Last week we all balik Segamat, Jumaat malam dah bertolak balik sana coz my MIL ada buat kenduri baca Yassin sempena nak sambut Ramadhan.. Tahun ni 1st timelah me tak celebrate sambut Ramadhan ngan my famili..
Aktiviti pagi sabtu tu, pepagi we all dah siapkan barang - barang, udang dengan ikan we all beli dr KL lagik, kat sana beli ayam and sayur - sayuran je.. Dalam tengahari kember MIL sampai from JB.. so dah tambahlah sorang lagik tenaga tuk persiapan.. then dalam sejam lepas tu my SIL sampai, dia tak boleh wat keje sebab baru lepas operation.. so maid dia je yg tolong..
Menu tuk malam tu cuma udang masak lemak cili api + kacang panjang (ni aku le masak), asam pedas ikan tenggiri dengan ayam masak kicap (my MIL yg masak), sambal belacan and ulaman(kembar MIL yg buat) and goreng ikan. we all buat kuih karipap, and bakal biras aku bawak kuih kole kacang, then ada jiran bg agar - agar dengan kuih cara pedas... pastu buah betik, tembikai susu and tembikai kuning. air teh o panas dengan air oren sejuk.. boleh tak aku ckp makanan malam tu semua habis.. kira tuan rumah pun sempatlah makan and memang xde baki langsung utk esok. Alhamdulillah, x membazirkan..
Ahad tu aktiviti melepak, makan tengahari pun beli, tp sebab esok nak puasa so petang tu kenalah masak, my MIL masak asam pedas sebab husband aku x bley tinggal asam pedas dia.. then aku tolong masakkan ikan masak singgang, coz SIL aku nak makan.. then ikan siakap sweet sour, goreng sayur and ikan. so malam tu aku x sempatlah go Tarawikh...
Sahur pagi tu penuhlah meja sebab semua ada.. masa berbuka pun penuh, menu berbuka masak lemak labu (ni aku yang masak), ikan cencaru baku (pun aku yg request), asam pedas (cam biasa), ayam goreng, goreng sayur kangkung.. tu je kot, then husband aku n BIL pegi PARAM, biaslaah mesti ada Murtabak roti jala, air cendol, air mata kucing, kuih muih yg pelbagai sampai nak pengsan makan...
lepas Tarawikh, dedua my BIL balik KL sebab nak keje, we all cuti lagik so sempat sahur kat Segamat and siang tu balik Kuala Pilah pulak. kenalah singgahkan walaupun sekejap. Sampai sana mak masak ikan merah masak kari, alahai sedapnya, then sambal ikan bilis yang husband aku suka, tp mak dah alter sket, goreng ikan kosong, sayur taugeh + tahu and mak buat kuih mata ikan curah dengan santan n air gula, itu mmg favourite aku tuh... kat PARAM we all beli murtabak, tau fu fa, ayam percik, kuih masalodeh, kuih sepang rebus, air cincau and memacam lagiklah... malam tu we all bertolak balik KL...
So habislah cuti - cuti di kampung and sambunglah keje kat kl
0 welcoming comments:
Post a Comment