Followers

Wednesday, December 28, 2011

Education for Kids

Hari ni nak cerita pasal sekolah, tak lama lagik pun dah nak bukak sekolah tapi ini sekolah untuk pre-school, atau pra-sekolah.

Masa nak pilih sekolah untuk Darin, macam - macam yg ada dalam kepala ni.. plan nak hantar ke pra-sekolah berdekatan tapi kekurangan info pasal bila nak register semua, tapi bila dah hujung tahun, confirm dah terlambat, sebab pengambilan pelajar 1 kelas memang tak ramai. So perancangan terbantut kat situ..

Then, ayahandanya ada jugak bercita - cita nak hantar Darin ke tadika KEMAS.. aku tak kisah pun, hasratnya supaya Darin boleh bergaul dengan semua orang, means dalam golongan kebanyakan, taklah dalam golongan yang bergelumang dengan teknologi iPhone, iPad, PS3, Galaxy Tab dan sebagainya.. tapi bila dengar ada orang ckp, "Tadika KEMAS tu untuk golongan yang berpendapatan rendah" tak sampai hati hantar Darin ke sana sebab kesian pada golongan lain yang lebih memerlukan.. so pencarian bermula penghujung November hari tu.

Beberapa bulan lepas, aku da nampak 1 banner kat area perumahan baru kita orang.. namanya Tadika Bonda Mama, aku dah mula eksaited sebab sangat dekat dengan rumah, jalan kaki pun boleh, tak payah nak fikir bersesak - sesak kat jalan raya, dan bila aku kaji Tadika tu pun ada day care, so aku tak payah pening kepala pasal transportation semua, bestkan... tapi tak lama lepas tu aku tak nampak dah bannernya, dengar cerita tak jadi buat sebab tak dapat kelulusan dari beberapa pihak.


Beralih pada lagi 1 tadika yang nak start beroperasi bulan depan Tadika Dian. Kira tadika ni pertama yang ada di Malaysia rasanya, dia kira macam bawak silibus pembelajaran dari UK, Australia dan sebagainya ke sini. Pun sangat dekat dengan rumah. Perancangan dia orang akan bukak Sekolah Kebangsaan bertaraf Elit kat area rumah kita orang jugak, tapi memandangkan nama pun sangat elit, pembayaran juga adalah mahal. Aku tak sempat nak survey sebab dia takde siapkan day care.





Then, we all cakap "hantar Genius Aulad jelah" coz kebanyakan kawan - kawan kat nursery Darin semua memang pergi Genius Aulad, and memang ada transport hantar balik ke day care, kalau petang, cikgu dia yang akan hantar balik ke nursery. Tapi sayangnya hari tu husband aku call dah penuh. Tak sure pulak sama ada 2-2 sesi dah penuh atau sesi pagi yang dah penuh. GA ada 2 sesi, pagi dan petang. Aku prefer Darin pergi pagi sebab fresh, instead of petang sebab petang ni banyaknya dia main. Let say dia bangun pagi sangat awal, then petang baru nak pegi school, sure dia ngantuk. BTW, GA ni affordable jugak monthly dia, dalam RM238 je sebulan.

Kebanyakan we all survey semuanya plan nak kena ada day care, tapi plan dah berubah since my MIL sudi duduk dengan kita orang and tolong jagakan Darin lepas Darin habis sekolah. Tapi tetap we all tak pilih Tadika Dian yang hanya beberapa jengkal dari rumah atas sebab - sebab tertentu.

Seterusnya we all terjah Tadika Krista yang berada di other side of taman rumah kita orang, TTDI Alam Impian. TTDI Alam Impian adalah gated area, yang masuk kena pakai pas, tapi ada Tadika jugak kat dalamnya. Means penduduk setuju nak ada tadika. Owner dia Miss Shuba, personally aku jumpa dia, she's a nice person. Krista memang dah lama beroperasi kat Malaysia cuma branch TTDI Alam Impian baru nak mula. Maybe sebab kurang yakin kot dengan branch baru so we all tak jadi hantar. Registration + December fees dalam 1.2K++. Tapi yuran bulanan dia RM350 sebulan. Tapi kalau we all register bulan 12 ni, dia bagi RM300 je setiap bulan. So we all hold dulu, kalau ok, we all subscribe.

