak macam biasa.. kononnya nak makan puas - puas sebelum kena masuk ward...malam tu pun aku makan macam biasa... dalam pukul 8.30, cam biasa husband aku pergi surau.. masa tu aku dah rasa sakit perut lain mcm.. rasa mcm ala - ala nak pitam pun ada.. lemah 1 badan.. tapi aku buat tak tau.. kemas jugak meja.. basuh pinggan and buat apa - apa yang patut.. then siap angkat kain yang nak disidai...
makin lama rasa sakit.. aku siap duduk dulu kat kerusi depan... pastu jiran aku kuar.. dia siap ajak borak.. tapi aku antara larat tak larat nak cakap.. sambil tahan sakit perut, aku sidai kain... adalah dalam 30 minit kot aku kat luar.. pastu dah rasa tak tahan sangat.. aku cakap nak masuk.. sambil sakit.. aku jalan laju - laju pergi toilet.. bila masuk je toilet.. Ya Allah.. darah turun mencurah - curah macam air paip.. ketul - ketul darah pun ada.. sakitnya Allah je yang tahu... dalam sakit - sakit tu aku panggil Darin..
"Darin tolong mummy amik hp kat atas meja, mummy nak call daddy"
"mummy kenapa? berdarah ke? sakit ke?"
"ha ah, tolong amikkan hp"
sian Darin.. dia blur sekejap tgk keadaan aku yang darah penuh dalam 1 bilik air... dia dpt amik hp.. terus call husband aku.. bergegas dia balik.. sambil tu
"Darin, tolong amik towel mummy dalam bakul"
bila dia sampai je...
"saya tak jumpalah mummy, takpelah mummy, mummy pakai jelah towel saya yek"
alahai syahdu sangat aku..
once husband aku sampai, dia pun jadik panik.. aku dah terduduk atas lantai.. aku dah nak pitam sangat... dia bagi aku minum air...
"nak org buat apa ye? nak org panggil Ambulans? nak orang panggilkan sesapa tak? nak orang panggilkan Fizah (neighbor aku tadik)?"
aku pun dah tak larat nak cakap banyak dah.. then terus aku mintak dia kemaskan apa - apa yang patut... banyak adegan masa ni... ada yang cemas, ada yang lawak.. bila aku rasa dah ok sket.. aku baring kat kerusi sambil husband aku kemaskan barang.. then aku tukar baju semua.. terus masuk dalam kereta.. yang lain aku tak tau..
Sampai hospital, masuk Emergency... nurse yang uruskan semua... argghh byknya benda nak kena jawab... dah tak larat sgt... yg paling penting "bila last puan makan?"... selesai semua urusan.. terus bawak aku masuk wad.. doktor memang ada kat hospital.. doktor scan... kelonsong tu dah nak turun cuma belum habis.. doktor amik keputusan untuk masukkan ubat kecutkan rahim...
masa nurse inject ubat tu... sakit sangat urat tangan kanan..... sakit sangat.. dalam 2-3 minit.. lepas tu tekak aku rasa tak sedap.. x suka rasa pahit payau... bila semua sakit dan rasa x sedap tu hilang.. lega sekejap.. tapi sakit kat perut.. sama macam org nak bersalin...
dari jam 11 malam sampai pukul 2 pagi aku menahan sakit... yang aku sedar dalam pukul 2.10 pagi.. aku rasa macam ada 1 ketulan daging nak keluar .. mcm kita nak teran baby untuk keluar bagi habis.. lepas aku teran sket.. terus aku rasa lega.. sakit pun hilang... husband aku pun dah rasa ok sket.. sepanjang aku sakit, sepanjang tu jugaklah dia tak tido.. nasib baik Darin tido jugak... aku panggil nurse.. inform dia semua.. and dia bersihkan diri aku.. and aku pergi toilet sebab rasa nak buang air... sehingga saat tu aku masih lagik x minum apa - apa... aku baring and rehatkan diri.. harap boleh tido...
dalam sejam lepas tu.. aku rasa sakit balik.. kat bahagian perut.. bila aku cuba duduk.. aku rasa nak pitam.. telinga aku berdesing.. rasa gelap je.. aku panggil nurse.. aku cakap aku dah tak tahan.. sakit datang balik... aku mintak setegus air sebab aku rasa nak pitam.. tapi jawapan dia "tak boleh puan, puan kena puasa" ... Ya Allah.... aku tak tau apa yang aku patut buat... bila doktor datang.. terus decide masuk OT and call doktor pakar bius...
aku kejut husband aku sbb aku nak masuk OT... masa aku nak pitam.. boleh dia suruh aku jalan dari katil aku ke katil kat luar tu.. baru je aku duduk.. terus aku rebah balik atas katil.. nasib baik ada nurse yang bijak, terus sound dia org.. "tolak je katil wad tu.. jangan suruh pesakit bangun.. ini keadaan kritikal"... pukul 3.30 pagi aku disorong ke OT...
menunggu doktor bius.. aku kena isi form pasal ubat bius.. isi form nak buat procedure.. isi form utk masukkan darah.. siap cakap "saya tak nak doktor" "saya faham.. saya takkan masukkan darah kalau blood count awak ok" adoi lah.. dan soalan yang sama doktor bius tanya "bila last makan"..
aku nampak semua doktor dah pakai baju kaler hijau..
masuk je dalam bilik tu.. sangat sejuk..
doktor and nurse angkat aku baring atas katil OT yang muat - muat badan je.. and sangat lurus..
aku boleh nampak lampu yang banyak dan terang tu dalam cerita Dr House, ERdepan mata aku sekarang
dia bukak lengan baju.. letak wayar tu kat dada... kepit kat jari telunjuk kanan utk degupan jantung rasanya...
pakaikan serkup kepala...
