Followers

Monday, September 30, 2013

Cerita Raya Tak Sudah - Part 2

Sambungan dari Cerita Raya Tak Sudah - Part 1

Kenapalah semangat nak update ni lemau sangat.. padahal.. sambil buat kerja opis, sambil buat kerja rumah, sambil drive dah terbayang - bayang dah nak update entry itu dan ini.. tapi selalu nan ado..
Janganlah korang marah ek.. ni aku nak up jugak entry raya tahun lepas.. tahun ni punya tak tahulah bila.. sebab nak jimatkan masa.. ku tepek semua gambar secara collage je..



Kalau dah raya pertama kat kampung halaman aku.. memang mengikut tradisi.. Raya ke-2 memang dah bertolak ke rumah mertua memasing... Pack awal - awal sebab takut nanti tertinggal barang, tapi takde masalah nak patah balik sebab nak balik KL dari Johor memang tempuh nogoghi dulu keennn... Wajah - wajah ceria nak balik ke JB.. Tema tak sengaja.. bbiirruuuuuu... kita orang bertolak lambat jugak ni. Rasanya sempat jugaklah Zohor dulu sebab tak disangka - sangka bertalu - talu tetamu sampai rumah mak. Sebagai anak dan menantu mithali (cheewwaahh.. habislah kena bambu lepas ni dengan adik-beradik).. kami isi banyak - banyak ketupat, rendang, lemang and kuih raya bagai. Potong sesiap mana yang patut and ketepikan.. so nanti mak aku top-up je. Air pun bancuh dalam bekas air besar tu, main picit - picit je. Air gula pun dah siap masak.. nanti top-up je.. cuma pinggan and mangkuk kami tak dapat tolong basuh ye mak ya...

Sampai JB malam tu, kami beraya di area Danga Bay... habislah aku tak tau nama tempat. Ala tempat tu famous tapi dekat - dekat Danga Bay. Siap jumpa Ramli Sarip lagik malam tu.. dia pun raya ke-2 dah lepak kedai makan.

Pagi esoknya bersiap nak ke rumah sanak - saudara.. Kita orangkan golongan yang lambat. Tapi tetap terjah mana yang sempat. Breakfast kat rumah cousin husband aku. We all tido rumah dia.. Masuk tahun ni, rasanya ada 4 atau 5 tahun kot tido rumah dia orang ni. Darin pun memang selalu je rindukan Najwa.. Yang rambut curly - curly sikit bawah tulah Najwa.




Actually we all ke rumah Nenek husband aku.. Rumah Tok Yah. Tapi cemana ntah gambar kat situ boleh lesap pulak. Pelik betul. Lepas jumpa Tok Yah, kita orang bawak Tok Yah pegi rumah Uncle Mus. Alamak kat belah mana pun tak tau. We all di jamu dengan Tom Yam dan telur dadar and sayur. Dia orang memang ramai, kita orang pun ramai. Tapi terima kasih bebanyak sebab sudi jamu kita orang ye.


Kat rumah ni memang we all buat macam rumah sendiri. Ke luar ke dalam bebudak ni main. Lepas tu rumah Uncle Mus ni rumah tepi and ada banyak sangat pokok - pokok bunga. Semua pun pakat nak amik gambar celah pokok - pokok bunga tu.


Kat atas tu family kita orang je bergambar dengan Uncle Mus, tepi sekali belah kiri. Uncle Mus ada anak lelaki kembar yang sampai sekarang aku memang tak cam. Jangankan aku.. husband aku pun selalu je bertukar.

Masa nak keluar tu hujan, kita orang redah jugak sebab dah lama sangat. Destinasi seterusnya ke rumah Auntie Ros. Ok fine, aku memang tak tau tempat. Apatah lagi jalan. Geram jugak dengan husband aku dia siap tanya aku cemana sumer.. Haiya.. tanya sama itu GPSlah....


Tumpang solat sekali kat sini, Auntie Ros jamu kita orang dengan mee hoon goreng and nugget. Hari hujan pulak, memang layan je lepak sambil borak and makan kuih raya sumer. Yang kekanak ni tak payah di tanya. Buat sakit tekak je. Bila lapar, taulah carik mak bapak dia tu. Terima kasih Auntie Ros dengan Mee Hoon yang sedap tu. Dapat pulak air panas petang - petang ni.. memang terbaik. Destinasi seterusnya ke kampung Melayu, rumah Tok Iti pulak. Ni rumah legend husband aku jugak ni sebab masa zaman belajar dulu dia duduk dengan nenek dia ni lah. Paling best, lepas pukul 8pm, pintu pagar dah kena kunci. Nanti kalau dia call nenek dia, nenek dia cakap "Akim tak payah baliklah, Tok Iti dah kunci pintu".. hahaha...  Tak taulah nak gelak atau nak nangis kalau dengar statement ni.



Kalau datang Kampung Melayu, confirm akan carik Mee Rebus dengan Murtabak Singapore. Tapi musim raya ni manalah ada kedai yang dah bukak kan. Confirm seminggu kedai tutup. Tapi kalau ada rezeki, ada je kedai yang dah mula berniaga.


Aktiviti bergambar hebat sikit kat sini. Jarang - jarang dapat kumpul sekali ramai sebab rotation pulang beraya tak sama. Ada yang ada ada ada je tak complete. So this time aku rasa complete.


Last but not least.. tataplah wajah kami sekeluarga pada petang raya ke-3 yang dah berpeluh - peluh dah ni.. macam nak pitam. Hujan panas, hujan panas, fuh jangan cakaplah dia punya bahang. Lepas ni boleh balik , mandi dan rehat puas  - puas.


