Followers

Friday, September 26, 2008

Kuih Raya

Malam tadi sempatlah aku buat kuih raya 1 jenis, memang ni jelah kuih tahunan aku sejak aku kahwin sebab tak payah nak bakar - bakar.. last year ada jugak 2 jenis, tp lagik 1 tu x sempat nak buat coz keadaan tak mengizinkan..

Memula tengok je

Pastu terus duduk

bermulalah acara aku mengeluarkan butter, then dah lama sket kat luar aku cairkan sebiji butter, then masukkan gula, 1 cawan, bagi dedua cair dan sebati, baru aku masukkan honey 1 cawan jugak.. then dah tgk sebati semua, baru aku masukkan cornflakes... sib baik bibik ada, so berdua kcau jap, tgk semua flakes tu melekat antara 1 sama lain then aku taburkan koko kat atasnya.. jadik apa nama kuihnya.. ya betull.. Cornflakes Honey berkoko..ha..ha.. silapnya takde kacang tanah je sebab tak sempat nak mencari..

Khusyuknya dia..

Sempat lagik tengok kamera

acara paling x tahan ialah nak masukkan kuih tu dalam bekas kecik tu ha.. sebab masa panas ni elok buat sebab senang sket, kalau dah sejukkan liat je honey tuh... oh ya.. aku ada assistant kecik.. sibuklah nak tolong aku kat dapur.. satu - satu dia hulurkan cup tu kat aku, then dia pun nak buat jugak..

Selamat makan kuih raya sumer...

terpaksalah husband aku tolong sekali supaya cepat siap... oklah, Darin x mengacau sangat, so dalam 1 jam siaplah sumer sekali and simpan lam balang, dapatlah 200++... oklah kan, sib baik aku x buat 2 kotak terus, kalau tak maunya kul 1 baru tido kot..muahaha....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...