"baik puan, sekejap lagik saya akan masukkan ubat bius.. istighfar bebanyak.. kita doa supaya semua selamat"
apa yang terbayang dalam kepala otak aku "kalau jadik apa - apa, aku x sempat pun mintak maaf dgn laki aku.. mak pak aku.. family aku semua...".. takutnya...
bila dia start masukkan gas.. aku rasa nak tolak je corong gas tu sbb tak selesa.. tapi x sempat buat apa - apa... aku pun dah lena.. mamai...
"puan.. puan.. bangun, semua dah selesai" doktor bius yang kejutkan aku...
1 jam semua dah selesai.. Alhamdulillah.. semua selamat... aku pun rasa lega... once dah balik bilik.. aku pun rasa lega.. harap dapat tido walaupun 1-2 jam...
aku dah rasa sakitnya.. sakit yang sangat sakit.. aku tak faham orang yang asyik nak gugurkan kandungan tu bila dah terlanjur kandungkan anak luar nikah.. dia org tak fikir ke keselamatan diri dia orang.. x kisahlah walaupun kandungan tu kecik lagik... ada yang berkali - kali gugurkan kandungan pun ada.. sungguh aku tak faham...
anak yang sepatutnya hidup.. ko bunuh sebelum dia sempat besar dalam perut... ya dah selamat dilahirkan.. ko buang hidup - hidup.. ko bunuh hidup - hidup.. anak yang ko benci sangat dari hasil perkongsian yang 'haram' ko dera cukup - cukup... kejam sangat
dah sebulan lebih kes ni.. Alhamdulillah dalam tempoh 2 minggu bercuti.. aku sihat sepenuhnya.. then aku kerja dari rumah lagik 2 minggu untuk dapat rehat yang secukupnya..
terima kasih bebanyak kat husband aku, dia banyak tolong masa aku sakit.. and ramai sangat kat luar sana yang tolong aku... dari segala macam hal.. thanks sesangat... hari ni hari aku.. esok lusa, hari orang lain pulak.. kita tak tau kan...
13 welcoming comments:
takziah buat mummy darin & family.. tabahkan hati ye.. InsyaAllah ade rezeki selepas ini..
take care.
TAKZIAH MUSZ.. SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN.. ADA HIKMAH TU.. TAKE CARE!!
takziah musz... sad to read this...sabar ya..be strong... insya Allah ada rezeki yg Allah kurniakan lepas ni...
shaza, yani and kak ayu: Thanks a lot... doakan yang terbaik buat kami yek..
IsyaAllah ada lagi rezeki Allah.
Laaaa... ye ke Musz? Baru tau citer. Tabahkan hati ye. Insyaallah ada rezeki lagi nanti.
Azie: Thanks
Kak Yang: itulah ceritanya..
musz,
aku baru tau cerita...
sabar ye..
insya'allah, ada la rezeki ko tu lagi.
sekurang2nya ko dah ada Hubby & Darin dr aku yg xde apa2 langsung lg ni.
be strong ya fren..
muzs, seriusly aku baru tau ko dnc.. alahai.. sorry sgt2.. aku baca penuh khusyuk.. satu patah perkataan pun tak tnggal.. boleh pulak laki aku main2 kat status ko hari tu kan.. masa tu dah tau psl berita ni ke? aku mintak maap kalo tak kena timing..
aku pernah 2 kali miscariage, kes mmg tak sama ngan ko.. sbb aku baru 5-6 mggu.. ketul darah keluar sendiri.. besar.. boleh picit2 dan guling2 atas tapak tangan smbil air mata meleleh.. kes ko ni mmg sakit sbb kantung tu dah besar kan.. alahai, tatau la cane nak explain laaa..
apa2 pun, take care dan mmg ada hikmah nya.. don't give up my fren.. aku tolong doakan ko dari sini.. amin..
nauzubillah...aku pun br tau musz :(. Sedeynya baca entry ko neh, aku pun penah alami april lepas. Bezanya aku tade rasa sakit langsung, alhamdulillah. Aku doakan ko sihat dan ada rezeki lg lepas ni. Dont eva give up n doa byk2. God knows best, InsyaAllah ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Take cape beb
Nik: Thanks.. anyway.. janganlah cakap macam tu.. ko masih punya ibu, bapa and adik beradik sekeliling yang menyayangi ko okeh..
Sue: tulah, bila aku kena, teringat kisah ko dan beberapa kawan aku yang lain.. sue, aku siap korek tau dari toilet bowl tu, dgr mcm gelikan, tapi naluri ibu tu, apa benda pun redah je.. nak tengok apa yang keluar... anyway thanks bebanyak...
mona: aku pun dapat rasakan apa yang ko tulis dalam entry dulu tu sana mcm yang aku rasa.. cuma aku tak berani nak tanya banyak and now jadik kat aku.. Alhamdulillah, ko tgh tunggu masa utk yang ke-3, doakan aku supaya anak berderet macam ko gak yek
Alahai horrornye baru terbaca entry u ni... sabarlah byk2 rehatkan dulu rahim kasi kuat...ish ngeriler... macam terasa I pulak yg sakit..isk isk
musz...takziahhh, br tau dr blog ni. x pasan plak yg kat fb. bile ko cite nk ajak darin gi c/up, aku excited nk komen pengalaman bwk dafinah join c/up adik dia dulu. mmg priceless (and she nvr missed even once). tp ye lah, ditakdirkan bukan rezeki kau. be strong ya my fren... insya allah, ada hikmah di sebaliknya. sekurang-kurangnya, ada yang menunggu mu di pintu sorgaaa... insya allah.
mimi
Post a Comment