Tuesday, September 17, 2013

Isu Maid Tak Pernah Habis

Hari ni terasa nak buat entry pasal maid.. padahal dah lebih 4 tahun tak guna perkhidmatan maid...
Sejak ada anak kecik, memang terasa nak pakai maid, risau sangat takut tak boleh handle kerja rumah.. tapi sekarang rasanya ok lagik.. susah - senang hadap je sama - sama.. kalau korang yang memang ada maid sebab nak handle anak, jangan jadikan kita orang sebagai idola pulak.. kekuatan dan keupayaan seseorang tu berbeza.. macam aku ni ofis dekat je dengan rumah. 10-15 minit dah sampai ofis. And we all kerja flexi hour jugak and sometime bila ada masalah kat rumah, we all boleh request kerja dari rumah...

Cakap pasal makan semua, beli je kalau takde masa nak masakkan... macam aku memang balik tengahari, lepas hantar Darin ke nursery adik dia, aku balik rumah masak sambil basuh kain. Then masuk ofis macam biasa. Balik petang panaskan lauk... ya.. akukan kerja Flexi Hour.... Kalau tiba mood aku memang tak nak masak, aku akan call 1 restoran ni dan pesan makanan siap - siap. Elok aku sampai depan kedai, ambil dan terus bayar. Jimat masa.

Sidai and lipat kain memang kerja aku.. tapi husband aku tetap tolong jemur or angkat kain bila ada kat rumah. Dia akan tolong sapu daun - daun depan rumah sambil gossip dengan jiran tetangga yang lepas naik motor depan taman. Dulu dia yang seminggu 3 kali akan bersihkan kandang Milly (Arnab kita orang)...tapi skang arnab tu dah jadi anak angkat jiran kita orang.. so dah kurang 1 kerja dia.

Bila aku selesai masak, dia akan tolong bersihkan dapur.. ya dia akan bersih dan lap dapur masak lebih bersih dari yang aku buat. Setiap pagi aku akan pastikan tempat tidur adalah bersih. maksudnya bukan tinggalkan rumah dengan bantal tak susun, selimut tak lipat, baju kotor atas lantai... Segala baju kotor akan ada dalam bakul dan di bawak turun siap - siap. Walaupun confirm malam nanti tido balik, tapi aku rasa memang tak selesa katil tak kemaskan bila pepagi.

Mop mengemop memang dulu aku buat.. Masa tu belum ada adik Darin. Sejak dah nak ada adik, we all amik upah kakak cleaner bersihkan rumah, dari paling kerap seminggu sekali. Kalau we all panggil bila perlu. Selebihnya aku jaga. Gosok baju?? Aku cuma gosok baju sekolah Darin. Baju kerja dan lain - lain aku hantar dobi. Pemalaskan. Haah, tapi aku lagi tak sanggup tengok baju berlonggok dalam bakul tak berlipat dan ntah hapa - hapa. Setiap hari aku akan pastikan tiada baju tinggi menggunung. Aku lipat dan simpan sebelum tido. Yang nak gosok, aku gantung siap - siap. Yang aku akan gosok aku akan lipat dan letak dalam bakul lain. Bila sampai masa, aku cuma perlu call kakak dobi tu dan dia akan sampai depan rumah ambil dan hantar baju.

Tapi baru - baru ni aku memang ada advertise nak guna perkhidmatan MAID... ada sebab kenapa nak guna, dan nak guna pun tak lama.. dalam 3 bulan je. So aku advertise kat internet. Lepas 2 hari kot.. berduyun - duyun dapat call dan sms nak bagi maid. Ada yang maid dari indonesia sendiri call aku nak kerja jadi pembantu.. (Pandai maid skang dengan teknologi, kang bila amik, nak guna mesin basuh tak pandai pulak).. lepas tu ajen jangan cakaplah.. semua budget RM8500 upah nak amik.. aku nak pakai 3 bulan je pun.. Lepas tu ada jugak orang tempatan nak kerja. Setakat ni dah 2 orang tanya nak kerja. Aku pulak jadi serba - salah. Dan tak lupa jugak ajen dari Indonesia sendiri pun ada call aku. Siap tak payah bayar apa - apa.. Bayar upah transport je sebab aku nak dia kerja pun tak lama. Dan paling best, gaji dia mintak RM500 je..

Tapi tulah.. aku bukanlah terus terima.. ada banyak aku cari, dan banyak je yang menipu. Takutkan. Kalau pasal duit ni rasa sangat ralat kalau kena tipu. Walaupun RM200, tetap duit.

Tapi yang paling best, ejen - ejen ni takde segan silu pun hantar gambar passport, biodata dan medical report kat aku. Hai senangnyalah kerja. Bila aku takut balik macam, macam betul je kan. Tapi zaman sekarang ni bukannya takde orang boleh edit.

Kalau ikut rasa nak je aku publishkan gambar passport tu, mana tau kalau ada dikalangan dia orang tu pernah kerja dengan korang ke atau yang sewaktu dengannya..

Tapi kalau korang rasa nak tengok passport maid tu, meh si ni meh.. aku e-mail sat gi...

Friday, September 6, 2013

Cerita Raya Yang Tak Sudah - Part 1

Salam semua.. dah sampai penghujung Syawal.. seronok layan cerita raya korang. Ketahuilah, aku pun teruja nak update tapi apakan daya cerita raya lepas pun aku tak habis cerita.. sebelum masuk cerita raya tahun dan cerita - cerita yang sewaktu dengannya.. kita layan sekejp gambar raya tahun lepas..


