Followers

Monday, December 26, 2011

IKLAN:Katil Batman... Berkenan???

/* Sticky Note.. Entry baru, sila scroll ke bawah /*

Salam 1 Malaysia..

memang ini entry untuk semua orang pun, yang sebelum ni pun untuk semua orang, yang akan datang lagiklah pulak...

Semenjak beli CD - CD Batman 2 tahun lepas, Darin asyiklah mengingaukan barang Batman, padahal dia pompuan kan, penat dekatkan dia dengan Minney Mouse, pilih Mickey jugak, dekatkan dengan Jessie, Si Woody tu jugak yang di beli, tunjukkan Teddy Bear banyak bulu, takde herannya der... ape cer skang ni?? dan inilah hasilnya... katil Batman.. dah dekat 1 tahun beli, tapi tak pernah sekali pun Darin tido situ pada waktu malam, siang pun cuma sekejap - sekejap dan boleh kira dengan jari. Dari asalnya katil tu mengadap tingkap, sampailah kita orang pusingkan katil tu mengadap dinding... hhmm konon nak buat bilik idaman, tapi nan hado.. background wallpaper dah elok warna pink, tapi gambar dinasour, letak lampu munge beli kat Ikea sebab nak bagi nampak bilik budak gegirl, tapi katil Batman jugak yang ko  pilih..

memandangkan Darin takde harapan nak tido atas tu buat masa 2 tahun ni.. huh, kita orang nak let go katil ni.. korang boleh tengok gambar katil tu macam kat bawah ni.

Harga Asal: RM799 (Tanpa Tilam)
Tahun beli: Pertengahan 2010
Harga Jual: RM500 (Nego)

Tapi korang kena fikir sendirilah cemana nak datang amik. Saiz katil ni adalah sama dengan katil bujang biasa. Lapik bawah dia pun sangat tahan.. don't worry. Kepanjang katil ni adalah lebih panjang dari katil saiz biasa sebab bahagian kepala ada lebihan kayu, yang we all letak anak - anak patung tu, dan hujungnya pun ada muncung panjang sikit.. Aerodinamik katanya.

 Pandangan dari sisi kanan
 Pandangan dari hadapan

 Bahagian kepala katil

 Pandangan dari sisi kiri

Korang boleh je tinggalkan komen kat sini kalau nak tau lanjut, atau pun boleh je e-mail aku kat muzliani@gmail.com. nanti kita diskas - diskas lah harga ni sampai boleh jual. Tolong sebarkan kat sesapa nak beli katil batman ni. Confirm sehingga anak masuk Form 1 pun boleh tido lagik atas katil ni.

4 welcoming comments:

mekchu said...

aduhh darin... batman ko ye... hehehehe... nanti aku usulkan kpd menteri kewangan aku ok.. :)

mikamusz said...

ok sue... harga boleh runding lagik

matjawa said...

4 ratus dh lah ...... kita angkat

matjawa said...

alamak 2011 ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...