Lepas tu kita orang terjah ke CEC Real Kids kat Kemuning Greenhill. CEC ni pun dalam kawasan perumahan yang ada guard jugak. Tapi dia ada bangunan sendiri. Rasanya kebanyakan CEC pun macam ni. Dia siap ada kolam renang yang berbumbung macam yang Darin nak, and kelas dia macam sekolah rendah jugak, ada bilik sendiri dan siap ada sinki. Setiap kelas ada Medium English dan Medium Mandarin. Kalau plan nak enroll anak - anak ke sekolah Cina, memang bagus hantar sini. Macam Darin, we all tak plan nak masukkan ke sekolah Cina sebab kat situ pun tak banyak sekolah Cina, nak kena berebut dengan dia orang pulak kan, tapi boleh je kalau nak. Yuran permula dalam 1.5K, and monthly RM300. Kalau Darin nak amik intensif Mandarin class, kena bayar lagik RM60 sebulan, which is RM360 per month. Kalau ikutkan agak jauh jugaklah, tapi untuk aku amik Darin tengahari memanglah takde masalah sebab kita tau jalan, cuma kalau MIL aku yang drive, takut sesat kang, lagik 1 hal pulak. so put on hold dulu.

Selain dari yang kat atas tu, aku ada personally call Nuh's Ark, Islamic Montesori, kat Seksyen 7. Kalau nak ikutkan jauh jugak. Tapi apsal survey sampai sana yek? Sebab tengok kat website dia, dia pun ada bangunan sendiri. Nampak dalam gambar siap kids buat khemah, duduk dalam tu, ada gimnastik, ada banyak aktiviti luar, macam best je. Tapi disebabkan lokasinya juga agak jauh, and kalau nak access ke situ kena ikut jalan yang betul, kalau tak berpusing - pusing nak masuk seksyen 7. Pasal registration and monthly fees kurang pasti pulak sebab tak jumpa dekat website dia. Tapi 1 je yang aku sangat impress, masa aku call Nuh's Ark, bercakap dengan principal dia "Puan Roza" wow, superb. Yelah dah guna English medium, and Principal tu memang cakap english walaupun aku guna BM, and takde perkataan 'Lah" pun kat setiap ayat dia... tu yang buat aku excited nak jugak pergi sana tengok, tapi tak kesampaian.

Bila dah terbekenan dengan Nuh's Ark, survey lagik Islamic Montesori yang lain and terjumpa Brainy Bunch Islamic Montesory (BBIM). Gegila aku survey semua siap teruja bila ada parent yang bagi feedback bagus pasal BBIM kat Shah Alam. Aku kalau boleh pun nak hantar area Shah Alam je, tak naklah sampai Kemuning sana, dah banyak sangat tol pulak. Then teringat one of my friend yang dengarnya dia ada hantar anak dia ke Tadika Islamic kat Seksyen 3 (ada 2 yang glamour, nanti aku bagi tau lagik 1), and jawapan dia, dia hantar anak dia kat BBIM ni, then bila check kat website, dia punya registration fee is about RM1060 untuk new registration macam Darin and monthly RM290. Kira ok jugaklahkan. Kalau amik yang sampai pukul 3pm, harga dia dalam RM540 sebulan, and kalau sampai petang lagik banyaklah kena bayar. Walaupun sampai 3pm atau 6pm tu macam ala - ala day care, tapi dia ada masukkan aktiviti lain, macam taekwando,  Gimnastik and others.Tetapi..

Sebelum aku sempat bercakap dengan kawan aku pasal BBIM ni, we all dah terjah Al-Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School, under Cambridge School macam tu. Dia ada 2 kat Shah Alam, 1 kat seksyen 13 dan lagi satu kat Seksyen 3, berdepan dengan Sekolah Agama. Dia buat kat perumahan Banglo dan dah beroperasi selama 10 tahun. Memang Islamic based tapi module dan buku yang dia guna semua dia order dari Cambridge atau Oxford, yang dicetak oleh Longman. Kalau tetiba korang ada jumpa buku tu kat Kedai buku nanti informlah yek. Registration fee dia untuk new student RM2.5K.. banyakkan.. monthly RM300, macam kebanyakan sekolah yang aku tengok jugak.

 So.. apa yang kita orang pilih?














Ayahandanya dah pilih nak masukkan dia ke Al-Ikhlas Pre Tahfiz Pre School tu. 2 minggu lepas pun kita orang dah hantar Darin ke sana selama 4 hari, untuk join aktiviti yang we all bayar RM80 untuk 4 hari. Tiap kali amik dia, dia kata suka, so itulah keputusan kita orang..ooo... Janganlah cakap "Alah, dia bolehlah banyak duit, anak sorang" sentap tau dengar. Tul tak Mekchu....