Sekitar 1 Syawal....
Cerita raya yang lepas pasal kisah persiapan raya, kisah bakar lemang dan rendang, termasuk kisah main bunga api, boleh tengok balik kat link yang aku bagi tu..

Pagi raya tu, confirm semua orang kena paksa bangun cepat - cepat, mandi pun cepat - cepat... 1 yang istimewanya beraya kat kampung, anak - anak boleh rasa macam mana mak ayahnya beraya kat kampung masa kami kecik - kecik dulu. Air sejuk sangat, mandi memang confirm laju. Pakai baju cantik - cantik sambil duduk depan TV. Aku kecik lagi so masa tu memang mak dengan kakak aku je kat dapur.

Korang tak tak apa perkara yang patut dibuat di pagi raya selain solat Aidil Fitri, Layan cerita kat TV??? confirmlah makan.. Yeah.. we all makan dulu lepas semua orang balik dari solat. Semua pun lapar, 1 bulan puasa... lawak pagi raya sure cakap "eh termakan pulak".. "eh.. terminum pulak".. "eh.. lupa bangun sahur"..mana - mana pun sure sama.

Tahun lepas mak aku siap order khemah.. sebab Raya ke-3 ada majlis beraya untuk kawan - kawan abang aku. Sayangnya aku dengan kakak aku tak boleh join, sebab raya ke-2 we all dah balik rumah mertua masing - masing.



Ni lah adegan kita orang masa makan.. see.. nampak mak bapak je kan.. anak - anak dah bertempiaran.. baru ada 7 cucu je masa ni.. dia org amik makanan and makan dah merata dah.. takpe.... kalau rumah kampung memang senang nak makan celah mana pun... Makan cepat - cepat, lepas ni nak salam - salam and jalan raya pulak


Sebelum nak masuk salam - salam tu, kenalah amik gambar atuk dan uwan dulu.. oh yeah.. tak perlu sedondon.. asalkan kasih sayang kekal abadi hingga hujung nyawa... amin.....


Dimulakan of course abang aku yang sulung and kakak ipar aku.. percayalah.. bukan senang jadi anak sulung dalam sesebuah keluarga.. terutama sekali anak lelaki.. bukan setakat anak sulung, juga menantu sulung, sebab dua - dua pun anak sulung...


Then turn abang ipar aku and kakak aku pulak... tak taulah dia orang ni banyak gelak ke hapa ni... sengih je manjang...


Now.. turn kita orang pulak.. anak bongsu and menantu bongsu. see.. bie.. kat side I je you merasa jadi anak bongsu kan.. hehehe... Selalunya kalau turn husband aku ni lamalah sangat.. panjang beno ayatnya..



Selain anak sulung, bukan senang jadi cucu sulung.. pun cucu sulung dua - dua belah.. dialah idola.. dialah igauan semua orang.. cheewaahh...


Then anak kedua abang aku...tak banyak cakap.. tapi banyak perangai jugak ni.. hahaha, biasalah, orang bujang..


Then anak kakak aku yang sulung... lama dia seorang diri, side kita orang takde ramai cucu perempuan, sampailah kakak ipar aku dapat anak perempuan.. itu pun gap dekat 7 tahun..


Ni akak kakak aku no dua, yang bongsulah kiranya, memang dah takde dah pun. Cukuplah 2 katanya.. itupun penat nak melayan kerenah dia org.. Al-maklumlah, budak zaman sekarang banyak permintaan.


Ni anak abang aku nombor 3. Sangatlah independence.. buat hal sendiri je.. tak suka nak layan abang - abang dia yang tak berapa betul. Maklumlah, jarak pun kira jauh jugak, and dia selalu kena buli. Tapi awas... baran dia ni boleh tahan tau, nampak je kecik.


 Inilah Intan payung abang and kakak ipar aku... satu - satunya anak dara penyeri dalam keluarga. Bila ada dia, barulah Aida ada gang. Bolehlah buat kawan sikit - sikit.


 And this is my anak dara. Malulah konon tapi garang jugak ni. Sabar jelah.. lepas tu sibuk nak manja dengan semua orang sebab both sides, consider dia yang paling bongsu... now.. no more bebeh..




Ni aksi - aksi spontan.. yang kita jarang dapat lihat... moment ni susah nak dapat. Tahun depan, 2 tahun lagi pun belum tentu dapatkan.. Settle majlis rasmi ni.. abang and kakak ipar aku balik rumah mertua dia pulak.. memang macam tu sebab dekat - dekat je. Malam nanti sure datang main bunga api pulak. We all selalu duduk rumah je sebab belum pun sempat letak punggung.. dah bertalu - talu yang datang.




Malam pulak macam biasa, perkara wajib layan bunga api.. berbakul - bakul bawak bunga api untuk bagi budak - budak ni senyap.


 Seronokkan kalau beraya.. Alhamdulillah.. harapnya yang happy - happy je untuk masa akan datang jugak... before that.. tataplah wajah yours truly dengan my dear hubby beraya pulak.. siap berdialog "aik, lupa ke nak salam orang".. ehhee "sorry, lupa"..hahahhaa





Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin




Friday, August 2, 2013

Mood Raya Dah Datang Ke?

Tinggal lagi berapa hari je nak samabut Syawal.. macam mana persiapan korang... Aku ingatkan kali ni macam ke laut sikit persiapan,  tapi Alhamdulillah.. well-managed jugak ek walaupun dah ada anak kecik tanpa bibik di sisi.

