Followers

Wednesday, July 25, 2012

Europe Trip - Eiffel Tower

Masih lagi tak habis cerita di bandar Paris. Masih lagi belum jumpa mercu tanda cinta (kononnya..) Walaupun sejuk malam mencengkam sehingga ke tulang.. perjalanan tetap di teruskan.

Berjalan kaki dari Museum De Louvre ke Eiffel Tower adalah satu cabaran yang jangan dibuat - buat. Ingatkan dah taman kisah 7 jam jalan kaki di London dari Trafalgar Square ke Tower of London.. nampaknya sejarah berulang lagi di Paris pula.

Kalau nak ikutkan hati memang dah banyak kali dah nak tahan taxi and naik je sampai ke Eiffel Tower.. tapi ntahlah.. bila ada taxi lalu, tak pulak tahan. Bila kaki mula letih, menggagau nak cari taxi. Tapi lepas tu sayang pulak, kononnya rasa macam dah dekat dah... and sayang pulak nak tinggalkan perjalanan malam ni..

Setiap cahaya yang terang diamati sungguh - sungguh, tapi malam tu memang kabus tebal sangat. Tak ramai orang yang sanggup berjalan kaki sambil tolak stroller yang ada anak berat 20kg dengan beberapa barangan sangkut di kiri dan kanan stroller derta membawa beg galas di bahu dan sling beg.

Sambil berjalan jangan lupa tengok kiri - kanan, mana tau ada suspicious person yang eager sangat bila nampak kita ni macam lost. Buat selamba dan anggap je kita tahu sangat mana nak pergi.


Keinginan tu kuat. Tiba di satu persimpangan, dah nampak dah lampu terang.... bila berdiri di kakinya.. waa... macam tak percaya. Banyak sangat nak diungkapkan tapi tak terluah. Memang Eiffel Tower sangat cantik pada waktu malam. Macam tak percaya, antara ayat yang pernah keluar dari mulut aku 16-17 tahun yang lepas, kini menjadi kenyataan. Paling tak sangka, anak aku yang baru berumur 4 tahun pun dapat jejak di tempat yang sama. Walaupun bagi dia takde makna.. tapi aku rasa penuh makna.


Penat jalan, perut lapar, cuba carik makanan. Tekak rasa tak terlelan lagik chips yang ada dalam beg, so husband aku beli waffle untuk kami 3 beranak dan air kopi panas. Duduk kat atas tembok batu, rasa macam duduk atas ais. Tak jumpa pulak kain atau kertas tebal nak buat lapik. Tapi takpelah, sekejap ni, janji dapat rehat.

Ramai sangat yang beratur, and ramai jugak yang nak pergi dinner kat atas tu. Paling tak tahan bila tengok local people pakai dress pendek.. tak sejuk ke? aku yang berbungkus ni pun tak larat dah.


Kitaorg menyeberangi jalan, nampak pulak Merry-Go-Around dan Darin memang tak akan melepaskan peluang bila nampak mainan yang diidamkan. "Datang jauh - jauh nak main ni je Darin.." pengsan.. tapi layankan aje..

"Jom turun bawah tengok ada lagik tak?"
Kita orang turun bawah nak naik Cruise, tapi sayangnya baru je bertolak dalam 15 minit yang lepas. Maksudnya, kalau we all sampai tadi, tak beli waffle dan duduk serta teman Darin main, mungkin dapat naik. Takde rezeki nampaknya. Sedih jugak. "Takpelah, kalau nak naik, esok pagi - pagi kita datang sini"... husband aku pujuk hati aku, tapi takpelah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. End-up, kami beli key chain Eiffel Tower yang warna emas dan perak, dah selamat sampai kat cikgu - cikgu nursery Darin dulu.


Kita orang naik atas balik dan teruskan amik gambar je. Dah takde dah nak datang sini lagi lain kali. Bukan kecik duit nak datang. Simpanlah untuk benda - benda lain pulak kan.






Malam tu we all decide balik naik Taxi, and driver dia orang kulit hitam dari Algeria kalau tak silap. Yang pasti, dia pun Muslim, dia bagi kita orang kedai mana untuk pergi cari makanan halal. Dia bagi alamat semua supaya senang lain kali bleh tido area sana je. Baik sangat.