 Ada yang cakap "Kalau hantar kat tempat camtu dia tak ikut silibus sekolah rendah".. memang betul, tapi  masuk darjah 1 pun cikgu tu akan ajar basic jugak. And ada yang cakap "nanti asyik ajar doa dan ayat hafazan je, yang lain cemana, cakap english pun tak pandai".. Ish, memang aku nak ajar anak aku pandai baca doa, even skang pun kalau apa - apa pun aku cakap dengan Darin "Darin doalah kat Allah supaya takde orang jahat datang rumah kita (Masa kes alarm rumah berbunyi di mana daddynya nun jauh di Belgium)".. Lagi pun dalam solat pun ada banyak doa yang kita kena baca, ayat hafazan nak kena baca, kalau dia tak tau baca, macammana dia nak dirikan solat. Dulu masa nursery Darin dihandle oleh 'Umi', bebudak dia solat jemaah waktu Zohor dan Asar, ni pun sebab aku sendiri tersampai kat nursery tu masa waktu Asar baru masuk, and memang betul, ada budak lelaki sekolah rendah (Tahap 2 rasanya), jadi Imam solat Asar, yang lain ikut. Tapi since Umi tu dah tak keje situ, bebudak semua terabai. And sebab ada umi tu jugak Darin dah boleh baca buku, and now Peter and Jane Buku 3a dia dah boleh baca tanpa pergi sekolah.


Kenapa tak hantar kat Q-Dees atau Smart Reader.. Q-Dees yang ok pun kat area Kemuning which is jauh jugak untuk my MIL nak ke sana. Kan aku takut dia sesat macam kes nak pegi CEC tu. And Smart Reader pulak kat area rumah kedai, memang ada kat Seksyen 23. Kalau boleh memang nak avoid rumah kedai, sebab nanti lepas amik dari school sure nak ajak singgah kedai, kan lagi bahaya tu.


Itu pendapat peribadi memasingkan, and semua orang pun ada pendirian dia sendiri. kalau nak cakap "alah kat Tadika XXX pun ada belajar doa tu semua, bayar lain macam add-on" takpelah, korang hantar jelah sana, aku pun tak marah, ni sebab aku kat Malaysia dan aku adabanyak pilihan, samada Islamic base, ataupun tidak. Lainlah macam kawan aku kat London tu, tak banyak pilihan nak hantar and play school yang swasta adalah berganda - ganda mahal tau.

Tapi kalau korang ada info lagik bagus, why not share with others. kan..

25 welcoming comments:

mekchu said...

betul betul betul.. sbg parents mesti kita nak yg terbaik kan.. kalo dah mampu, apa salahnya..

untung ko muzs, banyak betul pilihan pre-school darin.. kiranya darin start gi school minggu dpn la eh? kiranya 2012 ni dia 5 thn la eh? aku dah start kena survey jugak ni.. tp x de pilihan sgt kat seremban :(

good luck dear darin..

mikamusz said...

yelah Sue, ada pilihan tapi tak dekat dengan rumah, kawasan baru mmg mcm tu,kena tumpang kawasan veteran. Takpe Micah ada masa 1 tahun untuk survey... all the best Papa-Jit.. Eh..

nooreen said...

untung ko musz byk pilihan islamic school..aku dok kepong xde islamic school..kalo ader pon jauh which is kt gombak,selayang,kota damansara which is aku rasa x berbaloi nak antar anak ke sana..perjalanan pon dlm 1/2 jam...yg ader dkt dgn rumah english & mandarin medium,cina punya...jadik lah kan wpon dlm ati nak sgt antar anak ke islamic school..

mikamusz said...

noreen, jangan sedih, still school jugakkan, selalunya school yg macam tu english dia lagik better, then u still boleh carik org perseorangan untuk ajak dia yag basic in Islamic.

Unknown said...

survey kindie http://akulahputeriraja.blogspot.com/2012/12/kindergaten-huntinghasil-pemburuan.html

Anonymous said...

Hantarlah ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Islamic Pre-School Program untuk anak2 berumur 4, 5 & 6 tahun. Di Shah Alam, terdapat 16 buah PASTI yang beroperasi. Sila hubungi; Encik Mohd Nizam (Setiausaha Jabatan PASTI Shah Alam) @ 013-6337868. Terima kasih kerana memilih PASTI. "28 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH"

Unknown said...

alhamdulilah.. saya pun ada baby 10 bulan, sedang fikir kat mana nak cari taska dan tadika sesuai. nak anak jadi seorang tahfiz nanti, insyaAllah.

Unknown said...

Assalamualaikum....maaf yea sha nak bertanya, kat area shah alam ada ke tadika yg ajar agama, bahasa english ngan bahasa cina sekali......sha pun dok survey2 gak ni.....anak sha br genap 3thun hujung tahun ni

mikamusz said...

Thanks Mama Cyg sebab sudi singgah..
Nor'ain Mohd Yusof.. Insya Allah
Sha Kenet.. hhmm kena survey lagik kot.


Ummu Muzaffar said...

Mikamusz & Mekchu... i concur...i pun sentap kalo org ckp camtu huhu...bukan tammo tambah, sdg berusaha, tapi Allah yg menentukan & memberikan segala rezeki :)

Back to kindy matters, tqvm for the informative sharing. May i ask, why Dzuliman is not in your list? my son is attending playgroup at Dzuliman near our office. but we are contemplating of transferring to Islamic Montessory school. hence, trying to do some comparison.