Persiapan untuk anak dara 2 orang tu kira 90% memang dah siap dah. Baju kurung untuk kakak dah beli. Tahun ni Darin dapat 2 pasang.. siap dengan tudung ala Fareeda lagik... yelah, dia pun dah besar. Tahun ni pulak dia dah start puasa penuh. Takat hari ni 6 hari dia tak puasa. 2 hari sebab tak tahan, masa jerebu datang sesekejap tu. Lagik 4 hari masa dia kena batuk selsema. Dia nak puasa tapi we all tak bagi. Yelah, lepas buka bukannya dia minum air banyak pun, cemana nak recover cepat. Baju kurung adiknya pulak, pakai je baju kakak Darin dulu. See, penjimatan di situ. confirm tak pakai lama baju kurung tu, takat amik gambar, lepas tu tukar je baju lain.

Kaler baju kita orang takde dalam list ni.. huhuhu

Last week pulak all out carik baju budak - budak and kasut sekali. So far puas hatilah dengan tangkapan yang di buat. Dapat je, terus rembat and bayar. Kasut pun dapat carik jugak walaupun pening nak memenuhi selera Darin.

Bukan kasut Darin tapi lebih kuranglah

Cakap pasal kuih raya, macam biasalah, konon tak nak banyak, Tapi nafsu tu memang macam tu. Memula tempah kat kawan kakak aku 2 jenis. Ok cukuplah. Then dengan jiran sebelah rumah 2 jenis. Ok cukuplah tu 4. Sekali budak lama yang aku tempah kuih raya dulu message nak kuih tak? Dah aku terorder lagik 2 jenis. Pastu masuk FB kawan aku, alamak, apsal macam sodap je kuih ni. Tertempah lagik 2.. tak ke 8 jadiknya tu. Habislah. Tu siap order kek lapis masam - manis dengan cousin husband aku lagik 2 biji jugak. Sebab nak balik balik kampung ken..... kiralah berapa habis.. mahu dapat berhelai - helai baju raya jugak jadinya. Tutup mata jelah bayar.

Tak sempat nak terjah kedai carik kuih, tapi zaman skang ni, sebut je nak kuih apa, sampailah depan matakan...

Duit raya pun dah tukar siap - siap. Last year punya pun ada lagik, so top-up mana yang ada jelah. Sib baik husband aku bank keliling opis. Jalan kaki jelahkan. Lepas ni proses nak masukkan duit raya. Tapi ini memang selalu last sekali. Kenkadang time nak hulur, tima tu baru nak isi. ish..ish.. takpelahkan.

Hijau dengan Merah je... biru???

Tahun ni kami balik Johor Bahru dulu.. Then baru balik Kuala Pilah. Ni nak kena buat check list untuk baju apa pulak nak bawak balik,  barang - barang and etc. Tak taulah boleh meminimakan bag atau tak. SInce dah ada baby kecik, confirm baju dia yang kena lagi banyak. Darin pun sama jugak. Walaupun dah besar, tau - tau je baju dah comot. Rasanya baju adik lagik taklah secomot dia..huhuh..

Oh.. apsal tak tayang baju sendiri ek? haha.. dah nampakkan adik pakai baju kakak, so tema adalah berulang and ada ulang tayang pakai baju dulu je.. kaler apa? korang tunggu jelah nanti. Biasa - biasa je. yang penting korang happy ok...

Selamat berpuasa.. Selamat berbuka dan Salam Aidilfitri....


Tuesday, July 23, 2013

Saya dah 3 bulan

Salam aunties and uncles.. hari ni saya dah 3 bulan. Semalam saya ada selsema sikit, hachum..hachum pagi - pagi.. and batuk pun ada sikit (opss speaking pulak). Saya suspek jerebu kot..huhuhu.. oh.. jiran kiri dan kanan saya pun tengah sibuk buat construction ni.. jadi tak boleh nak duduk rumah selalu. Mummy kena bersihkan rumah selalu. Tak sangatlah, mummy panggil kakak cleaner hujung minggu bersihkan rumah (opss.. sorry mummy, kantoi pulak).. Pagi - pagi saya memang kena duduk nursery, mummy work, daddy work.. nanti tengahari bila kakak balik dari school baru dapat cium bau kakak "sniff..sniff".. tapi skang kan bulan puasa, so daddy ambil saya awal. Pukul 5 daddy dah balik. Mummy lambat sikit walaupun office mummy dekat.

Muka tak setuju bila dah sampai nursery

Eh nak cerita pasal kakak saya. Tahun depan dia dah darjah 1.. huhuhu saya sorang - sorang kat nursery nanti.sedihnya.. tapi takpe, saya kena strong sebab saya baby QQ.. Kakak saya dapat offer masuk SRAI19 dengan SKS9.. wah.. belum apa - apa dah dapat offer macam masuk asrama/universiti pulak.. keleesss ler tuu.. tapi tak tau lagik nak masuk mana. mummy dengan daddy tengah pening. Dua - dua sekolah pun bagus. 2 -2 sekolah pun jadi rebutan semua orang. Nak masuk 2-2 sekolah ni ada exam tau. Kalau result bagus je baru boleh masuk sekolah ni. Tapi rezeki kakak saya tu dapat 2-2.

Banyak sangat orang cerita sekolah ini ok, sekolah itu ok, sekolah ini masalah camni, sekolah itu masalah lain. Kesian jugak dengan mummy dan daddy. Ada lagi 2 hari je untuk mummy dan daddy buat keputusan. Sebelun 25 Julai ni, kalau daddy tak daftarkan kakak masuk SRAI 19, automatik kakak akan sekolah kat Seksyen 9 (woohoo.. tutti fruttilah tu)..hhmm kan bagus kalau saya boleh tolong mummy and daddy buat keputusan.

