Followers

Tuesday, June 2, 2009

Aktiviti sehari di Kampung Parit - labour day

Awal May.. we all balik kampung.. semua berwajah baru...
My hubby tolong pasangkan langsir... rumah kampung ni memang banyak tingkap, so pasang mana yang dah siap dulu... ada lagik ke langsir mak nak jait.. aku pun x sure...


dekat luar lain pulak cerita.. bila kak Aida dengan abang Aidid datang.. panjanglah langkah dia.. dapat pulak pegang kamera abis semua dia snap..




banyak pokok kelapa yang rendah.. itu semua apak aku yang tanam.. yang tinggi tu rasanya arwah atuk aku yang tanam... Aidid sibuk nak angkat buah kelapa and darin pun sama jugak nak follow..






my mom, my sis and bibik tengok sibuk nak goreng mee kat dapur untuk minum petang pulak.. yang aku duduk luar, sungguh cengkelat kan...


dah lama kat dapur.. bibik sibuk pulak nak amik kelapa muda.. abang ipar aku tolong kaitkan... bersama - samalah dia org amik buah kelapa muda.. sekali - sekala dapat minum memang sedapkan.. tapi x boleh selalu sebab boleh sakit urat..





apak pulak tengah berusaha nak hidupkan mesin rumput.. husband aku tolong sekali.. yang tu bolehlah dia tengok sesikit... tapi yang mesin tetap apak jugak.. yelah apak taukan cemana nak buat.. itu memang keje dia pun dari dulu...




tetiba ada pulak tauke jual aiskrim.. tak panggil pun dia singgah.. dia tau... kalau singgah mesti kita akan beli jugakkan.. hari panas terikkan.. sekejap je aiskrim tu dah nak carik.. tengok ajelah Darin makan, x boleh nak share langsung.. tapi bila abang Aidid mintak sket boleh pulak..


seronoklah budak - budak bila kat kampung.. dan yang paling seronok, korang buanglah sampah sepah - sepah kat luar pun wan korang tak bising... bestkan...he..he..he..





we all balik lepas Maghrib... aku balik dulu and aidid ikut sekali.. pastu kakak aku ikut and bibik ikut kakak aku.. sib baik bibik tak balik dengan mak.. rupanya abg aku baru sampai dari KL.. so lepaklah dulu dia org.. yang kesiannya, makanan semua aku dah bawak balik... minum air je dengan makan keropok.... takpelah.. pasni jangan lupa projek BBQ...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...