Sampai hotel, husband aku nak pegi beli makanan kat kedai yang we all singgah pagi tadi, tapi sayang sangat kedai tu dah tutup. Itulah 1 kelemahan di negara orang ni, banyak kedai tutup awal. Nak tak nak, we all terpaksa ambil air panas dari cafe bawah untuk bawak naik atas, nak simpan untuk air panas Darin nak minum susu pagi esok dan untuk masak maggi. Ibis Hotel, cerek pun takde. Takkan nak minum dari tap jugak, tak lalu dek tekak ni.

Penat sangat, lepas mandi, solat dan makan, we all tido. Sambil tengok luar, tengok puas - puas kegelapan malam, sebab esok pagi - pagi kami akan tinggalkan bandar Paris menuju ke next destination.

Kisah Semalam

Selalu sangat semangat berkobar - kobar hahaha... dalam kepala ni dah fikir macam - macam nak buat tapi menu utama untuk makan nasi tak boleh nak fikir. Apa yang aku nampak buat ikan masak kicap je dengan goreng sayur bendi + terung berlada. Tapi selera memang ke laut, masak untuk husband and Darin je...

Plan punya plan, teringin nak buat Baked Makaroni. Berdesup ke K4 carik bahan, beli makaroni, cheese, daging cincang, yang lelain tu semua ada kat rumah. Susu cair aku ganti dengan susu HL je sebab itu je yang aku perasan ada.

Resepi ikut kat internet, cuma buat ikut citara sendiri. Tak sangka pulak 300g makaroni tu menghasilkan sebegitu banyak baked makaroninya. Sesedap rasa je aku tebarkan cheese kat atas maakroni tadik tu. Sukatan garam, serbuk kari dan lada sulah adalah hantam koromo. Dah puasa gitu, memang paling takut dengan garam. Kalau terlebih pedas boleh terima, kalau terlebih masin... hhmmm memang tak boleh bendung.

Bersungguh masuk dalam oven, tunggu sampai masak, and siap bagi kat jiran dengan confident. Rupa ada sikitlah tapi rasa sikit kurang sebab tawar sket. Nak sedap kena makan dengan sos cili baru complete sikit rasa dia. Rezeki bulan puasa, ada pulak jiran bagi Tosai, jadi penyudahnya semalam buka puasa makan tosai, baked makaroni serta kuih - muih yang ada. Nasi??? makan masa sahur macam biasa.


Maaf ler korang pepagi bute dah letak gambar makanan. Dah cakap nak post petang, tak tau apsal keluar pagi. Tapi ini semua ikhsan pakcik Google, gambar masakan sendiri??? hanya untuk tontonan sendiri je..

Tuesday, July 24, 2012

Sementara Tunggu Waktu

Sepanjang bulan puasa, office aku bagi balik pukul 5. Office hour start pukul 9am - 5pm dengan break 1/2 jam. Tapi aku masuk seawal 8.30am je, sebab kena hantar Darin pegi sekolah.

Semalam, Darin puasa dari jam 8am - 5pm, bila daddy dia amik dari school and pegi PARAM, terus dia rasa lapar. Balik rumah siap makan nasi lemak dan mee goreng. Time we all berbuka dia makan murtabak dan pulut panggang. Rasanya macam ada je lagik benda lain yang dia makan sampai aku pun tak perasan. Semalam sempat masak ayam paprik. Yang lain tak masak sebab husband aku ada beli lauk lain kat PARAM. Ish tak payah belilah, masak je apa yang ada. Lagik best.


Malam tadi sempat pegi Tarawikh, Darin nak pegi jugak. Takut dia tak tahan, dan sememangnya ya. Dia nak baca kuat - kuat macam kat sekolah, so aku tak bagi sebab nanti ganggu jemaah lain. End-up dia ikut cara dia. Semua teratur tapi agaknya sebab Imam baca doa panjang lepas baca Al-Fatihah buat dia rasa bosan. Sekejap dia swing telekung dia. Paling tak tahan masa Sujud, dia nak sujud kat tempat aku sujud and siap berlaga  punggung. Sabar jelah.

Bila start Tarawikh, dia tak join. Dia sibuk kacau ada budak kecik tu. Actually budak tu umur dia 4 tahun tapi Darin ni kan saiz besar so nampak jurang tu macam jauh sangat. Berpeluh aku nak tunggu habis Witir sambil monitor dia. Nasib baik jemaah muslimah tak ramai, lapang sikit kawasan tu.

Selesai Tarawikh, dijamu dengan roti jala dan kuah kari. Darin je makan sampai 4 keping. We all yang mak - mak ni minum air je sambil borak - borak.