Semalam daddy cakap Penolong Kanan sekolah SRAI19 call daddy, dia tanya, kaak Darin nak masuk sekolah tu tak? Jadi ke tak nak daftar. Berminat tak nak masuk sini sebab kami nak tahu sangat ni? Apa ke hot sangat kakak aku ni? Pelik pulak daddy. Tak ke makin pening kepala daddy saya. Dahlah 2 hari lepas daddy saya diserang sakit kepala, saya pulak tak nak tido malam masa tu sebab jeles mummy keluar shopping dengan kakak kat Plaza Alam Central.. ni pening lain pulak yang datang. Oh.. saya tak tau pening tu apa, tapi sebab dengar orang cakap, so saya follow je.

Kita tunggulah mummy dengan daddy cakap apa nanti. Saya ok jer.. "choott..choottt" (efek minum susu)..

Oklah aunties and uncles semua. Jangan lupa ye, puasa belum sampai hujung lagi. Jangan up gambar makanan banyak - banyak nanti orang kata "mental ke hapa budak ni". Setakat hari ni kakak saya 2 hari tak puasa. Yang lain semua penuh. Kakak tak tahan godaan bau makanan. huh.. Tapi kakak saya dah kurus sikitlah.. seluar jeans tahun lepas tak ketat dah.. mummy pulak?? hhmm no komen. Tak boleh komen banyak - banyak, nanti mummy tak nak buat susu saya.. "choott..chot..." (sambung minum susu lagi)..

Ok.. saya nak rehat dulu. Penat rupanya menaip ni..nanti ada masa saya mengomel lagik kat sini...
babaiiii

Dari bucuk macam
Baby QQ

Thursday, July 18, 2013

Second Step Education for Kids - Part 1

Dulu dah pernah cerita Education for Kids.. Masa nak tetapkan sekolah tadika Darin. Baru survey 3 sekolah rasa dah pening. Walaupun banyak sangat yang disenaraikan, tapi kena senarai pendekkan untuk kita senang buat keputusan. Now her 2nd step.. which is primary school.

Ada banyak sekolah rendah kat area Shah Alam yang kami boleh hantar. Alhamdulillah lokasi rumah masih lagi strategik, sama ada nak masuk kawasan Shah Alam terus atau kawasan Bukit Rimau/Kemuning. Tapi kawasan Bukit Rimau dan Kemuning we all keluarkan dalam list awal - awal sebab tak satu jalan nak ke tempat kerja. Risaukan jugak pasal transport. Tapi sebenarnya kawasan rumah kita orang memang ada masalah transport dari awal. Tapi sekarang dah ok sikit, ada transport direct ke Sekilah Bukit Rimau, Seksyen 24, Seksyen 19 dan Seksyen 18, itupun sebab dah ada nursery bukak kat kawasan rumah kita orang.

Beralih pada Darin, pada awalnya, memang aku dah daftarkan Darin kat Sekolah Kebangsaan Seksyen 9. Katanya Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengar nama pun dah bagi harapan tinggi untuk anak kita dapat masuk and belajar kat sana. Siap jumpa Guru Besar, Puan Normah nak tanya chances untuk Darin dapat masuk. Ada lebih 200 yang mendaftar tapi hanya 180 sahaja yang akan di ambil. Bergantung kepada lokasi dan keputusan peperiksaan. Pada awal memang excited nak suruh Darin masuk sini sebab bila masuk sekolah ni pun dah rasa best. Tapi risau tetap ada, in case kalau Darin tak dapat masuk situ, dia akan tempatkan Darin ke sekolah yang berhampiran dengan rumah. So mungkin Seksyen 19, Seksyen 24 atau Bukit Rimau kot.

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam

Dalam bulan 4 lepas, ada jiran we all suggest masukkan dekat SRAI Seksyen 19. Bezanya dengan Sekolah Kebangsaan, SRAI dia ada silibus Sekolah Kebangsaan dan sekolah aliran agama. Means Darin dapat 2 in 1. Pun Sekolah ni ada exam jugak and majoriti cakap soalan SRAI sangat susah. We all just daftarkan je, and tunggu je keputusan nanti.

Ibu-bapa yang setia tunggu anak - anak habis exam. 
Kalau 500++ students, boleh bayangkan tak kereta bersusun kat Taman perumahan Seksyen 19 tu macam mana

So tibalah hari exam, kebetulan dua - dua sekolah buat exam pada hari yang sama. Sakit tak hati. Ok takpe, sabar dulu, so husband aku try call sekolah Seksyen 9, and tanya boleh tak dapat exam lambat sikit sebab ada hal. Dia kata tak bole, kena ikut waktu yang dah ditetapkan. So memang we all kena decide salah satu jelah. So pada hari kejadian, husband aku bawak Darin pegi exam kat SRAI je, tapi aku ni nak jugak dia masuk SKS9 tu. So aku tunggu kat rumah jelah. Exam start dari pukul 8 kalau tak silap, sampai pukul 12 macam tu. Tunggu punya tunggu, they all sampai rumah around 1pm++ jugak.

"Darin pegi exam dua - dua sekolah. Wife Syahnaz call SKS9 dia kata boleh je pegi lambat. So kita org pegilah sama - sama". Means, adalah 3-4 org budak Alam Impian yang pegi exam lambat kat SKS9 lepas exam kat SRAI habis.