TQ again!

mikamusz said...

Hi Mama Sya

Wah soalan cepumas tu... Actually we all pernah nak hantar Darin daycare kat Dzul Iman masa dia 3thn kot. Tapi dia tak nak pulak masuk situ. end-up hantar nursery biasa. We all tak pilih Dzul Iman sebab memang tak masukkan pun dalam list. Tapi bukanlah tak bagus pun. Cuma dah ayahnya prefer dekat Al-Ikhlas sebab masa tu cikgu dia sangat meyakinkan.. and setahun Darin kat sana.. outcomenya sangat memberansangkan.. tu jer... hehehe

Siti Munirah said...

Hi Salam Perkenalan.

Terjumpa blog sis masa search tentang Brainy Bunch.

Thanks for ur detailed info. Really appreciate it!

mikamusz said...

Salam Uni Aqilah

Terima kasih sebab sudi singgah.

ammoi said...

good info
baru reg kat al ikhlas td..

alhamdulillah dpt testimoni dr Darin an a positive one..sbb x smpt survey..g serah diri je td..

mikamusz said...

Hai Ammoi

thx for visiting my blog. All the best ya. Teacher Azie ada tak kat sana. What you can do is, always tanya cikgu pasal progress anak, at least sebulan sekali. what ever nak komen pun boleh je direct tu the principal. In Shaa Allah, he/she will have lots of fun there.

Unknown said...

bagusnye mummy ni..sempat survey banyak tadika utk anakanda tersyg..info ni sedikit sebanyak dpt membantu mummy yg lain termasuk lah sy..hehehe

Blossommommy said...

Thanks atas info, mcm saya baru nak register anak yg ke 3 tadika, Anak pertama GA, yg kedua Al-Ikhlas, anak no 3 ni masih survey lagi ;)

mikamusz said...

Thanks Diana Lim and Blossommommy for dropping by. :)

Unknown said...

Assalammualaikum..tumpang tanya..puan hantar anak ke tadika al-ikhlas di sek.13 shah alam yg sebelah sekolah rendah dan laman sanur tu ke?macamana perkembangan pembelanjaran di situ?ok ke?sebab saya tgk sekolah tu mcm usang je dr luar.bendera pun dah reput.tp berminat jugak kalau bagus:)

mikamusz said...

Afrida Shobri

Saya hantar di Seksyen 3, mmg dah lama tadika tu rasanya around 10 years ++ dah, maybe sbb tu nampak x cantik kot. BTW kat seksyen 3 tu dah pindah rumah tp still seksyen 3. Anak saya dah nak masuk darjah 3 sekarang, tp me and husband did a survey and comparison, so far we all puas hati dengan apa yang anak kami dapat masa di Al-Ikhlas. Cuma sekarang saya tak pasti macam mana sbb anak kedua baru 2 tahun. In Shaa Allah kalau ada rezeki mungkin hantar sana juga.

Anonymous said...

saya hantar anak saya di Brainy Bunch.
Maaf terus terang saya tidak puas hati.

-Murid terlalu ramai.
-sesak padat
-aunty2 yang layan parents ikut mood.
-balik sekolah anak sentiasa lapar (anak saya full day )
-yuran mahal- tak setimpal dengan outcome
-kebersihan sangat tidak memuaskan
-rambut anak2 berkutu
-aunty yang cakap english bertabur.
-Anak saya tidak pernah bawak balik homework
-buku latihan tidak boleh bawak balik


YANG BAGUSNYA
- Anak saya pandai solat! ini saya puji

semoga menjadi panduan untuk ibu bapa yg lain

mikamusz said...

Ye ke? Brainy Bunch kawasan mana tu? Ada jugak kawan saya yg hantar anaknya di Brainy Bunch Seksyen 3 Shah Alam. Tapi kat situ dia kata ok. Mungkin boleh jadi panduan pada ibu - bapa lain untuk anak - anak mereka kelak.

Unknown said...

Thank You for this, 2013 saya bawa anak pergi Nuhs Ark Islamic Montesorri seksyen 7 shah Alam tu untuk kedua orang anak, 1 orang lagi kasih kat sana sekarang, memang terbaik dan sekarang ni dah ada bangunan baru yang berasingan untuk primary School, Madrasati :D

Unknown said...

Thank You for this, 2013 saya bawa anak pergi Nuhs Ark Islamic Montesorri seksyen 7 shah Alam tu untuk kedua orang anak, 1 orang lagi kasih kat sana sekarang, memang terbaik dan sekarang ni dah ada bangunan baru yang berasingan untuk primary School, Madrasati :D

mikamusz said...

Hi Magie Indira

thanks sudi singgah and sharing some info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...