Pagi tadi seperti yang dijanjikan, Darin nak bangun sahur. Kesian tengok dia, makan nasi pun dalam 5 suap je. Yelah, mana ada selera pagi hari tu. Aku sendiri pun takde selera nak makan.

Hari ni tak tau lagik nak masak apa. Menu kena rancang supaya selera ada. Setakat ni memang aku berbuka tak makan nasi. Makan benda lain. Sahur baru jamah nasi. Tengok petang ni apa yang jadi.

P/S: Gambar ikhsan pakcik Google

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, masuk hari ke-3 berpuasa.. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam. Semoga ibadah puasa pada tahun ni dapat disempurnakan dengan penuh keberkatan.

Tahun ni puasa mula pada hari sabtu, Confirm sangat ramai orang yang pergi Solat Tarawikh pada malam pertama. Aku tak dapat nak pegi sekali, walaupun Darin merengek nak mintak pergi. Untuk pergi Tarawikh dengan dia takut mengganggu jemaah lain yang tengah khusyuk. Walaupun dia memang ada solat jemaah kat sekolah, tapi tak selama Isya' + Tarawikh. Takpe Darin, Insya Allah ada rezeki kita pergi.

Hari pertama puasa... plan nak masak macam - macam.. end-up beli je kat PARAM, termasuklah lauk sahur. Sebab we all keluar pergi Sunway Pyramid layan darin tengok Ice Age 4, tapi best jugak cerita tu... sebab kelakar sangat. Darin dah panas punggung dalam tu padahal dia yang excited nak pegi tengok. Paksa jugak tengok sebab dah RM58 terbang untuk 2 dewasa 1 kekanak nak tgk 3D punya pasal.

Menu beli kat PARAM biasa je, mee kari, laksa, ada roti john, nasi beryani, kuih karipap, tepung pelita dan pau goreng inti kacang hitam. Air tebu sebab husband aku yang nak, tapi Teh O panas adalah minuman wajib aku. Takde air batu takpe, janji teh o panas kena ada. And ada rezeki terlebih, jiran aku masakkan special Nasi Bukhara dengan kuah Dalca yang superb sedap. Setanding restoran Syed.

Semalam aku tekad nak masak jugak. No more jalan - jalan sbb tak selera nak tengok lauk kat PARAM. Siap ada request nak makan cendol, aku ok je takde masalah pun. Then tekak terasa - rasa nak makan kuey teow goreng. Siap jumpa ikan talapia, dah terasa dah nak masak apa. Hasilnya semalam... Terung masak lemak cili api (kalau campur tempoyak lagik umph..), ikan talapia goreng berlada (bukan sambal tau), tempe + tauhu goreng kering berkicap tabur daun kucai.. kuey teow goreng dan cendol... siap beli kerang, rebus dan kopek kulit sebab semangat punya pasal. atau singkatannya 3TKC (Talapia, Terung, Tauhu& Tempe, Kuey Teow, Cendol)...

 Lebih kurang camni cuma aku takdelah letak ais mesin tu, lepas bancuh letak lam peti sejuk je


 Kuey Teow aku tanpa Tauge

 Talapia goreng berlada hanya blend cili hijau 2, cili merah 2, bawang kecik dan bawang putih, tumis sikit je dengan cili kisar. Nak nampak cantik lebihkan lagik cili hijau...

 Aku tak letak cili kering, tapi tabur dengan daun kucai untuk hiasan

Terung ni dia ada letak tempoyak, memang wangi dan sangat sedap

Ada pulak kuih karipap yang MIL buat hari tu, goreng dalam 6 ketul je. Tak semena - semena boleh pulak ada jiran bagi murtabak maggi dengan roti john, tapi roti john dia memang sedap, sos + mayonis memang kaw - kaw punya. Kalau jual kat PARAM, tak rugi org beli tau. kesudahannya penuh 1 meja, sebab dah terlebih, dapat aku agihkan pada Ustaz yang mengimamkan Solat Tarawikh kitaorang.

Cakap pasal Ustaz, tahun ni masuklah tahun ke-3 Ustaz tu jadi Imam tarawikh taman kita orang. Pelajar daru Universiti Mesir, flight dari Mesir, sampai KLIA Jumaat petang, pukul 6.30pm sampai kat surau, malam tu terus jadi Imam... Tak sempat lagik jumpa parents nun di Kelantan sana... Insya Allah, raya tetap balik ke sana..