Darin amik exam kat bilik guru SKS9, Shah Alam

"Darin exam kat bilik guru dengan bebudak ni. Orang pegi kantin sebab budget sure lama macam SRAI tadi, 1 jam ++. Baru nak duduk sekali cikgu dia dah hantar Darin. Dia kata Darin dah habis exam + oral sekali. Aik?? 20 minit je? Betul ke dia jawab semua soalan cikgu?"
Bapak dah mula pelik, ke anak dia dah bosan mengadap kertas exam, so buat suka - suka hati je? Tapi Darin cakap "Senang je... Pastu teacher suruh baca Bahasa Melayu dengan English". Ok tunggu lagik 1 bulan.

Tengah khusyuk cerita dengan daddy pasal exam dia senang sikit compared to SRAI

Awal bulan 7, we all dapat surat dari SKS9. Memang ayat dia kita org tak faham, sebab dia tak cakap "anak anda berjaya untuk didaftarkan ke SKS9 or what ever". So husband aku call SKS9. Boleh dia cakap "Oh.. dah dapat surat, dah dapat masuklah tu, tahniah yek". Aik macam tu je ke? Takpelah, tunggu je dia update kat website selepas 16 Julai nanti.

8 Julai pulak result SRAI keluar. Aku budget susah kot darin nak dapat, daripada 500++ budak, dia nak amik dalam 200++ je... berapa ramai tu. Dikuatkan lagi dengan ayat penyata Darin dulu "exam SRAI susahlah mummy, saya banyak tak jawab soalan jawi dengan Arab". Dekat Al-Ikhlas memang Darin belajar Arab dan Jawi tapi yelah, dia pun confuse jugak nak tulis, huruf ba, nun dan sebagainya. Kita faham.  So bukak jugaklah website SRAI.. sekali tengok Darin berjaya dapat sekolah tu. Macam tak percaya pun ada jugak. Ada 6 kelas untuk budak Tahun 1, and we all kena daftarkan Darin sebelum 25 Julai.

Result untuk SRAI Negeri Selangor 2014

Aku nak tunggu jugak keputusan SKS9 dari website MOE tu, so pada 16 Julai tu masuk website, nampaklah nama Darin berjaya ditempatkan jugak... Kesimpulannya, dedua sekolah pun dia dapat. Tapi persoalannya... Nak masuk yang mana satu ek???


  Result from website MOE untuk pendaftaran Sekolah Kebangsaan

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi.. Kali ni rasa sedikit seronok sebab dah ada pertambahan dalam ahli keluarga.. sedikit mencabar specially time berbuka atau time bersahur si kecik nak susu atau mengantuk nak tidur... So far pagi tadi sahur.. dia tidur lena..

Malam tadi first time Darin tidur sendiri. Tak snap pulak gambar dia tidur. Tak cakap banyak pun.. Tetiba dia rasa enjoy nak tidur bilik sendiri kot. Cuma dia cakap "Kat dinding takde gambar kartun pun?" hahaha macam nurserylah pulak kalau ada kartun. Wall paper kaler pink gambar dinasor tu dia cakap "macam bilik baby".. ok dia dah big girl. Kalau dia nak something new.. In Sha Allah... kalau ada rezeki nanti adalah.


Bangun sahur pun ok. daddy dia kejutkan bangun, boleh je bangun. Makan nasi dengan minum air susu Nespray. Kita tengok dia dapat tak bertahan sampai petang. Buka puasa lambat kan? At least dia nak cuba and patut galakkan je...

Semalam baru dapat barang yang diorder untuk sikecik. Memula nak beli kat kedai, sekali ada orang jual dengan harga yang murah, cuma lambat sikit dapat sebab tiap kali bebudak GDex tu nak datang office, aku takde office atau dia call tak dapat. Petang semalam ada sedikit merayu bila dia terpaksa keluar dari office lepas dia call aku tak dapat. Sekali dalam pukul 6.02pm dia call cakap nak hantar barang. Takpe aku sanggup tunggu. Tengok je muka bebudak GDex tu, sejuk hati aku... agaknya dia dah kesian sangat kat aku kot. haha..


So balik tu daddy bertungkus - lumus jugak memasang. Sebab nak rushing mandi, makan, solat and nak pergi Tarawikh. Bestkan bila sikecik tidur lena dari pukul 7.30pm.. aku boleh uruskan Darin, basuh baju sidai kain and lipat kain. Kemaskan baju dia orang semua. And kakak pulak dapat tidur guling - guling atas katil sendiri... Baik anak  - anak mummy.


So you alls.. apa juadah hari ni? Hmm tak fikir lagi, masak apa yang ada dalam peti ais. Semoga ibadah puasa kita tahun ni diberkati olehnya...

Monday, July 1, 2013

keQASEHku ke Nursery

Hari ni officially Qseh pergi nursery..
sebak?? tak pun, bersemangat sejak malam tadi
siapkan barang dia, and siap suruh daddy dia angkat bantal, tilam, botol susu, botol and segala kelengkapannya.. tetiba nak isi baju, takde beg.. boleh??
letak dalam bag TRU je.. huwwaa.. takpelah Qaseh.. yang penting semua ada eh..

Harapnya anak mummy ok hari ni.. tapi maybe half day je.. saja nak test dia.. nanti petang Tok Ma dia nak jaga dia pulak... esok In Sha Allah full day dengan kakaknya sekali..

Darin pun dah excited nak day care pulak.. hhmm bosankan duduk rumah sorang - sorang takde kawan...

Harap semuanya ok...

