Followers

Tuesday, November 18, 2008

Kita Insan Biasa

kekadang kita terlupa, masa kita sihat atau sakit, susah atau senang, kaya atau miskin... kadang di atas.. kenkadang di bawah.. ini semua jadik pengajaran untuk aku dan keluarga..

Malam tadik, suami jiran aku kena masuk hospital... sakit apa.. x payahlah details kat sini.. kejadian tu berlaku pada Subuh Ahad.. kebetulan we all sekeluarga balik kampung and kakak sebelah aku pun xde kat rumah.. husband dia jatuh terduduk dalam bilik air menahan sakit.. tak boleh bergerak dan kejang.. call kawan - kawan mintak bantuan awal subuh.. ramai yang tak sedar.. maklumlah hujung minggu.. dengan kudrat yang ada.. (kakak tu pregnant).. cuba jugak angkat suaminya... dengan penuh tawakal.. dia dah nak start enjin kereta.. cuba jugak nak bawak walau hakikatnya dia mmg x boleh nak drive.. nak tunggu org surau habis solat Subuh, nak mintak tolong bawakkan husband ke hospital.. Alhamdulillah, Allah maha kaya.. salah sorang kawannya reply call and segera bawak husbandnya ke Hospital..

berbekalkan ubat yang doktor bagi.. doktor tak boleh terus buat minor/major operation.. sakit perlu dikurangkan dulu.. pulang ke rumah melayan kerenah anak dan isteri sambil menahan sakit. sebelum menunggu isnin pagi untuk pemeriksaan lanjut... keputusannya.. husbandnya kena dibedah..

Kesian dia.. disebabkan keadaan yang sarat mengandung, nak jaga suami.. aku biarkan je anaknya tinggal ngan Darin.. lagipun anaknya dah biasa ngan bibik... aku dan suami hantar kakak tu ke hospital pagi tadik.. walaupun pada awalnya dia dah nak tumpang suami pada jirang yang dibelakang rumah kerana tempat kejenya adalah sama dengan hospital.. tapi aku dan suami pun x kisah, kerana jalan ke hospital adalah laluan yang kita org ikut setiap pagi..

seawal jam 7.51 pagi we all dah bergerak keluar.. sampai di Hospital dalam 8.10 pagi then we all meneruskan perjalanan... dalam 8.27 pagi.. suami dah di bawak masuk ke bilik bedah.. harap semuanya selamat...

Walaupun kita punya ramai saudara mara, adik beradik.. jiran tetangga jangan dilupa.. pengajaran pada kami.. walau dimanapun kami berada.. berbuat baiklah dengan jiran.. kalaupun bukan kita yang nak minta tolong, mungkin mereka memerlukan kita suatu hari nanti...

p/s: entry aku pending lagik... ok

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...