Apa pulak menu hari ni, tak tau lagiklah apa nak di masak. Tunggu petang sikit tengok apa yang teragak.. selamat berpuasa korang..

P/S: Gambar ikhlas dari pakcik google...

Friday, July 13, 2012

Europe Trip - Museum De Louvre

This is the place.. Museum de Louvre.. should be here during day time tapi apakan daya dengan time management yang kelaut dan sangat pack. Masa we all sampai sini dah almost 5pm. Yes 5pm tapi surrounding dah macam pukul 8 malam je kan... Kalau berjalan time winter memang macam tu. Tapi tetap teruskan jugak masuk kat dalam tu.






 Tak surelah sama ada pintu yanag kita orang masuk tu kira pintu utama atau tak. Masuk je ada ruang legar and turun bawah barulah boleh masuk bahagian museum ni. Kalau bawak stroller, boleh naik lif kecik yang open-space punya concept turun ke bawah. Cam comel je benda alah tu. We all sampai bahagian bawah, tp museum memang dah tutup kot. So just berjalan keseluruhan tempat.


Ingat tak tadi tak makan lagi. Sempat singgah kat Starbucks and looking for Darin's donut and sandwich, and kita org adalah customer terakhir. Sebab ada someone nak masuk after us, kena tahan cakap dah tutup. Fuh, aku rasa sebab dia orang nampak we all amcam tourist and ada anak kecik kot. So we manage to have a cup of hot coffee, donought and sandwich, makanlah sambil berjalan. Eh Darin tak jalan, dia duduk dalam stroller.



Kalau time sejuk ni asyiklah nak ke toilet.. so berpusing jugak carik toilet kat dalam ni. Adalah signboard toilet.. so lelajulah aku jalan. Tapi dia macam pelik sikit, memang aku lalu depan kedai yang wangi ni, then aku tanya "where's the toilet?".."it's inside. You have to pay 1.50 euro and we give you this (tissue je pun tapi dalam plastik cantik)".. terus cakap dengan husband aku..."apa?? nak buang air je nam 1.50 euro.. membazir.. jom carik toilet lain.."  huuwaa tak tahan ni.. nak kena jalan balik patah ke tempat masuk tadi... Siap jalan lelaju.. and sampai balik kat tempat tadi, terus tanya dengan cleaner, terus dia tunjuk toilet kat atas... berlari aku ke atas.. Dalam tu gelap sikitlah.. tapi ada aku kisah, janji lepaskan hajat dulu. Bila nak keluar cuci tangan  baru nak rasa seriau.. bodoh betul.. cecepat keluar semua... pergi kat husband aku and darin.. "bersih?" mestilah... rupanya dia pun nak pegi toilet.. macamlah aku tau toilet lelaki bersih ke tak..




Oh tak boleh lama kat sini. Misi terakhir nak carik Eiffel Tower.. Notre Dame terpaksa dibatalkan sebab takpelah.. abaikan... Keluar dari bangunan tu, still menggelupur jugak nak amik gambar. Dah kata bukan senang nak datang situ, lenkali pun tak tau bila lagikkan. So lepas settle amik gambar sambung lagik kat seberang jalan. Pastu baru terfikir, cemana nak ke Eiffel Tower. Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seseorang yang kita orang tanya. Amik masa dalam 40 minit je jalan kaki. So menapaklah we all ke sana.





Kaki ni memang nak tercabut dah tapi nak jugak carik pengalaman. Katanya tak jauh. Seberang sungai je pun... so yakin jelah.... Sepanjang jalan, memang we all lalu sungai. Sambil tu ada hati jugak nak naik cruise. Sambil jalan amik gambar lagik. Kejap cross sebelah sana, pastu cross sebelah sini pulak. Setiap yang menarik semua nak kena stop. Pastu dah dahaga nak air pulak. lapar pulak amik makanan. Korang rasa cukup ke 40 minit... serius berjanggut rasanya nak sampai.



"Lama lagik ke? kata sekejap je. ni ntah celah mana dah ni?" hahaha.... pastu husband aku tanya, nak naik cab ke.. tapi aku pulak x nak, cam sayang je, sebab view waktu malam tu memang cantik. Siap berangan ni, by the time sampai kat Eiffel Tower nak merasa naik cruise walaupun waktu malam. Segala cahaya aku budget itulah Eiffel Tower, tapi bukan pun. Aku yakin sebab udara sejuk sangat dan kabus tebal, memang susah nak nampak menara tu...



kaki sakit ni bie.. adoi sabar.. sabar.. sikit je lagik ni...