Anak mummy yang suka tengok pokok dan langit

Wednesday, June 5, 2013

Dah habis pun

Selamat sudah 44 hari berpantang. Macam tak percaya ke dah nak kena masuk office balik. Baru je plan nak amik cuti tanpa gaji, sekali check dengab HR... dia tak bagi. Company tak amalkan policy unpaid leave... specially for holiday... macamlah aku nak amik unpaid leave pegi holiday. Dah dia cakap macam tu, malaslah nak meneruskan niat...
So pantang kali ni ada sikit lain. Since aku kan caeser... so awal - awal tu memang takde bengkung and urut semua. Cuma jaga makan je sebab jahitan belah dalam. Alhamdulillah since doc cakap jahitan memang dah ok, sebab pakai gam macam tu. Dia bekalkan macam wipes beralcohol, dia suruh sapu tiap kali lepas mandi. Aku siap keringkan dengan hair dryer. Memula memang mintak org lain sapukan wipes tu kat perut sebab tak nampak. Masuk minggu ketiga baru aku buat sendiri...
Untuk 3 hari berturut, mak aku rebuskan ikan haruan dengan akar kayu yang dibeli di kedai ubat cina. Pagi dan petang untuk cepatkan luka baik. Aku memang tak makan jeli gamat atau pati haruan. Dah 2 org cakap kat aku jangan makan even Dr Hamid Arshad pun dah pesan macam tu. Selain dari tu, mak aku masakkan ikan haruan, untuk 2 minggu je. Makan banyak pun tak boleh katanya. Aku takde masalah nak makan ikan so aku rasa ok je. Thanks untuk suami aku yang beetungkus-lumus carikkan ikan haruan and my mom n my in law yang masakkan ikan haruan untuk aku.
Selain tu aku makan buah limau banyak. Untuk elakkan sembelit dan bagua untuk sembuhkan luka. Sayur pulak aku makan semua kecuaki sayur yang sejuk-sejuk. Ayam, makanan laut and ikan berbisa memang aku tak makan termasuk telur.
This time ada sikit longgar bab pantang dari mak aku. Aku rasa dia dah mula memahami. Even pada hari ke-7 dia selamba je suruh aku makan goreng pisang...
Bab urut kali ni aku guna khidmat kak nurul dari Puchong. 2 org kawan aku recommendkan dia. Memula takut jugak kalau tak dapat urut dengan kak Nurul, tapi dah rezeki dapat jugak. Dia start datang rumah aaku sehari selepas pilihanraya. Means lepas 2 minggu. Hari pertama dia datang dia just tungku, urut and pakaikan bengkung sbb aku dah mandi sebelum dia datang. So tak dapat buat tangas. Esoknya baru buat tangas, mandi herba, tungku, urut and bengkung. Aku guna khidmat dia untuk 5 hari. Kalai ada budget lebih, memang berbaloi amik dia lama sikit. Memang best sangat.
Selain dari tu sapu minyaj kat kepala and kaki supaya tak masuk angin. Set tanamera yang aku beli tu aku banyak pakai separuh je. Pilis aku cuma pakai 2 hari. Teh herbal tu ada lagi untuk beberapa paket. Tapel untuk pakai kat perut ada dalam 4 peket lagi kot. Scrub tu ada lagi 1. Massage oil dia memang aku guna. And yang lelain tu aku pakai sikit-sikit je. Stokin pakai sampai hari 40 je. See.. cengkelat sangatkan. Seminggu lepas bersalin pegi hospital. Sebelum tu pun dah ada pegi hospital sebab baby demam sikit. Hari ke 27 pun pegi hospital sebab baby batuk. Hari ke 39 dah sibuk beli barang rumah kat big aeon. Hari ke 40 dah sampai Empire. Harapnya takde apalah nanti.
Oklah nak stop dulu. So next time update lagi and harapnya ada gambar baru. Harap baby baik-baiklah hendaknya lepas ji.

Friday, May 24, 2013

Adakah Mummy Tewas Dan Pasrah.... Qaseh

Bayi baru lahir memang tak tau apa-apa.... kita yang akan mencorakkannya...
Aku ada mentioned pasal kisah menyayat hati entry lepaskan? Inilah kisahnya....
Sejak pregnant... aku selalu visit semua blog untuk dapatkan info pasal penjagaan bayi, berpantang sendiri and breastfeeding concept. Tambah pulak kali ni ramai sangat kengkawan seangkatan yang pregnant. Seronok kongsi info. Mana kengkawan aku yang dah berjaya bf kan baby, semua bagi moral support. Ada yang nak bagi aku pinjamkan dulu breast pump, ada yang bagi storage milk kat aku and banyak lagi. Masa tu aku rasa tak sabar sungguh nak tunggu baby keluar and bf kan dia.

Hari pertama kelahiran Qaseh, nurse tolong pegangkan Qaseh untuk aku bf dia. Dia tido masa tu so kena kejutkan dia. Perasaan masa tu memang best sgt. Tapi taukan kisah aku dapat bilik 2 bedded yang tak boleh ditemani oleh sesiapa. Baby Qaseh terpaksa aku relakan duduk kat nursery sebab takde sapa nak tolong angkatkan dia and letak pada aku untuk bf. Takkan asyik nak tekan loceng je. Pada siang hari baru Qaseh akan ada dengan aku. Itu pun aku mintak nurse siap-siap tegakkan katil supaya aku boleh angkat dia.
Dengan info and ilmu yang aku ada, aku set dalam kepala yang susu ada cuma tak banyak. Tapi memanh cukup untuk perut baby yang sebesar kacang. Walaupun pada hari kedua Qaseh lihat dunia, ada je yang nak cakap susu aku takde, bagi je fm. Sedih ok. Tapi aku berkeras jugak nak bagi bf.

