Followers

Wednesday, June 24, 2009

Majlis bersanding Aie&Diana - Bentong

Perjalanan dari Shah Alam ke Bentong aku rasa lama jugak, so dalam pukul 11 pagi baru we all bertolak... tu pun dah kira lambat dah tu..

Cepatlah mummy, kata Darin sambil posing ngan sunglasses barunya

We all ikut KESAS then teruslah ke Tol Gombak, ikut jalan nak gi Genting atau jalan ke Bukit Tinggi and Janda Baik untuk sampai ke Bentong...

Hubby aku kalau sampai Bentong.. dialah hero.. lama dia membersar kat sini...
roger kawan sana, roger kawan sini.. jumpa kat Petronas Ketari.. huh.. aku pun dah pening dah... betullah kot nama dia tuh...

Generasi muda

Masa we all sampai rumah Aie, pasukan kompang pun dah ready dah, means pengantin baru sampai.. so we all follow belakang pengantin sambil bersalam - salaman dengan kawan - kawan, sahabat taulan, skandal - skandal lama.. ha..ha.. dan juga family - family dan tak lupa cikgu - cikgu.. (Sila Wish Selamat Hari Guru Memasing..)... sambil melayan anak, amik nasi, amik lauk, amik kuih - muih and segala benda yang ada tu.. bagi anak -anak, isteri dan suami makan... pengantin pun makan jugak time ni.. bagus, kalau nak bersanding dulu baru makan, buang masa, perut pun lapar.. so makan sesiap.. pas ni suka hati koranglah nak posing cemana pun..

masa pengantin masuk dalam, we all lepak kat luar sambil anak memasing sedapnya menikmati ais krim.. mak pak pun tumpang sekaki beb.. juara?? Anak Razif (betul ke).. makan 3 kon sederet.. muahaha....

Tengah berebut tempat nih

dah lama lepak, so memasing pun sibuk gak nak balik, so masuklah dalam, nak amik gambar ngan pengantin jugaklah.. kat belah Rawang tak pergi masa bersanding.. so kat Bentong takkan nak lepaskan peluang.. and of course Aie takkan menghampakan kawan - kawan sekampung/sekepala dia nih....


ok.. senyum semua...

abis salam - salam, we all pun lepak kat rumah Amin, nak berenti solat, mandikan Darin, lepak - lepak sambil minum.. hari pun dah nak dekat kul 4 ptg, we all kena gerak balik, hari pun cam nak hujan.. and ada kenduri jugak petang ni.. masa balik tak ikut KESAS, jam dan jauh, so we all ikut jalan DUKE tu jugaklah... lagik cepat, terus masuk tol Jalan Duta, keluar kat tol Subang Jaya and balik Shah Alam.. lebih cepat, jimat..he..he....

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...