Tuesday, July 10, 2012

Europe Trip - Hard Rock Cafe Paris - La Fayette

We stopped at  Champs Elysees and Arc De Triomphe, then continue our journey to MUST VISIT PLACE which is HARD ROCK CAFE...

Dari Champs Elysees, kami naik train lagi macam biasa. Kali ni memang kena ada tukar train jugak sebab laluan ke Hard Rock Cafe ni berada di laluan yang berlainan dari  Champs Elysees. From Champs Elysees station, Transit at Concorde Station and this train will direct you to Grands Boulevards Station.

Keluar dari Station Grands Boulevards pun belum boleh nampak Hard Rock Cafe. Sebab tu ada orang lagi suka naik bas. So berpandukan map dalam iPad, we all try locate kat mana HRC and just jalan, and see where's our navigation heading to, either towards HRC or not. Nasib baik Navigation menunjukkan arah yang betul and we all teruskan perjalanan. About few hundred metres baru nampak  signboard HRC depan mata and terus rasa lega. Bare in mind, ni tak makan apa pun lagik ni, tapi dah pukul 3 lebih dah rasanya waktu ni.


Dalam HRC we all jumpa visitors from Indonesia. Just borak lebih kurang dengan dia orang and merasalah cakap melayu-indon kat Paris. Nice owner of HRC bila dia offer diri dia untuk snap gambar aku dengan husband aku. Agaknya kesian tengok we all dok snap - snap gambar sendiri je. Thanks for the compliment. Since it a same weather, so tak banyak beza design t-shirt, just ambik mana yang berkenan and yang tak pernah ada dalam stok including colors.



After spent some euros at HRC, now heading to La Fayette. Orang kata kalau dah sampai Paris, tak boleh tak sampai sini. So we all pun masuk jugak and beratur jugak depan LV. Yes memang ramai orang masa ni. But it was so surprises bila Sales Assistants allow us to cut-the-long-queue bila nampak we all dengan stroller and Darin tengah tido. Thanks. Dah lah we all memang mengejar masa. So tengok 1 persatu item. Ada yang we all nak tengok tapi takde dalam stok/limited which is wallet. So tak amiklah sebab macam tak berbaloi. Then husband aku sibuk belek gelang pulak. Aiya... apa hal pulak tengok gelang. Sekali dia suruh SA tu amikkan a few gelang yang available and dia pilih mana dia berkenan, and terus suruh aku pakai.. huwwaa... then aku siap cakap "serius ke ni?" Dia senyum and cakap "takpe, buat kenangan beli kat sini.." ok thanks dear. So settle payment, ingat nak turun bawah nak claim VAT, sekali tengok panjang sangat. Fuh, kat Harrods pun aku siap boleh duduk, kat sini serius panjang, and husband aku cakap "Tak payahlah.." Kesian dia, dapat jugak a few euro bila claim balik ni, tapi memandangkan we all beli bukannya sampai beribu euro, takpelah.


Keluar dari La Fayette, hari dah gelap. Baru pukul 4 lebih. Lalu depan Opera House, gerun semacam pun ada jugaj. STruktur bangunan kat sana semuanya bangunan lama yang dijaga rapi. Kalau tengok dalam drama/filem melayu, sure nampak best and cantikkan. Bila sampai sana, sama je macam kita berdiri sebelah Bangunan Keretapi Tanah Melayu (statement jahat betul)..


Plan nak jalan kaki untuk destinasi seterusnya. Tapi kepenatan kaki adalah berada pada tahap maksima. And waktu malam pun tak berapa hafal jalan. Husband aku pun dah tak ingat cemana nak ke sana. last pegikan 4 tahun sebelumnya. So apa lagik.... "TAXIIII"......

Tuesday, July 3, 2012

Kosong

Tak tahu kenapa skang ni hati rasa kosong. Mood memang hilang ke laut. Apa buat pun serba tak kena. Bosan jangan cakaplah. Kerja aku tak cukup mencabar ke yek? Adoiler.. susah nak cakap. Bila dah mengadap sendiri baru dapat rasakan.

Hhuuhhuuhuu pleaselah. Janganlah mood ke laut ni lama sangat.

Melampau ke kalau lepaa 10 tahun tetiba nak tukar career? Ke dah tak sesuai?


Monday, July 2, 2012

Testing

Testing 123... ok nampak jakun sket tp Takpe.. layankan diri-sendiri... selamat hari senin korang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...