Hari ketiga kami balik rumah. Malam tu mulalaj Qaseh nangis..Taknak tido. Dah bagi susu pun still meragam. Tak tau kenapa. Satu rumah pujuk dia..Tapi bila nak pagi baru ok sikit. Hari  keempat, tiba-tiba badan Qaseh aku rasa panas. Aku check suhu dia dah 38. Terus pergi hospital. Bila sampai sana,  suhu turun jadi 37.7. We all amik keputusan yang nak monitor sendiri kat rumah since doc cakap condition baby ok. Doc siap pesan, kerapkan bagi susu sebab susu ibu is the best. Rasa semangat je aku. Malam tu kita org perasan yang wee wee Qaseh macam ada darah. Aku terus google and confirm it's not blood tapi kristal. Korang boleh search info ni or dapatkan pandangan doktor. Kristal tu berterusan sehingga hari ke-enam. Tapi bukanlah tiap kali wee wee, sesekali je. Kisah Qaseh nangis tengah malam tu still berterusan jugak, and kami tetap kena bersabar.

Hari ke-enam adalah hari yang aku sangat pasrah. Hari yang Qaseh terima ramai sangat kunjungan. Syukur. Even kakak cleaner yang datang cuci rumah kita orang siap bawak hadiah untuk Qaseh. Petang tu ada SIL and neighbour aku datang. Masa tu pun Qaseh siap mengamuk masa aku df kan dia. Then jiran aku suggest pam. Kebetulan aku baru je cuci botol and breast pump. Since dah dia orang ada, so nak trylah. Memula macam tak function, tapi bila check balik baru function. Aku tunggu je and masa tu baru aku tau yang susu aku tak banyak. Bayangkan pam sebelah dekat 15 minit nak dapat 1 sudu teh pun susah. Aku memang menangis tak tau malu dah masa tu. Sapa yang tak sedih kalau apa yang kita harap tak jadi nyata. Aku terpaksa redha bagi jugak Qaseh fm yang hospital bagi. Berderai air mata aku bila tengok Qaseh tido nyenyak lepas minum fm. Malam berikutnya sehingga Qaseh cecah umur 8 hari dia tido lena jugak. Dan hari ke-8 tu dia dah start balik poo poo since hari ke -4 tu kira hari last dia poo poo.

Aku tetap teruskan mengepam. Aku guna teknik double pumping. Pernah sekali aku dapat lebih 1oz. Selainnya aku rasa dalam 10ml je kot. Aku kumpul semua. Dah kumpul dekat 6 botol pun susah nak dapat sampai 2oz. Tapi aku tetap suakan pada Qaseh. Tak kiralah berapa titis pun yang masuk ke dalam perutnya.
Apa yang aku tak cuba buat untuk tambahkan susu?  Rasanya banyak aku cuba. Aku minum susu. Makan sumber protein macam kekacang. Longan kering dengan kurma merah air dia aku rebus dan minum. Makan pegaga. Makan peria. Makan jantung pisang. Aku minum air rendaman halba. Makan lobak putih. Aku cuba petua dari tukang urut aku, susu HL + kismis kuning + madu + halba dan di blend. Mungkin aku belum cuba Shaklee, Fenugreek, pil ASI and etc. Setiap kali mengepam aku tuam denga  tuala panas. Baca Doa surah Al-Baqarah ayat 60. Zikir Ya Matin bila terluang. Tapi aku rasa macam tak berhasil. Dalam beberapa minggu lepas, aku jumpa blogger yang masalahnya sama dengan aku. Dan dia akhirnya pasrah terpaksa redha bagi anak dia fm sebab segala usaha dia tak memdatangkan hasil. Mungkin aku dan ibu tu antara 1-2% yang tak berjaya menyusukan bayi secara bf.

Tapi aku jadi serba tak kena hari ni. Balik dari jumpa paed Qaseh, Datuk Dr Zul kat KPJ Selangor, dia suruh aku bfkan Qaseh. There's no such thing tak cukup susu for baby. Dia nak akj fully bf Qaseh and nak tengok berat Qaseh on next appoiment. Tadi pun aku siap jumpa insan yang tak dikenali. Dia pun pujuk aku untuk bf Qaseh. Kesian katanya. Dia pun 8 hari lepas bersalin takde susu tapi tetap paksa jugak. So aku cuba jugak. Tapi aku tau yang Qaseh dah sedap minum susu dari botol sebab air dia  laju. Aku ingat apa yang kakak urut aku cakap "susu adik ada cuma tak memancut je. Takpe, cubalah mana yang boleh dan serasi"...

Bila dengar ayat org lain yang succeaa bf baby, terasa sangat aku ni macam ibu yang gagal....
"Oh... saya mmg bfkan anak saya sampai 2 tahun lebih"...
"hmmm saya tak tau sangat pasal fm ni sebab saya susukan anak saya sampai 1 tahun lebih"

ok fine. korang berjaya and nak cakap aku gagal lah ni. Sedih ok. Aku seboleh-boleh tak nak stress.  Kawan aku siap suggest pergi shopping and releasekan tension, baru boleh produce susu dengan banyak.
Dulu siap ada insan buat statement, "anak yang menyusu denga  susu formula anak lembu". Sakitnya hati. So nak kategorikan anak aku ni anak lembu. Orang yang tak mengalami masalah ni bolehlah cakap. Hanya orang yang berdepan dengan masalah ni je yang tau...

Kalau ini suratannya... mungkin aku terpaksa akur dengan suratannya.. Maafkan mummy Qaseh... Mummy tewas dan pasrah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...