Followers

Monday, June 22, 2009

Majlis Akad Nikah Fadzri@Aie & Diana - Part 1

Fadzrie @ Aie kawan my hubby masa duduk bentong dulu.. mengikut cerita hubby, Aie adalah antara kawan terbaik dia, and Aie merupakan anak tunggal lelaki dalam family dia cuma bukan anak last... kalau dulu apa - apa hal mesti dengan Aie, tapi dalam masa yang sama, my hubby still ada kawan yang lain macam Amin, Zalimi, Farid, err.. sapa lagik yek.. ramai jugaklah... dulu my hubby pernah menyewa serumah dengan Aie sementara we all nak kahwin.. dulu sesama pakai motor RXZ (tul ke bie? ke TZM), pastu dah keje sesama beli motor scooter.. and now sesama plak beli keta MyVi kaler hitam.. sehati sejiwalah konon.. and they all sama - sama lahir dalam bulan 2... ok stop dululah..


Darin berposing dengan kerusi

actually majlis akad nikah ni bulan 5 lepas.. hhmm 16/5/2009... Pagi tu hubby ada urusan dekat Puchong rasanya... ada hal sket dengan kawan dia.. menjelang tengahari dia sampai rumah, lepas Zohor we all siap - siap nak bergerak kat rumah makcik Aie kat Subang Jaya.. saya memang tak arif pasal Subang Jaya, so mana dia bawak pun.. confirm saya tak tau...


Yang ni Darin yang snap sendiri

dalam pukul 2.00ptg we all sampai sana, time tu family Aie dah rumah jugak.. pengantin masih lagik bersiap kat atas.. tak turun - turun.. hish, segan plak nak naik atas, so duduk bawah jelah.. kat bawah pulak dah siap susun hantaran bertemakan warna biru gitu.. warna idaman my hubby masa nak kahwin, tapi tukar kaler coz yours truly nak kaler oren.. bley paksa - paksa gitu...


Ni pun Darin sempat snap jugak

Kat bawah we all tak kenal sapa - sapa sangat just Mak Aie, kakak - kakak dia je.. and yang lain tu confirmlah family dia.. but they all peramah ok.. walaupun rumah dia org the vavavoom.. ha..ha.. ya.. semua benda Darin nak usik.. aku naik cuak plak, kang ada pulak yang kitaorang kena ganti...

Dalam pukul 2.45ptg baru pengantin turun.. oh ya... Ayah Aie telah kembali ke Rahmatullah.. Alhamdulillah dia ada pakcik - pakcik and abang ipar yang boleh membantu untuk uruskan majlis ni... so sebelum nak bertolak tu, hujan pun dah mula turun, hujan rahmat orang katakan.. and abang Ipar Aie bagi taklimat sikit, kira berapa buah kereta yang akan sertai rombongan.. sapa depan, sapa belakang sumer... and ikut jalan mana.. so bergeraklah kami semua..

first sekali nak masuk dalam kereta confirmlah makan masa, dengan barang dan orang, kan hari hujan.. so kena bersabar semua ya... then lepas first traffic light, kena U-turn, masa ni kena stop nak make sure 9 bijik keta tu ada.. then teruskan perjalanan lagik ikut Tol Subang Jaya menghala ke Jalan Duta.. sampai kat Shell Damansara, stop sekejap coz ada nak isi minyak then jalan lagik... Lepas bayar tol kat Jalan Duta... stop kejap kat Shell nak make sure semua ada.. then teruskan perjalanan ikut DUKE Highway menuju ke Rawang...

Jalan ke Rawang ni memang first time aku lalu, dia ikut belah dari Jalan Kuching, bukan Rawang yang bebetul keluar kat tol Rawang tu.. jalan kiri - kanan macam jalan lama nak gi Ipohlah camtu.. or actually memang jalan lama nak ke Utara punkan... Dalam perjalanan Darin tido.. Alhamdulillah good girl dia.. yelah jalan macam tu kan.. manalah tau dia bosan asyik duk lama lam keta... Alhamdulillah time ni pun hujan dah berenti dah...

Sementara tunggu waktu Asar, sempat sembang lagik

Masa we all masuk simpang ke rumah tu... we all terus je ke Surau tempat dia org akad nikah.. and time ni Darin still lagik tido... masa sampai tu pun dah nak masuk waktu Asar.. so daddy pergi Jemaah dulu dengan dia org.. aku sempat tido lagik dalam kereta...

tetiba ada orang ketuk pintu... oo my hubby rupanya... dia plak jaga Darin and aku pergi solat dulu... kakak Aie bagi pinjam telekung coz aku lupa nak bawak.. bebetul selesai aku abis solat, dia orang pun dah nak start majlis.. aku turun kereta dulu nak amik Darin.. hhmmm apa cerita lepas ni yek...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...